💔5

160 4 0
                                    

Aiden menunggu Aisyah di dalam biliknya. Beberapa minit kemudian kedengaran pintu di ketuk.

"Masuk lah" kata Aiden. Posisinya di betul kan.

"Awak nak cakap apa?" lembut Aisyah bertanya. Mukanya sedaya upaya dimaniskan.

"Sementara Nek wan ada kat rumah ni, aku nak kita berlakon jadi pasangan bahagia. Kau panggil aku abang, aku panggil kau sayang. Faham? Lepas tu kita tidur sebilik."

Berkerut muka Aisyah mendengar arahan suaminya.

"Kenapa nak kena berlakon pulak?"

Aiden yang mendengar pertanyaan itu membuat muka menyampah tanda malas mahu menjelaskan. Nafas ditarik dalam dalam agar dapat menahan sabar dengan perangai si isteri yang banyak mulut.

"Kau nak Nek wan tahu ke kau tu isteri atas kertas?"

Aisyah hanya menggeleng. Dalam hatinya sudah berbunga apabila dapat berlakon menjadi pasangan bahagia.

Berlakon pun boleh la. Bestnya..

"Ok lah kalau macam tu saya keluar dulu." baru sahaja Aisyah mahu melangkah keluar dengan pantas Aiden menarik tangannya.

"Kau nak aku ulang berapa kali? Tidur sebilik kan aku kata." kata Aiden dengan suara mendatar. Aisyah hanya tunduk tersipu malu.

"Tidur atas katil ni." Aiden bangun memberi ruang kepada Aisyah. Aisyah terpinga pinga memandang suaminya.

"Awak tidur mana?" tanya Aisyah yang masih lagi terpinga pinga.

"Aku tidur kat sofa ni. Kenapa? Kau nak ganti tempat aku?" tanya Aiden sinis. Aisyah hanya terdiam, tidak tahu mahu beri jawapan apa.

"Dah tidur." Aiden malas berbicara lagi lalu tubuhnya di rebahkan ke atas sofa. Aisyah hanya memandang suaminya itu, lama.

Selang beberapa minit dengkuran halus kedengaran. Aisyah hanya tersenyum melihat suaminya yang sanggup mengalah memberi ruang untuk dia tidur di atas katil.

Aisyah bangun mengambil selimut lalu menyelimutkan si suami yang sudah di alam lain.

Aisyah kemudian naik ke atas katil dan baring. Sepanjang perkahwinan ini lah kali pertama tubuhnya berada di atas katil empuk. Jika tidak sebelum ini dia hanya tidur beralaskan sejadah.

Aisyah tersenyum bahagia. Haihh.. seronoknya tidur atas katil hihi. Goodnight.. 🌙

🍃🍃🍃

Tet.. tet.. tet..

Alarm pagi menjerit nyaring di dalam bilik. Aisyah bangun memisat misat matanya. Jam menunjukkan pukul 6:08 minit pagi. Di pandang sekeliling.

Tubuhnya direnggangkan sedikit untuk membetulkan urat urat. Aisyah kemudian bangun lalu ke tandas untuk mengambil wudhu menunaikan solat fardhu subuh. Selesai solat Aisyah mengejutkan suaminya.

"Awak.. subuh dah. Bangun.." Aisyah menepuk nepuk bahu Aiden. Aiden menepis tangan kecil isterinya.

"Ish. Pergi keluar sana. Kacau lah." Aiden berkata sambil mata tertutup. Selimut di tarik menutupi dirinya.

"Suka hati awak lah.." kata Aisyah lalu bangun melangkah keluar meninggalkan bilik. Aisyah menuju ke tingkat bawah.

Mata melilau mencari kelibat Nek wan. Tiba tiba bahunya di tepuk dari belakang. Dengan pantas Aisyah menoleh.

"Ish nek ni. Buat Cah takut ja" kata Aisyah sambil mengurut dadanya perlahan. Nek wan hanya sengih seperti kerang busuk.

"Aiden mana?" tanya Nek wan sambil kaki melangkah ke dapur. Aisyah hanya membuntuti.

"Ada kat atas. Tidoq lagi." Nek wan yang mendengar jawapan Aisyah memandang Aisyah dengan dahi berkerut.

"Tak solat ke?" Aisyah tersentak sedikit dengan soalan Nek wan. Aku nak cakap pa niiiii!!

"Err.. solat nek. Tadi kami jemaah dah. Lepaih tu dia tidoq balik." Aisyah sedaya upaya mengawal degupan jantung. Maafkan Cah, nek. Cah terpaksa.

"Haa. Baguih lah." kata Nek wan. Tangannya sibuk menyelongkar peti ais  mencari bahan untuk membuat sarapan.

Aisyah hanya tersenyum nipis. Dalam hatinya rasa bersalah yang menebal kerana dia tidak pernah sesekali pun menipu nenek kesayangannya itu.

Selesai membuat sarapan pagi, Nek wan menyuruh Aisyah memanggil suaminya makan.

"Aba—.."

"Pergi lah naik. Pemalas."

Belum sempat Aisyah melaung memanggil suaminya, Nek wan terlebih dahulu mencelah. Aisya hanya tersenyum senget.

"Ya lah nekkk.." kata Aisyah. Kakinya di atur menuju ke bilik Aiden. Sampai sahaja Aisyah mengetuk pintu.

"Awak.. Sarapan dah siap."

Krik krik tiada sahutan. Dengan perlahan Aisyah memulas tombol pintu. Dapat dilihat suaminya yang meringkuk tidur di atas katil.

"Ya Allah! Awak! Dah pukul 7 niii! Awak tak pergi kerja ke?!" Aisyah mengejutkan suaminya dalam nada separa jerit.

Masih tiada sahutan dari Aiden. Aisyah menarik selimut yang menutupi suaminya.

"Demam ke?" tanya Aisyah. Tangannya di letak di atas dahi Aiden.

"Astagfirullahaladzim, panasnya." Aisyah kembali menutupi suaminya yang demam itu. Dengan segera Aisyah keluar dari bilik lalu menuruni tangga.

"Nek! Aiden demam!" kata Aisyah dengan cemas. Kelam kabut gadis itu mengambil mangkuk lalu mengisi ais dan air. Tuala kecil di ambil juga.

"Ya Allah budak ni! Bertenang sat." Nek wan memegang bahu Aisyah. Dada Aisyah berombak laju dek menuruni tangga dengan laju tadi.

"Suami kamu tu demam ja. Bukan tenat." Nek wan berkata sambil mencubit pipi Aisyah. Aisyah menarik nafas sedalam dalamnya untuk menenangkan dada yang masih berombak laju.

Entah apa apa je aku ni. Suami aku demam je haih Aisyah Zuflia..

"Hehe. Cah naik dulu nek. Nak letak kat dahi Aiden."

Nek wan mengangguk lalu menjatuhkan tangannya dari bahu Aisyah. Dengan perlahan Aisyah menaiki tangga bagi mengelakkan air di dalam mangkuk tertumpah.

Aisyah membuka pintu bilik dengan berhati hati. Tubuh suaminya di tuju lalu meletakkan tuala yang di rendam di dalam mangkuk yang berisi air dan ais tadi di atas dahi Aiden.

Aiden yang merasa dahinya sejuk membuka matanya sedikit. Mata mereka bertembung.

Aiden kembali menutup mata. Tangannya mengambil kain di dahi. Aiden bangun dari baringnya. Aisyah terpinga pinga melihat suaminya itu.

"Tak payah susah susah." belum sempat Aiden mengangkat punggungnya Aisyah terlebih dahulu menarik tangan sasa milik Aiden.

"Jangan degil boleh? Awak demam jadi tak payah pergi kerja. Baring sini." Aisyah dengan kuat menarik tangan Aiden hingga Aiden terduduk kembali.

Aiden yang malas mahu bertengkar dengan si isteri hanya menuruti. Sungguh badannya terasa lemah. Tekaknya perit dan kepalanya berdenyut.

"Awak rehat. Saya nak masakkan bubur." susuk tubuh Aisyah semakin menghilang. Aiden mengeluarkan keluhan.

Macam mana boleh demam ni.. Kerja dah la banyak lagi.. Haih.

T.B.C :)

Hyeeee! Sorry la kalau chap ni boring :p Maybe chap seterusnya akan ada sweet sweet sikit hehehhehe. Asik gaduh je kan, sian Aisyah huhu maaflah memang jalan cerita dia macam ni hikhik. Btw keep voting okayyy ! Muahhh ❤️❤️❤️

365 Hari BersamamuWhere stories live. Discover now