💔3

115 5 0
                                    

"Allahu akbar Allahu akbar!"

Azan subuh berkumandang di pagi yang dingin itu. Aisyah dengan perlahan bangun dari baringnya. Diurut sedikit belakang pinggangnya yang berdenyut dek tidur di atas lantai yang beralaskan sejadah.

Lantas dia berdiri menuju ke bilik air untuk gosok gigi dan mengambil wudhu.

Sejurus itu Aisyah menunaikan solat subuh.

"Ya Allah Ya tuhanku. Kau ampunilah segala dosaku Ya allah. Dosa kedua arwah ibu bapa ku. Dosa suami ku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Ya Allah ya tuhanku. Engkau lembutkan lah hati suami ku Ya Allah. Berikan aku peluanh untuk berada di hatinya Ya Allah. Bantulah hambaMu yang kerdil dan lemah ini Ya Allah. Sesungguhnya tiada tempat aku ingin meminta pertolongan melain dengan Mu Ya Allah. Amin amin Ya rabbal alamain.."

Sesudah mengaminkan doa Aisyah bangun melipat telekung dan sejadahnya. Kaki menuju ke tingkat atas untuk mengejut si suami.

"Awak.. bangun. Dah subuh ni.. nanti terlepas" Aisyah menepuk nepuk bahu suaminya.

Tiada balasan.

"Aa-awakk.." Aisyah menggerakkan lagi si suami. Kedengaran Aiden merengus kuat.

"Apa!" Aisyah yang terperanjat dengan jerkahan itu ke belakang sedikit.

"Subuh, awak" perlahan saja Aisyah berkata. Aiden merenung tajam Aisyah yang menunduk bermain jari sendiri.

"Siapa suruh kau masuk?! Keluar sekarang!"

Aisyah yang terlalu takut itu terus laju melangkah keluar dari bilik Aiden dengan air mata yang laju menitis membasahi muka bersihnya.

Sudahlah. Daripada aku menangis.. baik aku sediakan sarapan pagi

Aisyah membasuh mukanya yang sedikit sembap. Roti di ambil lalu di bakar menggunakan toaster.

Makan roti sahajalah pagi ni. Kalau masak pun bukan dia nak makan.

Monolognya di dalam hati. Hati nya masih terluka dengan tindakan suami tempoh hari yang membaling pinggan sehingga membazir nasi goreng yang di masak.

Selesai menyediakan sarapan pagi, Aisyah menaiki tangga untuk memanggil suaminya. Akan tapi kali ini dia hanya menunggu di hadapan pintu bilik utama untuk mengelak dirinya di jerkah dan dimarahi lagi.

Aiden membuka pintu bilik terus terkejut melihat isterinya sengih seperti kerang busuk.

"Kau kenapa sengih sengih ni? Gila?" tanya Aiden kasar. Terus hilang senyuman di wajah Aisyah.

"Saya nak panggil awak makan" Aisyah sedaya upaya berlembut dengan suaminya. Dia seharusnya banyak bersabar.

"Tak payah. Tak ingin aku makan makanan kau masak. Jijik" Aiden berkata dingin.

Retak seribu retak hati Aisyah mendengar kata kata yang keluar dari mulut si suami. Hina sangat kah aku di matanya Ya Allah?

"Tak payah nak menangis. Aku gurau je" Aisyah yang mendengar itu spontan memukul perlahan dada Aiden. Aiden memandang lama ke arah wajah Aisyah.

"Mm-maaf" kata Aisyah sambil tertunduk. Mahu sahaja di cabut tangannya yang gatal memukul dada Aiden sebentar tadi.

Aiden hanya diam tak berkata apa apa. Kakinya laju menuruni tangga. Dia mengambil tempat di meja makan. Matanya terbuntang luas apabila nampak terdapat dua keping roti bakat yang di sapu butter dan secawan air milo panas.

Ni je?! Pemalas!

"Woi. Kau nak bagi aku mati kebuluran ke pagi pagi?!" Aiden menaikkan suaranya satu oktaf. Aisyah hanya tertunduk. Tidak mampu untuk bertentang mata dengan si suami yang serupa seperti singa kelaparan.

"Maaf awak. Hari tu saya masak awak tak makan. Jadi pagi ni saya buatlah roti je. Tak de lah membazir.." kata Aisyah dalam ketakutan. Jelas badannya menggigil sedikit.

Aiden bengang mendengar jawapan yang keluar dari isterinya lantas dia merentap kasar rambut Aisyah. Terdongak kepala Aisyah apabila Aiden menarik rambutnya ke atas.
Aisyah menangis dan meronta minta dilepaskan namun apakan daya kudratnya sebagai wanita tidak mampu untuk melawan kudrat suaminya.

"Sekarang ni kau nak salah kan aku lah?! Wah sedap mulut kau je kata aku bazir kan makanan. Jangan berani sebut macam tu lagi. Faham?!" Aiden menarik kuat lagi rambut Aisyah membuat gadis iti meraung raung minta di lepaskan.

"Sakit awak.. sakit.. Tolong lepaskan saya.." Aisyah merayu, merayu, merayu dan merayu. Wajahnya sudah lencun dibasahi air mata.

Aiden kemudian melepaskan rentapan di rambut Aisyah. Jatuh terjelopok tubuh kecil Aisyah di atas lantai. Aisyah menangis tidak henti.

"Diam! Kalau tak aku lempang kau!" tengking Aiden apabila melihat tangisan si isteri masih belum reda. Aisyah yang mendengar kata kata Aiden itu terus menahan tangisannya.

"Pagi pagi dah buat aku marah. Pergi kerja lagi bagus lah dari hadap kau ni." dengan itu Aiden melangkah keluar dari rumah untuk ke pejabat.

Aisyah menggosok kepalanya yang pedih digenggam si suami sebentar tadi. Perlahan sahaja dia bangun berjalan ke sinki lalu membasuh muka.

Aisyah duduk merenung roti bakar yang tidak terusik itu. Dengan berat hati dia mengambil lalu digigit sedikit. Perit tekaknya untuk menelan.

Selera pun tak da dah. Mandi lah.

Aisyah menuju ke tingkat atas untuk bersihkan diri.

🍃🍃🍃

"Haih.." Aisyah melepaskan keluhan berat. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk berbentuk L. Televisyen di buka.

Tidak lama kemudian Aisyah hanya termenung kosong mengenangkan kisah pagi tadi.

Sakitnya hati ini wahai Allah. Kenapa aku diberi suami sebegini? Apa dosaku Ya Allah. Aku tidak mampu untuk mengharungi semua ini.

"Aisyah.. hang dengaq ni. Kalau Aisyah rasa sakit hati, Aisyah rasa marah, rasa tertekan.. Aisyah kongsi dengan nek. Tapi andai kata nenek tak dak masa tu, Aisyah kongsi dengan Allah. Allah Maha Mendengar. Insya-Allah apa yang Aisyah luah semua Allah dengar."

Teringat Aisyah akan kata kata nek wan. Lantas itu dia bangun untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat sunat.

Ya, aku perlukan seseorang untuk berluah. Aku ada Allah. Allah sahaja yang ada dalam hati ku.

T.B.C :)

Ish ish kasarnya hero kita kan. Siaannnnn Aisyah. Lepas Aiden balik kerja nanti agak agak dia marah Aisyah lagi tak? Siapa nak tahuu? Haa kalau nak tahu kena la tunggu chap seterusnya okay!
Thank you kepada yang vote. Teruskan menyokong 365HB !
Lots of 💗💜🧡💛🖤💚💙💕💘💖💗💓💞
from author hehe :3

365 Hari BersamamuWhere stories live. Discover now