00 : 05

2.7K 362 45
                                    

"BABE, can you not?" Eli mendesis perlahan sambil tangannya sibuk mengendalikan stereng. Lehernya dipanjangkan sedikit dalam usaha nak memastikan keretanya terletak elok-elok dalam kotak parkir.

"Not what?" Balasan Jeane disertakan dengan satu jelingan tajam ke sebelah. Nada suaranya juga kedengaran annoyed. Muka grumpy. Kepala tersandar malas di cermin sisi kereta milik Eli tu.

"Don't tell me what to do. It's freaking 8 in the morning and I'm not fully alive yet. I haven't even had my morning coffee, thanks to someone who practically shoved me out of my comfy bed."

Eli geleng kepala sendiri walaupun dia dah terbiasa dengan benda ni. Early-morning-grumpy-J adalah benda normal bagi Eli terutama apabila kawan baiknya ini tak dapat dos wajib kafein yang secukupnya untuk memulakan 24 jam yang akan datang.

Dan hari ni Eli yang jadi punca utama Jeane terlebih grumpy.

"Can you at least smile, so it doesn't look like I dragged you here by force?" kata Eli di sebalik gigi yang diketap menahan geram. Enjin kereta dimatikan setelah dipastikan dia dah berjaya parkir dengan cemerlang dan gilang-gemilangnya.

"Memang betul kau paksa aku." Jeane membalas selamba sebelum terus memboloskan diri dari kereta tersebut. Tanpa menanti isyarat atau apa-apa lagi yang mungkin nak dikatakan oleh Eli.

Eli terus roll eyes. Tell me again why do I consider that petty brat as my best friend?

No idea. Sejurus menjawab soalan sendiri dalam hatinya, Eli turut sama keluar dari keretanya. Terus dibuka pintu tempat duduk penumpang di belakang untuk mengeluarkan beg galasnya.

"We made a deal, remember? So sekarang, lebih baik kau senyum sebelum aku batalkan deal kita dan bagitahu mak yang dua minggu lepas anak dara dia bermalam dalam library, illegally berdua-duaan dengan seorang lelaki asing."

Jeane yang sedang membetulkan letak beg galas di bahunya ketika itu sempat menutup mata sendiri, hampir tiga saat sebelum dia buka semula kelopak mata dengan gerakan perlahan. Sempat juga melepaskan nafas panjang yang ditahan entah sejak bila. Dan matanya kembali tajam menjeling ke arah Eli, sempat menyumpah kedudukan mereka yang dijarakkan oleh kereta Eli.

Kalau Eli kat sebelah tadi memang dah kena backhand sedas.

Deal konon. Itu bukan deal, itu namanya blackmail. Secara teknikalnya, Eli ugut dia untuk bocorkan rahsia tentang mamat library tu kalau Jeane tak setuju untuk ikut cakap dia.

Urgh! I hate my own best friend.

"I hate you, you know that?" Jeane senyum nipis di hujung ayat. Senyum tak beremosi. Nampak sangat keterpaksaan dan kepalsuannya.

"Nah, you love me." Laju je Eli membalas dengan mata dikelipkan beberapa kali.

Annoying. Jeane mencebik sebelum kepala berpusing memandang sekeliling. Sekaligus mengingatkan diri sendiri tentang di mana dia berada ketika itu.

Campingground.

Jeane tak pernah suka aktiviti perkhemahan. Zaman sekolah dulu, dia sanggup berpura-pura sakit sebab tak nak kena paksa join camping (sampai ke tahap berendam dalam tab mandi selama berjam lamanya supaya dirinya diserang selsema yang sangat teruk dan berlanjutan untuk seminggu dan bila dia ingat balik dia langsung tak menyesal but instead bangga dengan idea liciknya).

Dia tak dapat membayangkan semalaman tidur tanpa katilnya yang selesa atau tanpa selimut yang fluffy di tubuhnya.

Tapi terima kasih kepada otak licik Eli yang berjaya susun plan cantik-cantik untuk ugut dia, Jeane akan menghabiskan cuti pertengahan semesternya di sini. Di tapak perkhemahan ni.

ObliviateWhere stories live. Discover now