💔1

120 5 0
                                    

"Aku terima nikahnya Aisyah Zuflia Bt Badruz dengan mas kahwinnya rm250 tunai"

"Sah?"
"Sah"

"Alhamdulillah"

Tangan diangkat mengaminkan doa. Kelihatan wajah si gadis muram. Tiada seri pengantin di wajah gadis itu. Jiwanya pada saat ini kosong. Tidak gembira, tidak sedih. Hanya kosong.

"Cah.. salam suami tu" bisik Nek wan di telinga Aisyah.

Aisyah teragak agak menghulur tangannya ke arah si suami. Tangan suami di ambil lalu di cium. Seketika itu dapat dirasakan dahinya juga dicium.

Perasaan dan jiwa Aisyah masih lagi kosong. Hari perkahwinan merupakan hari bahagia bagi pasangan pasangan berkahwin. Tetapi tidak bagi Aisyah. Perasaannya hanyalah KOSONG.

Seharian melayan tetamu memang memenatkan. Aisyah bercadang untuk naik ke bilik dan bersihkan badan yang sudah melekit.

Masuk sahaja di bilik dapat dilihat si suami yang masih berbaju melayu sedang duduk menyandar di kepala katil bermain hansetnya. Tidak diendah lansung Aisyah yang masuk ke bilik.

"A-awak.. Awak nak mandi ke? Ss-saya boleh pp-panaskan.. air?"

Mahu sahaja ditampar mulutnya yang tiba tiba bercakap gagap.

Si suami yang diberi nama Aiden itu memandang tajam ke arah Aisyah. Aiden lantas bangun lalu berjalan ke arah Aisyah. Tangan si isteri di rentap kasar lalu pintu bilik dikunci.

"Kalau aku nak mandi dengan kau, boleh?" tanya si suami miang. Aisyah menelan air liurnya. Sungguh dia rasa hendak menangis berada dalam situasi ini. Dia tidak suka!

Tak lama selepas itu Aiden melepaskan rentapan. Dapat di lihat pergelangan tangan Aisyah merah akibat direntap kuat dan lama. Aisyah hendak keluar tetapi dengan pantas Aiden menarik Aisyah hingga Aisyah masuk ke dalam pelukan Aiden.

Aisyah merasakan rentapan tangan tadi hanya lah gurauan dan sekarang tiba masa untuk suaminya bersikap romantic namun andaiannya salah. Di tolak tubuh kecil Aisyah ke atas katil.

"Aku nak kau dengar ni. Ade 5 peraturan yang kau perlu patuhi. Pertama, kau kena jaga makan minum aku. Kedua, kau tak boleh keluar tanpa izin aku. Ketiga, kita tak boleh tidur sekatil. Keempat, jangan berani ada lelaki lain. Kelima, jangan jatuh cinta. Faham?"

Aisyah yang ketakutan itu hanya mengangguk lemah. Aisyah bangun lalu kaki laju melangkah keluar dari bilik suaminya. Bilik tetamu menjadi pilihan. Oh ya mereka tidak duduk dirumah nek wan lagi.

"Kenapa suami aku macam ni.. tsk tsk"

Aisyah menutup muka. Air mata laju merembes keluar membasahi pipi. Kalaulah dia tahu perangai suaminya seperti ini, mesti dia akan berkeras keras menolak permintaan nendanya. Penat menangis akhirnya Aisyah tertidur.

🍃🍃🍃

"Aisyah! Aisyah!" Aiden yang sedang bersiap untuk ke kerja melaung memanggil isterinya yang sedang masak di dapur.

"Ya awak sekejap!" Aisyah dengan kelam kabut mendaki tangga mendapatkan suaminya yang macam orang gila memanggilnya di waktu pagi sebegini.

Haih suami aku ni. Nasib baik rumah banglo kalau tak dah lama kena sound dengan jiran.

"Apa dia awak?" Aisyah dengan lembut bertutur. Aiden berpaling arah melihat isterinya.

"Tolong buatkan tie aku" Aiden berkata selamba. Aisyah dengan perlahan menghampiri Aiden lalu tangan laju membuat tie untuk si suami.

Sedang Aisyah leka membuat tie, Aiden pula leka merenung wajah suci Aisyah. Kening yang berlekuk cantik, anak matanya berwarna perang ke-emasan, hidung kecil yang mancung dan akhir sekali bibir pink yang sentiasa basah dan terliur di mata Aiden.

Hampir sahaja Aiden jatuh cinta saat pertama kali dia melihat wajah si isteri pada hari perkahwinan mereka  tapi apakan daya ego lebih mengusai diri.

"Dah siap awak." lembut Aisyah bersuara.

"Turun. Makan." perintah Aiden dingin. Cuku hanya dua patah sahaja yang keluar dari mulut si suami sudah membuat Aisyah kecut perut mendengarnya.

Aisyah dan Aiden turun menuju ke dapur. Nasi goreng biasa dihidang buat Aiden.

"Kau makan sekali." perintah Aiden lagi sekali tetapi suaranya kini lebih lembut.

"Bb-baik" Aisyah masih lagi dengan gagapnya apabila berbicara dengan suami.

"Kau takut dengan aku?" tanya Aiden tiba tiba. Aisyah lantas memandang muka Aiden yang tidak pernah terukir senyuman selama perkahwinan mereka. Aisyah hanya senyap. Tidak tahu hendak diberi jawapan apa.

"Aku tanya jawab lah!" tengking Aiden dihadapan Aisyah. Meja dihentak lalu pinggan Aiden yang berisi nasi goreng ditolak kasar ke tepi hingga jatuh berderai.

Terenjat Aisyah melihat suaminya yang tiba tiba mengamuk itu. Air matanya jatuh menitis satu persatu.

Aiden yang masih berang itu bangun lalu mengambil begnya. Malas mahu dilayan si isteri yang tersedu sedan menangis.

"Dengar sini. Jangan mimpi nak bahagia macam pasangan lain. Kau hanyalah sampah di mata aku." kata Aiden lalu kakinya melangkah ke pintu utama. Kunci kereta di ambil terus Aiden keluar pergi ke kerja.

"Ya Allah.. kuatkan lah hamba Mu yang lemah ni.." Aisyah masih lagi menangis. Seketika itu dia bangun untuk mengutip kaca kaca pinggan yang bertaburan serta nasi goreng. Luluh hatinya apabila melihat si suami berbuat begitu.

Aisyah berhenti menangis lalu di bersihkan ruang makan yang kelihatan sedikit bersepah.
Selesai membuat demikian Aisyah memutuskan diri untuk naik ke atas dan mandi.

Sambil mandi, sambil merenung nasib diri. Duhai Aisyah.. malangnya engkau dapat suami begini.

T.B.C :)

Hii ! So amacam bab ni? HAHAHA sorry kalau pendek. Tak pe untuk bab awal awal ni kita chill chill je dulu. Haa jahatkan Aiden? Sabar ni baru permulaannya. Banyak lagi taring Aiden yang belum keluar keh keh ok kidding hehe. Stay tuned untuk chapter seterusnya!! See ya ! 💗

365 Hari BersamamuWhere stories live. Discover now