WFY 01 (E)

133 10 7
                                    

8 tahun kemudian..

Aku melangkah keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Buat seketika aku mengeluh. Dalam kegembiraan pulang ke Malaysia terselit rasa hiba sedikit apabila mengingatkan kejadian lama.

Mata aku melilau mencari wajah-wajah yang sepatutnya mengambil aku di airport ini. Tanpa sedar, aku terlanggar seseorang.

Dengan segera aku meminta maaf dan mengutip passportnya yang terjatuh. Aku menyerahkan kepadanya sambil meminta maaf sekali lagi.

Wajahnya tidak aku pandang. Aku segera berlalu selepas itu.

'Adui, itulah kau! Tak reti nak pandang kiri kanan!'

Aku terlihat wajah-wajah yang ku nantikan. Segera aku berlari anak menuju ke arah mereka. Mereka , okey ! Maksudnya ramai. Hahaha.

Ramailah sangat. Padahal 3 orang je. Aku memeluk mereka bertiga bagaikan tak mahu lepas. Sungguh aku rindukan mereka. Setakat video call , skype je selama 7 tahun ni , bukannya boleh hilangkan rindu pun.

"Tahulah girl rindukan kitorang.. tapi janganlah peluk sampai tak nak lepas. Jatuh saham tau orang tengok-tengok." Kata Tengku Firash Arsyad , abang sulungku.

Aku mencebik.

"Finee!! Yalah , taulah orang tu tak rindukan kita. Tak nak kawan!" Aku merajuk. Abang Rash hanya ketawa.

Segera aku lepaskan pelukan dan memeluk tubuh di hadapan Tengku Firhad Arfendi , abang ketigaku.

Dia hanya tertawa melihat gelagatku. Firhad memeluk bahuku sambil mengusap kepalaku dengan lembut.

Abang keduaku , Tengku Farish Arsyaf menarik bahuku supaya menghadapnya.Dia memerhatikan aku dari atas ke bawah.

Aku hanya mengenakan baju tshirt putih lengan pendek yang di tuck in seluar jeans biru gelap ku. Aku turut mengenakan jaket kulit berwarna coklat tua bagi menutup lenganku yang terdedah manakala rambutku yang panjang dibiarkan lepas.

"Dah besar dah girl. Dah boleh jadi isteri orang. Tak lawalah kalau nak merajuk lagi. Macam budak kecik! Hahaha."katanya kepadaku.

Aku menahan ketawa. Mataku aku kecilkan memandangnya.

Alahai abang... Aku faham maksud ayatnya yang pertama itu. Perlahan-lahan senyuman manisku muncul.

"Dah jom. Kita balik. Mummy dan daddy mesti tengah tunggu kita. Dorang excited sangat tau tunggu kepulangan princess dorang ni. Sampai sanggup tak bagi kami makan malam dulu sebelum ambik girl kat airport." Kata abang Fir.

Aku tergelak. Aku melihat jarum jam di tangan kananku yang sudah menjengah ke pukul 9.00 malam.

Kesian korang. Muahahhaha. Aku tergelak jahat dalam hati. Hehehe.

Kami mula menaiki BMW yang dibawa oleh abang Fir untuk menuju ke banglo kami. Kami berbual-bual dalam perjalanan pulang. Cuba untuk catch up apa yang aku tertinggal sepanjang ketiadaan aku di Malaysia.

Tanpa mereka sedar , tingkah laku mereka diperhatikan oleh sepasang mata. Bibirnya terukir senyuman nipis.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Done! Update untuk kali ini. Harap anda berpuas hati ye😉

TBC

Waiting For YouWhere stories live. Discover now