00 : 09

2.2K 336 68
                                    

"IMMATURE."

Jeane yang tengah menyuap potato chips masuk ke dalam mulut ketika itu, terus menoleh ke sebelah. Menjeling, lebih tepat, ke arah rakannya itu. Sedikit keliru dengan rungutan Eli yang tetiba itu tapi seakan dah boleh mengagak makna sepatah perkataan tersebut.

"Excuse me?" Dia membalas walaupun reaksi itu mungkin agak lambat.

"Tak, bukan kau. Maksud aku, Thaqid."

I saw this coming. Jeane tenang mengunyah potato chips. Pantas menyuap kepingan seterusnya ke dalam mulut selepas itu. Malas nak bagi respons sebab dia sebolehnya tak nak membincangkan tentang itu.

Sure, apa yang berlaku sangat kekok dan sangat memalukan tapi dia tahu Thaqid tak boleh disalahkan sepenuhnya. Mungkin kalau diri sendiri berada di tempat Thaqid, dia pun akan buat benda yang sama.

"That's absolutely, bukan Thaqid yang kita kenal."

Jeane menjongket bahu. Jelas sekali malas nak memanjangkan topik itu.

"People changed. Especially after being hurt."

"But still...." Eli senyap.

Jeane menoleh, tertanya-tanya tentang apa yang membuatkan Eli tak jadi meneruskan bebelan macam selalu. Dan soalannya terjawab tatkala melihat Thaqid yang sedang melangkah ke arah mereka ketika itu.

Mereka berdua sama-sama senyap. Menanti sehingga Thaqid berada di hadapan mereka.

Eli dengan pandangan tajam. Jeane serba-salah. Dan Thaqid tersenyum nipis dengan matanya menghantar pandangan yang sangat mereka faham maksudnya.

"Now, this is more like Thaqid that we know." Eli berkata ringkas sambil terus berdiri. Meninggalkan Thaqid dan Jeane berdua di situ.

Langkah Eli dihantar dengan pandangan mata. Tahu kalau dia cuba untuk menghalang gadis itu pun, Eli tetap akan angkat kaki dengan alasan nak memberi ruang untuk mereka berdua.

Dan tatkala Thaqid dah duduk di sebelah, mengambil tempat yang ditinggalkan Eli tadi, barulah Jeane beranikan diri untuk menoleh lalu membalas pandangan lelaki itu.

"I'm sorry I was immature."

Note to self: Other people might change, but not Thaqid. Thaqid is Thaqid, no matter what happened.

"I was...." Bebola mata Thaqid bergerak pantas, memandang sekeliling kecuali ke wajah Jeane. Bagaikan sedang cuba untuk mencari ayat yang paling mudah nak menerangkan apa yang berada di dalam benaknya.

"Thaq, you know it doesn't matter to me right? I deserved it anyway." Jeane membalas. Wajahnya beriak selamba dengan senyuman nipis yang terukir di bibir.

"No. Don't say something like that, please." Thaqid laju membidas. Reaksi wajahnya berubah pantas, hampir membuatkan tawa Jeane meletus kerana tahu sangat Thaqid tengah nak tayang wajah tak puas hatinya.

Jeane cukup kenal lelaki di sebelahnya ini, untuk dia faham segala gerak-geri Thaqid walaupun dia memandang hanya dengan ekor matanya. Segalanya tentang Thaqid sangat familiar.

Daripada cara Thaqid menggerakkan bebola mata tak menentu apabila lelaki itu tengah konfius. Cara Thaqid mengerutkan hidung apabila tak bersetuju dengan sesuatu perkara atau betapa merah telinga lelaki itu apabila mata Jeane merenung tepat wajahnya.

"I was flustered, actually. Truth is..."

Dan ketika ini, di saat kaki lelaki itu sedang bergerak tak menentu kerana tak pasti sama ada nak meneruskan kata-katanya ataupun tak.

ObliviateWhere stories live. Discover now