Aku terkedu apabila melihat beg pakaian serta baranganku dicampak keluar dari runah keluargaku. Aku yang baru tiba dari klinik akibat demam panas yang aku alami terpinga-pinga. Jelas kedengaran di telingaku suara menyinga kaklong.
"Dasar adik tak guna! Sanggup menconteng arang ke muka aku! Muka mak! Muka babah!" Makinya.
Aku terkejut. Apa yang telah aku lakukan? Kenapa kaklong marah sangat ni?
Tiba-tiba wajah kaklong muncul. Raut wajahnya membuatkan aku berasa gementar.
"Kau keluar dari rumah ni Thia! Aku tak nak tengok lagi muka kau! Tak guna! Kau jangan jejak lagi kaki kat sini!! Aku haramkan!!" Hamburnya kepada aku.
Aku lihat semua adik-beradikku kelu tidak bersuara. Aku langsung tidak melihat kelibat ibu dan ayahku.
"Tapi kenapa kaklong? Apa salah Thia? Kenapa kaklong halau Thia?" Tanyaku kepadanya.
"Kau boleh tanya aku kenapa? Eh perempuan!! Kau dah menyundal dengan jantan pastu kau boleh buat muka tak tahu malu pulak kat sini!! Cukup baik aku tak ganyang- ganyang muka kau kat sini tau!!"
"Sebelum aku makin hilang sabar, kau berambus dari sini! Aku tak nak tengok lagi muka kau! Ambik barang-barang kau ni!!!" Makinya lagi sambil mencampakkan beberapa keping gambar.
Aku mengambil gambar-gambar tersebut. Astaghfirullahalazimm.. Siapa yang memfitnah aku?!
Air mata yang bergenangan tadi gugur seperti air terjun di wajahku. Sungguh aku tak sangka sampai sebegini sikap orang yang mahu menjatuhkan aku.
BUMMM!!
Bunyi pintu yang ditutup dengan kuat menyentakkan aku. Aku meraung memanggil kaklong serta adik-beradikku.
Aku mahu menerangkan perkara yang sebenar. Tetapi mereka tidak mengendahkan aku. Luluh hati aku Tuhan sahaja yang tahu.
Aku bangun perlahan-lahan untuk mendapatkan beg-beg aku. Aku melangkah pergi dengan hati yang berat.
Sakit kepalaku semakin mencucuk-cucuk. Ya Allah , apakah nasibku yang malang atau ini dugaan yang perlu aku hadapi untuk memperkuatkan lagi keimanan di hati?
Aku menyelusuri kedai-kedai yang masih lagi buka. Jarum jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Melihatkan jam di tangan membuatkan hati semakin pilu. Kepalaku terasa berpusing.
Aku terlanggar seseorang sehingga terjatuh. Dia melihatku yang sudah terduduk sebelum membantuku bangun.
"Adik , adik okey tak ni? Sorry sebab buat adik terjatuh" katanya sambil mengerutkan dahi. Mungkin hairan apabila melihat aku membawa banyak beg malam-malam begini.
"Sa..saya..o..keyy.."aku menjawab lambat-lambat.
"Adik pasti? Kalau adik tak okey , abang bawakan ke klinik." Katanya mahu memastikan.
"Ye , sa..." tidak sempat mahu menghabiskan ayat , aku hampir jatuh terhempas akibat pitam. Namun sempat disambut oleh lelaki itu tadi.
Perkara terakhir yang aku dengar adalah lelaki itu menjerit meminta tolong orang ramai.
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Jangan baca saja ye.. Hehehe sila vote and komen.. apa sahaja yang tidak anda puas hati , anda boleh la komen.. Terima kasih atas kesudian membaca.. Love you guys💝💜
TBC
YOU ARE READING
Waiting For You
RomanceKisah percintaan dalam diam yang semakin sukar untuk dipertahankan apabila dugaan datang bertimpa-timpa. DaIra. Kedua-duanya merupakan waris kepada DaIra.. Gelaran yang adakalanya menyenangkan mereka. Namun gelaran yang wujud daripada datuk dan nen...