Prolog

219 5 1
                                    

"Ya Allah Aisyah!" nek wan yang sedang berperang di dapur terkejut melihat cucu kesayangannya yang comot dengan tanah di muka serta di baju.

"Hehe. Aisyah tolong tok Musa tadi tanam pokok. Tu yang kotor ni" Aisyah yang seakan faham persoalan di fikiran nendanya terus menjawab selamba.

"Bertuah punya cucu. Pergi mandi. Lepastu makan."

Aisyah mencecet lari sambil terkekek kekek ketawa masuk ke bilik air di bahagian hujung dapur. Nek wan hanya menggeleng melihat perangai cucunya yang seperti kanak kanak. Padahal umur sudah menginjak 20 tahun.

Nek wan kemudiannya meneruskan aktiviti berperang yang tergendela sebentar tadi.

45 minit memasak Nek wan terus menghidang makanan untuk makan tengah hari. Aisyah yang baru sahaja mandi mengambil tempat.

Nasi dicedok terus lauk sambal sotong kegemarannya di letakkan sedikit di dalam pinggan. Dengan lafaz basmallah, Nek wan dan Aisyah menjamu selera mereka.

"Ni cah, hari tu nenek pi jumpa kawan nenek kat kampung sebelah. Kawan nenek tu ada la kenalkan nenek kat cucu depa. Fuhh mak aih! Semat nau cucu depa tu. Kerja baguihhhh!"

Aisyah hanya tekun mendengar. Sebenarnya dia tahu niat neneknya.

"Cah, hang dengaq dak ni?"

"Cah dengaq la ni nek.. Lah nenek ni, cah kan muda lagi. Tak pikiaq lagi bab bab ni nek."

Aisyah cuba mencari alasan bagi mengelak dari neneknya.

"Tak mau dah nek dengaq alasan kamu tu. Muda lagi muda lagi. Nek dah aturkan semua dengan kawan nenek tu. Petang esok depa sekeluarga mai nak masuk minang. Aisyah terima je lah"

Tersedak si gadis apabila mendengar kata kata dari neneknya. Nek! Ni dikira melampau!

"Subhanallah nek! Aisyah tak bersedia lagi nak pikul tanggung jawab sebagai isteri! Aisyah kenai dia pun dak nek! Nek please lah. Ni sekarang zaman moden. Mana ada dah kawin paksa paksa macam ni."

"Kenai dak kenai, kamu kena terima je lah. Apa tu orang kata.. ha! Bercinta lepas nikah tu kan lebih indah. Cah jangan nak bagi macam macam alasan dah kali ni. Nek tak mau dengaq apa apa keluaq dari mulut Cah. Cah terima je lah"

Kata Nek wan betul betul kedengaran serious di telinga Aisyah. Aisyah yang masih terkedu hanya mampu membisu.

Petang itu Aisyah membuat keputusan untuk pergi ke pantai menenangkan pemikirannya yang sedang serabut.

Sampai sahaja di pantai Aisyah duduk di atas kayu pokok yang tersedia ada si situ. Air laut dihadapannya ditenung.

"Jadi laut kan best, tenang je. Tak payah fikir belajar, fikir kawin, fikir duit, fikir itu, fikir ini.. haih."

Aisyah mengomel sendirian di atas kayu itu. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Apabila dia mula merasakan yang punggungnya sudah kebas dek duduk terlalu lama, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

🍃🍃🍃

"Cah.. marah nenek ka?" Nek wan yang perasan cucu kesayangannya itu hanya diam membisu bertanya sama ada cucunya itu masih marah atau tidak.

"Cah tak marah.. Cah takut nek. Cah baru 20 tahun. Nek dah paksa Cah kawin. Siapa bakal
suami cah pun cah tak kenai lagi. Bolehka dia terima Cah ni. Boleh ka dia tanggung Cah, lindungi Cah. Cah takut nek. Takut kalau benda yang tidak sepatutnya jadi dalam rumah tangga terjadi."

Aisyah menerang panjang lebar sambil merenung langit yang dipenuhi dengan bintang bintang. Malam yang sangat dingin.

"Aisyah.. Aisyah tahu dak nek dengan arwah atuk pun tak kenai dulu?"

Aisyah memandang ke arah Nek wan dengan riak muka tidak percaya.

"Ya, sayang. Kami dak kenai lansung masa tu. Tup tup dah kawin. Alhamdulillah, nek bahagia sangat cah. Sangat bahagia.."

"Macam mana nek boleh percaya kat arwah atuk?"

Aisyah melentokkan kepalanya di riba Nek wan. Seketika itu dia menguap.

"Arwah mak nenek selalu pesan, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya." Nek wan berkata sambil mengusap usap kepala Aisyah yang sudah diselubungi perasaan kantuk.

"Aisyah cucu nenek yang baik. Inshaaallah bakal suami Cah pun baik orangnya nanti. Aisyah dengaq cakap nenek na?"

Sunyi sahaja yang kedengaran. Tak lama lepas itu telinga Nek wan menangkap dengkuran halus dari cucunya.

"Haih, tidoq pulak dia."

Nek wan hanya tersenyum melihat wajah suci Aisyah yang sedang lena di buai mimpi. Tenang seperti bayi.

365 Hari BersamamuWhere stories live. Discover now