Izhann dan Irhann memandang Fathiah yang sedang berselera memakan makanan kegemarannya. Perbualan mereka sebentar tadi masih menganggu fikiran.
"Don't worry. Thia dah bagitahu perkara ni kepada grandpa. Maybe nanti grandpa akan panggil kita semua."
Dan perbualan mereka mengenai topik tersebut terhenti setakat itu. Sungguh berita yang diterima daripada Fathiah itu merunsingkan mereka.
Fathiah melangkah masuk ke dalam rumah. Kepulangannya disambut oleh Maktam, pembantu rumahnya. Maktam sudah bekerja di rumah itu lebih daripada 10 tahun.
Abang-abangnya dijaga oleh Maktam sejak kecil lagi sekiranya Farhan dan Aylina perlu ke luar negara. Jadi Maktam sudah dianggap sebagai ahli keluarga.
"Princess dah makan?"
"Thia dah makan tadi dengan Iz dan Hann. Maktam dah makan tak? Yang lain belum balik lagi ye?" tanya Fathiah dengan nada yang sopan.
"Maktam dah makan sebelum Thia balik tadi. Mummy dan daddy keluar dating..." ayat terakhirnya itu dibisikkan.
Fathiah tergelak. Haih mummy daddy ni...
"Firash dan Farish kata mereka ada dinner meeting dengan clien malam ni. Firhad pulak jumpa kawan-kawannya." terang Maktam. Tangannya mengusap perlahan rambut Fathiah.
"Oh tak apalah kalau macam tu. Maktam pergilah berehat. Mesti Maktam penat. Kalau Thia lapar, nanti Thia panaskan sendiri lauk-pauk tu. Terima kasih, Maktam."
Thia memeluk tubuh Maktam sebelum bergerak ke biliknya. Setelah sampai, dia mencampakkan sling bag miliknya ke katil sebelum menhenyakkan badannya.
Entah mengapa selepas menceritakan segalanya kepada Izhann dan Irhann, fikirannya lebih terganggu.
Irhann termenung memandang siling biliknya. Dia terdengar pintu biliknya diketuk namun tidak dipedulikan. Izhann melangkah masuk. Perlahan, badannya dilabuhkan disebelah abang kembarnya itu.
"Kenapa kita tak pernah tahu pasal ni?" tanya Irhann.
"Maybe ada sebab tertentu kenapa grandma rahsiakan daripada kita?"
"But, still.. Thia masih baru dalam dunia ni masa tu. How come grandma gave her such a troublesome cased?"
"I don't know, man. But, after hearing all of this, I think Thia did a great job for the past 5 years. Lagipun, grandma bukannya bagi case tu dekat Thia without Thia ada apa-apa kemahiran."
Irhann diam menandakan dia bersetuju dengan pendapat adik kembarnya itu.
"Iz, kau tak rasa ke yang grandma dan grandpa ada rancang sesuatu untuk Thia?"
"Maksud kau?" Izhann mengerutkan dahinya.
Malam itu, Irhann bermimpikan masa silam. Saat di mana dia bertemu dengan Fathiah buat pertama kalinya.
YOU ARE READING
Waiting For You
RomanceKisah percintaan dalam diam yang semakin sukar untuk dipertahankan apabila dugaan datang bertimpa-timpa. DaIra. Kedua-duanya merupakan waris kepada DaIra.. Gelaran yang adakalanya menyenangkan mereka. Namun gelaran yang wujud daripada datuk dan nen...