6 • Help

81 11 2
                                    

Bunyi penggera menusuk telinga Yerin. Yerin mengambil telefonnya dan mematikan penggera yang tepat menunjukkan pukul tujuh pagi.

Tuala dicapai dan bilik air dituju. Usai sahaja berpakaian, Yerin turun ke bawah di mana ada Eunha sedang menyediakan sarapan pagi.

"Aunty Jeon tak balik lagi ke?" Desis hatinya.

Tanpa membuang masa, Yerin menjamah roti bakar bersama Eunha.

"Weh, tolong kejut Jungkook" Arah Eunha. Yerin bangun dan ke bilik Jungkook. Pintu diketuk dan dibuka. Jungkook sedang lena tidur. Yerin menuju ke sisi katil Jungkook.

"Jungkook, bangun. Sarapan jom" Jungkook mengeliat..ahh comel sungguh. Perlahan-lahan, mata Jungkook terbuka.

"Kak Yerin..selamat pagi" Kata Jungkook. Yerin tersenyum.

"Pagi, Jungkook" Dengan itu Jungkook bangun ke bilik air. Yerin keluar dan ke dapur semula. Eunha sibuk dengan telefonnya.

"Aku gerak dulu lah" Kata Yerin lalu mengambil beg silangnya. Telefon dimasukkan kedalam beg.

"Good luck Yerin. Hati-hati jalan" Yerin mengangguk. Kasut disarung dan perjalanannya mencari kerja bermula.

• • •

Jungkook yang berada di luar termenung teringatkan gadis yang dia jumpa semalam. Fikirannya masih keliru. Betulkah itu Eunbi? Perempuan yang pernah disukainya dulu.

"Termenung jauh nampak" Taehyung memberhentikan lamunan Jungkook. Jungkook menggeleng.

"Cuma teringat perempuan dua orang itu je" Kata Jungkook. Taehyung mengambil tempat duduk di depan Jungkook.

"Masa dia kenalkan diri dia. Dia kata nama dia Yerin, lagi sorang Eunha. Bila fikir balik, kawan kita yang Eunbi tu, kan kita panggil dia Eunha. Kau yang suggest nama tu" Taehyung menongkat dagunya.

"Jom, teman aku jalan-jalan. Aunty Yoon tengah buat sarapan pun. Kita makan dulu" Ajak Taehyung. Jungkook ikut dari belakang.

"Kerja nak? Kerja biasa-biasa je" Soal Jungkook. Taehyung mengangguk setuju.

• • •

"Tak ada kerja kosong ke? Ish !" Rungut Yerin. Hampir sepuluh minit perjalanannya. Tidak sampai beberapa saat, ternampak satu kertas yang ditampal di sebuah cafe.

Kerja kosong membuat cafe dan cashier. Disebabkan Yerin tidak reti membuat cafe, dia memilih menjadi cashier. Tanpa membuang masa, yerin masuk dan meminta kerja.

"Kamu boleh start kerja esok pagi. Pukul lapan sudah ada di sini. Terima kasih Yerin" Kata bos yang bernama Kim Hayoung.

"Terima kasih, Hayoung-shi" Kata Yerin lalu keluar daripada Cafe. Tak disangka, matanya yang melilau kawasan luar Cafe, tertacap pada dua orang lelaki.

"Macam...kenal" Kata Yerin perlahan. Matanya dikecilkan sehinggalah dua orang itu terlihat semakin jelas.

"Of course aku kenal! Heii!!!" Jerit Yerin. Duo orang tadi menoleh pandangan mereka ke Yerin. Yerin melambai-lambai ke arah mereka.

Taehyung dan Jungkook menuju ke arah Yerin.

"Hai" Sapa Taehyung.

"Hey" Sapa Jungkook pula

"Korang nak pergi mana?" Soal Yerin.

"Saja jalan-jalan sambil cari kerja" Jawab Taehyung. Yerin terdiam sejenak.

"Nak kerja sini tak?" Tanya Yerin sambil menunjuk Cafe di belakangnya.

Taehyung dan Jungkook membaca kertas yang tertampal di cermin kaca Cafe tersebut.

"Yerin kerja sini ke?" Tanya Jungkook. Yerin mengangguk.

"Kau jelah yang kerja, aku cari kerja lain" Kata Jungkook pada Taehyung. Taehyung pun masuk ke dalam Cafe.

Jungkook berdiri di sebelah Yerin.

"Hm Jungkook" Panggil Yerin. Jungkook melihat Yerin menanti apa yang ingin dikatakan Yerin.

"Kenal... Eunha?" Soal Yerin. Jungkook terdiam seketika.

"Um..kawan Yerin semalam kan? Entahlah" Jawab Jungkook teragak-agak.  Tangannya dimasukkan ke dalan poket jaketnya. Yerin hanya mengangguk perlahan.

"Kenapa dengan dia?" Soal Jungkook. Yerin menggeleng kepalanya laju. "Tak ada apa, tanya je" Jawab Yerin. Tak lama kemudian, Taehyung keluar.

"Aku dapat!!" Sorak Taehyung gembira.

Oh! Yerin baru teringat mahu mengajak mereka ke rumah Aunty Jeon.

"Jom lepak rumah saya nak? Kawan saya un ada sekali" Ajak Yerin. Jungkook dan Taehyung memandang antara satu sama lain. Kemudian mereka menangguk setuju.

***


Eunha mengeluh panjang. Dia berfikir sampai bila dia harus terperangkap dalam tahun 2007. Jungkook sibuk membaca buku. Dia kata setiap petang dia akan berjumpa rakannya.

"Mana Yerin ni? Lamanya" Tanya Eunha sendirian. Dalam beberapa minit, terdengar loceng berserta ketukan pintu. Eunha berjalan ke pintu. Dia mula bertanya dalam hati.

Yerin ada kunci pintu, kenapa dia perlu menekan loceng? Pintu dibuka dan dia terkejut.

"Kau siapa? Mana Jeon Jungkook" Soal lelaki yang memakai mask bewarna hitam. Bajunya juga bewarna hitam. Dia memandang tepat ke arah Eunha. Jungkook pula tiba-tiba menuju ke pintu.

"Kak Eun, kenapa..." Soalan Jungkook terhenti di situ tatkala dia memandang lelaki berbaju hitam itu.

"Kau! Sini!" Tengking lelaki tersebut.

"Ahhhh Kak Eun!!!" Jungkook merontan-ronta apabila lelaki itu memaut tangannya

"Ehh!!! Kau kenapa ni?! Lepaskan dia!" Jerit Eunha. Tangannya menarik tangan lelaki itu. Jungkook sudah menangis ketakutan. Eunha mengalihkan Jungkook ke belakangnya.

Tangan lelaki itu mencapai sesuatu di belakangnya. Tak dijangka, dia mengacu pistol ke arah Eunha.

"Kau bagi budak tu, aku tak tembak kau" Kata lelaki itu tenang. Eunha sudah berdebar-debar sambil melihat Jungkook dibelakangnya.

"Tak! Aku tak akan bagi!" Kata Eunha dengan suaranya tinggi.

BAAMM!!


×××××××××
To be continued

Remember Me [Eunkook] Slow Update Where stories live. Discover now