Hampir lima belas minit berjalan, akhirnya Yerin sudah nampak rumah Aunty Jeon dari jauh. Tak lah jauh sangat, dua minit lagi sampailah.
"Macam aku kenal jalan ni" Jungkook bersuara. Yerin yang berada di hadapan memandang Jungkook. Sudah dia agak Jungkook terasa familiar dengan jalan ni. Jalan rumah sendiri, siapa tak ingat?
"Oh, dah sampai nanti taulah" Jawab Yerin sambil mengukir senyuman. Jungkook hanya diam tidak menjawab. Taehyung juga turut tidak bersuara.
"Kereta siapa tu?" Tanya Yerin sendiri. Kereta itu tak nampak macam kereta Aunty Jeon. Yerin melajukan jalannya mahu mencari tahu. Tiba-tiba, satu lagi kereta memarking di depan rumah Aunty Jeon. Seorang wanita keluar lalu bergegas masuk. Yerin kenal siapa wanita itu.
***
"BAAMMM!" Bunyi pintu dipukul dengan kuat membuatkan aku, Kookie dan lelaki itu terkejut. Lelaki yang memegang pistol tadi menoleh ke belakang. Tertera figura wanita berdiri di pintu rumah. Sudah dia agak siapa yang datang. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Finally, you came... honey" Ayat yang keluar dari mulut lelaki itu menggelikan Aunty Jeon. Mimik wajahnya seperti sudah jijik dengan lelaki ini atau senang kata, suaminya sendiri.
"Kau jangan gatal sangat nak ambil anak aku. Dia anak aku! Bukan kau! Kau penipu!" Jerit Aunty Jeon. Kookie yang berada di belakang, memegang kuat baju aku. Dia sudah serik mendengar berdua ni bertengkar. Rasa seperti tidak disayangi.
"Eh, anak kau, anak aku jugak, suka hati akulah nak ambil anak aku. Kau kan sibuk dengan kerja, baik aku jaga" Aunty Jeon tidak membalas. Tak tahu lagi apa yang mahu keluarkan. Lelaki itu memandang aku semula.
"Bagi anak aku" Kata lelaki itu mengacu pistol ke arah aku. Aku memandang Aunty Jeon yang sedang menggeleng kepalanya. "Tak" Jawab aku laju. Kookie yang berada di belakang dipegang lebih erat. Bahaya jika Kookie berada di tangan lelaki ini. Sudahlah pegang pistol, mahu pula pegang Kookie. My answer is no.
"Tak nak bagi tak apa, aku boleh bagi kau ni" Tangannya sudah sedia mahu menembak. Aku berdebar melihat pistol di tangannya. Aku kaku. Aunty Jeon bergegas berlari ke arah suaminya mengalihkan pistol ke arah lain. Das tembakan terlepas. Suaminya terus menolak Aunty Jeon ketepi.
"Aunty!"
"Maa!!""Ahhh kau diam!" Jerit lelaki itu. Tanpa menunggu balasan dari aku, tembakan dilepaskan tepat di bahu kiri aku. Aku jatuh ke lantai, mengerang kesakitan. Makin mahu menangis bila melihat darah di tapak tangan. Kookie memanggil-manggil nama aku beberapa kali sebelum lelaki tadi menariknya keluar.
Pandangan aku semakin kabur melihat Kookie keluar dari rumah. Maafkan saya Jungkook, saya minta maaf...
"Eun!! Jangan tutup mata Eunha please!!" Ayat terakhir yang aku dengar dari mulut Yerin. Mata aku terlalu berat untuk dibuka. Aku mahu tidur.
***
Sinar cahaya menganggu tidur aku. Disebabkan terlalu ingin tahu apa yang mengacau lenaku, aku membuka mata. Aku terkejut tatkala membuka mata.
"Tadi bukan terang ke? Asal gelap?" Tanya aku sendiri. Kawasan sekeliling sungguh gelap. Aku memerhati kawasan ini, kosong, tiada apa-apa melainkan diri aku sendiri
"Sesat mana pula aku ni?" Tanya aku bingung. Sudahlah terperangkap di tahun 2007, ini terperangkap di mana pula? Penat berdiri, aku duduk.
"Selamatkan mereka berdua" Aku terkejut, suara siapa pula tu? Aku menoleh kiri, tiada. Kanan, ada. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki serba hitam berdiri tidak menampakkan wajahnya.
"Jika misi kau berjaya, pulanglah" Dengan itu lelaki tadi lesap seperti debu. Aku sekali lagi pelik. Aku sudah kenapa? Apa maksudnya? Misi? Selamatkan mereka berdua? Aku pening, aku pening dan pening.
Suasana yang tadinya gelap bertukar terang. Semakin lama semakin terang, menyakitkan penglihatan aku. Aku menutup mata.
***
"Eunha? Earth to Eunha?" Suara Yerin memberhentikan lamunan aku. Aku memandang Yerin keliru. Ya, amat keliru.
"Kau...ok?" Tanya Yerin. Aku memegang bahu aku. Tiada apa-apa serta darah. Aku keliru apa yang sedang berlaku.
"Uh..bukan tadi aku...ergh" Aku tak tahu nak cakap apa. Yerin hanya memandang aku pelik. "Kenapa?" Soal aku. Yerin mengeluh.
"Tak ada lah, kau termenung je dari tadi" Jawab Yerin. Baiklah, mungkin perkara tadi hanyalah lamunan aku saja. Sebelum sempat Yerin menyuap makanan, aku memintanya memanggil Jungkook.
Dia bangun dan ke arah Jungkook. Setelah Jungkook turun, kami pun sarapan bersama.
"Aku gerak dulu lah" Kata Yerin lalu mengambil beg silangnya. Telefon dimasukkan kedalam beg.
"Kau nak pergi mana?" Tanya aku. Tiba-tiba saja keluar tak bagitahu pergi mana.
"Cari kerja lah. Kan aku dah cakap dengan kau semalam" Jawabnya. Aku hanya menangguk.
"Good luck Yerin. Hati-hati jalan" Yerin mengangguk. Kasut disarung dan perjalanannya mencari kerja bermula.
Pintu rumah ditutup. Secara tiba-tiba aku tersentak sekejap. Mata aku membulat. Situasi ni...oh god don't tell me!. Yerin prrgi cari kerja, aku berada di rumah bersama Jungkook...
Aku memandang pintu. Adakah lelaki itu akan datang? Aku takut. Inikah misi yang lelaki serba hitam itu memberitahu aku? Disebabkan aku terlalu risau, aku mencapai telefon dan menelefon Yerin. Aku melihat jam dinding. Lelaki itu akan tiba tiga puluh minit lagi.
"Yerin, aku dengan Jungkook keluar taman. Kau pun nanti gerak sana juga" Talian terus dimatikan. Tak sempat Yerin nak membalas.
"Jungkook, cepat mandi. Kita keluar" Arah aku dan terus naik atas ke bilik mahu siap-siap. Jungkook di meja makan hanya terpinga-pinga sebab pelik dengan tingkahku. Mana tak nya kalau cra aku cakap dengan wajah serius.
***
Aku dan Jungkook duduk di buaian sementara menunggu Yerin datang. Jungkook sedap makan ais krim coklat yang aku beli tadi. Rasa macam nak pula dia punya. Aku punya dah habis tadi.
"Kak Eunha, Kak Yerin datang dengan lelaki lah" Kata Jungkook sambil menunding jari ke arah Yerin. Aku menoleh. Mata aku membulat.
Kookie...
"Kenapa suruh datang sini?" Soal Yerin setelah berdiri tepat di hadapan aku.
"Saja" Jawab aku pendek. Aku melihat dua orang lelaki yang berjalan ke arah aku dan Yerin. Sungguh aku kenal orang ini.
"Hey, Eunha kan?" Tanya lelaki berambut hitam. Aku mengangguk sambil tersenyum. Dia juga turut tersenyum. Rindunya aku zaman kecil dahulu.
××××××××××××
Soryyy update lambat
Btww enjoy
YOU ARE READING
Remember Me [Eunkook] Slow Update
Hayran KurguMustahil bagi manusia untuk ke masa lalu.. Hanya kerana satu permintaan, aku dicampak ke masa lalu bersama rakanku dan bertemu dengan dua orang namja yang sebaya dengan kami berdua. Aku amat kenal namja yang satu ini. Bagaimana pula dengan dia ? Dia...