5 • Found

70 11 0
                                    

Setelah meminta diri, Eunha dan Yerin menuju ke taman dimana ada Jungkook dan rakannya. Dalam lima minit perjalanan, mereka sampai. Snack yang dibeli tadi diberi kepada Jungkook. Jungkook berlari anak ke arah rakannya di sebuah pondok. Eunha dan Yerin berlalu ke arah meja yang berdekatan.

Sambil memerhati mereka berempat, Eunha dan Yerin berbual

"Yerin, kau ingat tak tarikh bila aku kemalangan?" Tanya Eunha sambil menongkatkan dagunya. Yerin diam seketika.

"Entah, aku tak ingat lah. Tapi yang aku ingat, Kookie tak ada masa tu sebab.." Yerin tak menghabiskan ayatnya.

"...dia dah pindah" Kata Eunha sedih. Lelaki berambut hitam yang dia jumpa tadi dia teringat. Kalaulah betul itu Kookie, sudah lama dia memeluk tubuh lelaki itu. Tapi tak dapat dia pastikan betul atau tidak.

"Esok aku nak cari kerja lah . Kau tak payah ikut sebab Kookie kau kena jaga ." Kata Yerin. Eunha berfikir sejenak.

"Hm baguslah kerja, dapatlah tolong Aunty Jeon" Eh? Eunha terdiam kaku. Nama tadi disebut balik.

"A-Aunty.." Eunha berhenti bersuara sambil memandang Yerin yang turut terperasan sesuatu.

"Aunty Jeon..." Yerin yang perasan nama itu pun terdiam juga.

"So betul lah kan? Jeon Jungkook. Lelaki tu Yerin, Jungkook !" Kata Eunha. Kuat juga suaranya. Nasib baik tak didengari Kookie dan rakannya.

Yerin menarik tangan Eunha mahu ke kedai itu semula. Mereka berdua lari sepantas yang boleh. Setelah sampai, kelibat dua orang lelaki tadi tiada. Eunha hanya diam.

"Guess what? Aku cuba cari diorang esok. Mana tau terserempak kan. Doa-doa jelah terserempak masa aku cari kerja, nanti aku bawa diorang pergi rumah Aunty Jeon." Kata Yerin bagi menenangkan Eunha. Eunha mengangguk sebagai jawapan.


🍁 Remember Me🍁

Hari hampir senja, Kookie melambai rakannya sebelum pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, Kookie menceritakan apa yang mereka lakukan bersama di pondok tadi.

Kookie juga sempat meluahkan perasaannya yang dia minat pada Eunha. Eunha yang mendengar hanya tersenyum. Tidak tahu pula dia Kookie meminati Eunha.

• • •

"Selamat malam Jungkook" Kata Eunha. Eunha menutup pintu bilik Jungkook dan pergi ke ruang tamu dimana adanya Yerin yang sedang menonton televisyen.

"Esok bangun awal tau Yerin. Aku tidur dulu, night" Kata Eunha lalu menuju ke arah biliknya.

"Ok, night" Balas Yerin.

Eunha menyelubungi tubuhnya dengan selimut tebal. Malam ni agak dingin. Sebelum terlupa, tingkap bilik ditutup dan langsir menutup tingkap itu. Eunha baring semula dengan matanya yang memandang siling.

Jeon Jungkook...

I miss you Kookie...

×××××××××××××××
To be continued..
Bosan? Sorry I tried . Pendek ? Hm Ikr mianhaeee 🙏🙏

Remember Me [Eunkook] Slow Update Where stories live. Discover now