WFY 04 (E)

73 6 5
                                    

Fathiah melangkah ke ruang dapur setelah bersiap untuk keluar. Dia membuka peti ais sebesar almari itu dan mengeluarkan sekotak susu coklat.

Kakinya mula menuju ke meja makan memandangkan sarapan pagi telah disediakan oleh mummynya. Dia memandang sekeliling. Kelibat mummynya tidak kelihatan.

Fathiah termenung di meja makan seketika sebelum Firhad menepuk bahunya. Dia dapat rasakan ubun-ubunnya dicium oleh Firhad.

"Menung apa hah? Pagi-pagi dah macam ada masalah."

Fathiah cuba tersenyum. Dia memandang penampilan abangnya itu.

Rambut yang disikat kemas. Wajah yang mempunyai kacukan Itali. Anak mata yang berwarna kelabu cair. Bibir yang merah menunjukkan dia tidak merokok.

Tubuh yang tinggi lampai. Senang cakap abangnya itu memang mempunyai ciri-ciri model terkenal dan kegilaan ramai wanita.

"Abang Fir...."

Panggilnya sedikit meleret. Firhad memandangnya dengan wajah yang pelik.

"Nak apa hah? Adalah tu yang nak dimintak." Bibirnya tersengih senget.

"Nak pinjam kereta. Hehehe..."

"Nak pergi mana? Hah baru abang Fir perasan. Kenapa tiba-tiba pakai jaket kulit  tu?"

Fathiah membetulkan jaket berwarna coklat yang dipakai menutupi singlet hitam di dalamnya. Rambutnya yang beralun itu diikat kuda.

"Nak keluarlah.. Jumpa Iz dengan Hann. Bolehlah abang...." mulutnya memuncung cuba memujuk abangnya itu.

Sedang mereka bersembang itu, Farhan dan Aylina menyertai mereka berdua.

"Tak perlu mintak kat abang. Daddy dah sediakan kereta untuk Thia. Senang Thia nak bergerak ke mana-mana nanti." kata Farhan sambil meletakkan kunci kereta di hadapan Fathiah.

Fathiah terkedu. Dia memandang daddynya dengan riak wajah tidak percaya.

"Daddy... Thia.. t-tak boleh terima la macam ni daddy."

"Lah kenapa pulak? Guna je la princess. Ni hadiah dari mummy dan daddy untuk Thia."

Fathiah merenung kunci kereta itu dengan pelbagai perasaan. Apatah lagi apabila dia menyedari kereta itu adalah kereta import.

"T-tapi mahal ni mummy.."

"Kalau princess sayangkan mummy dan daddy, Thia guna ya?"

Perbualan mereka terhenti apabila Firash dan Farish sertai mereka. Fathiah memegang tangan daddynya itu sambil mengusap perlahan.

Farhan memandang jemari itu dan tersenyum kepada anak bongsunya itu. Dia menepuk perlahan lengan Fathiah.

Fathiah melangkah keluar dari keretanya sambil membetulkan ikatan rambut. Dia memandang hotel bertaraf 5 bintang di hadapannya sebelum menyerahkan kunci kereta kepada pengawal hotel itu.

Gerak-gerinya menarik perhatian orang ramai. Dari gaya jalannya dan cara berpakaiannya cukup untuk orang mengetahui bahawa dia datang dari keluarga yang berada.

Fathiah tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling. Dia mengatur langkah menuju ke restoran yang terdapat di hotel itu.

"Tengku Irhann Luthfir.." katanya kepada pelayan restoran itu.

"Silakan miss." Fathiah mengikuti langkah pelayan itu.

Apabila dia melihat kelibat dua orang sepupunya itu, dia tersenyum.

"I'm sorry for being late..." katanya meleret. Giginya ditayangkan menunjukkan riak wajah bersalah.

Punggungnya dilabuhkan di sebelah Irhann. Izhann dan Irhann memandangnya lama. Suasana sepi seketika.

Fathiah memandang wajah mereka berdua.

"Korang marahkan Thia ke? Sorrylah.. jalan jammed tadi."

Tiba-tiba dia merasakan rambutnya diusap perlahan. Dia melihat Irhann di sebelahnya.

"It's okay. Kami faham."

Izhann meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja sebelum bersuara.

"So, how are you? Feeling better?"

"I'm fine... Better than before." Fathiah tersenyum pahit.

Irhann tersenyum. Bibirnya bergerak-gerak seakan ingin mengatakan sesuatu namun terhalang dek kemunculan pelayan.

Mereka mula memesan makanan. Disebabkan Fathiah baru pulang, mereka memesan makanan kegemarannya. Tom Yum pedas, semangkuk nasi putih, telur dadar daging, dan sejag air kelapa.

Sementara menunggu makanan mereka tiba, Izhann mula bersuara.

"I heard that you come back because of something else? Is it true?"

"What is something else? Where did you know that?"

Irhann bertanya.

"Yes. Actually,.. erm.. Thia ada masalah sikit kat sana..."

"What kind of problem?" Mereka mengerutkan dahi.

"Drugs..."

"Whatt?!"

Irhann dan Izhann terkejut.

○○○○○○○○○○○

TBC


Waiting For YouWhere stories live. Discover now