💔2

131 5 0
                                    

عَنْ أُمِّ العَلاَءِ قَالَتْ : عَادَنِيْ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مَرِيْضَةً، فَقَالَ : اَبْشِرِىْ يَا أُمِّ العَلاَءِ، فَإِنِّ مَرَضَ المُسْلِمِ يُذْ هِِبُ اللَّهُ بِهِ خَطَايَاهُ كَمَا تُذْ هِبُ النَّارُ خَببَثَ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ

"Dari Ummu Al-Ala', dia berkata :"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjenguk-ku tatkala aku sedang sakit, lalu beliau berkata. 'Gembiralah  wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahan, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak".

🍃🍃🍃

Aisyah bernyanyi kecil sambil melipat kain kain baju yang bertimbun. Beberapa saat kemudian telinganya menangkap bunyi enjin kereta. Tahu sahaja dia kereta siapa. Sudah semestinya milik Aiden Azrel, suaminya yang panas baran.

Dengan pantas Aisyah bangun membuka pintu dengan niat mahu menyambut kepulangan suaminya.

"Selamat pulang, awak." senyuman manis diberi namun hampa. Suaminya itu lansung tidak mengendahkannya. Aisyah hanya membuntuti Aiden menuju ke dapur.

"Awak lapar? Saya dah masak dah. Ke awak nak mandi dulu? Kalau nak mandi dulu saya boleh—.."

"Diam boleh tak?!" belum sempat Aisyah habiskan ayatnya Aiden menjerkah Aisyah terlebih dahulu. Terangkat sedikit bahunya akibat jerkahan si suami. Aisyah hanya mampu menunduk. Di tahan empangan air matanya dari pecah.

Aiden tidak menghiraukan Aisyah lalu naik ke atas bersihkan diri.

Aisyah dengan lemah melangkah ke arah kain baju yang bertimbun lalu sambung aktiviti melipat.

🍃🍃🍃

Kasar sangat ke aku dengan dia tadi? Argh! Sape kisah.  Baik aku mandi lagi bagus.

Aiden mengambil tuala yang terletak elok di bahagian penyagkut tuala. Seraya itu dia menuju ke bilik air yang sedia ada di dalam biliknya.

Selesai mandi Aiden membuka laptopnya lalu menyemak kerja kerja. Dia selaku CEO syarikat arwah daddynya dulu sangat pentingkan kerjanya.

gurrrrr

Tiba tiba perutnya berbunyi minta di isi. Aiden lantas menutup semula laptopnya lalu turun ke bawah. Dari anak tangga paling bawah dapat dilihat si isteri yang sedang tekun melipat baju sambil duduk bersimpuh.

Haih Aisyah.. sekasar kasar aku dengan kau, kau masih jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Jangan buat aku rasa bersalah Aisyah.

Penat bermonolog Aiden berdehem sikit. Aisyah yang mendengar deheman suaminya itu terus berpaling.

"Eh awak. Awak nak makan?" tanya Aisyah masih dalam nada lembut dan senyuman manis.

"Hm" hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Aiden. Kakinya diatur menuju ke ruang makan.
Aiden duduk di meja makan sementara Aisyah pula bertungkus lumus menyediakan lauk pauk.

Sambal sotong, pucuk paku lemak cili padi, telur mata? Semua fav aku. Mana dia tahu?

"Makan lah" Aisyah yang perasan suaminya leka merenung lauk berkerut memandang.

"Kenapa? Awak tak suka ke? Kalau tak suka tak pe saya—.."

"Kau ni kalau diam sekejap tak boleh ke? Membebel je"

Aisyah yang tersentap itu terus tertunduk. Tapi hatinya tidak lah seluka sebelum ini kerana malam ini makanan yang di masak habis licin suaminya bedal.

Alhamdulillah..

"Dah. Lepas ni aku nak buat kerja. Kau sambung lipat baju tu."

"Er awak. Malam ni saya tidur mana?"

Aiden yang mendengar soalan itu terus menoleh memandang isteri kecilnya sinis.

"Tidur kat bilik belakang tu lah. Apa lagi"
Aisyah memandang bilik yang dimaksudkan Aiden. Keluhan berat di lepaskan. Aiden malas mahu melayan isterinya terus naik ke tingkat atas untuk menyelesaikan kerjanya.

"Tidur kat situ pun boleh lah" Aisyah mengemas dapur. Kain di ruang tamu yang masih bertimbun di biar seketika.

Selesai mengemas dapur dan ruang makan, dia kembali duduk bersimpuh dan menyambung kerjanya.

20 minit selepas itu dia mula diselubungi rasa kantuk. Baju baju yang dilipat ditinggal atas sofa. Aisyah melangkah menuju ke bilik belakang yang terletak di dapur.

Dia memandang keadaan bilik itu lama. Tiada katil. Hanya ada kipas dan sejadah. Keluhan dikeluarkan.

Sejadah yang terletak di sudut dinding itu di ambil. Di bentangkan sejadah itu seperti hendak solat. Aisyah baring mengiring ke sebelah kanan. Teringat akan pesan nek wan.

"Kita tidur kena mengiring sebelah kanan."

"Kenapa nek?"

"Itu sunnah nabi"

Aisyah tersenyum sendiri apabila teringat akan nek wan yang sentiasa berleter membetulkan sikapnya.

Apabila Aisyah sudah mula hendak melelapkan mata, sempat dia membaca doa.

Ya Allah, sesungguhnya denganMu aku hidup dan aku mati. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Amin.. 

🍃🍃🍃

"Aih haus la pulak" Aiden yang tekun menghadap laptopnya itu mengambil keputusan untuk berhenti seketika kerana tekaknya berasa haus. Kebas punggungnya dek duduk terlalu lama.

Aiden menuruni tangga. Jam kini sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Baru sahaja dia mahu menuju ke peti sejuk dia ternampak pintu bilik belakang terbuka sedikit.

Aiden melangkah dengan perlahan menuju ke bilik belakang. Buka sahaja pintu terus luluh hatinya melihat si isteri tidur meringkuk hanya beralaskan sejadah. Tiada bantal, tiada selimut. Hanya sejadah menjadi alas.

Angkat atau biar? Kalau aku angkat dia mesti fikir bukan bukan. Kalau aku tak angkat, kesian la pulak.

Angkat je! Isteri kau tu!
Tak payah! Biarkan dia terseksa!

ARGHHHH!

Penat bermain dengan kata hati Aiden hanya meninggalkan isterinya itu. Di buang perasaan bersalah. Air di dalam peti sejuk diambil lalu diteguk.

Aiden naik ke tingkat atas. Laptopnya hanya dibiar begitu saja. Dia berasa terlalu ngantuk. Kaki memanjat katil dan selimut di tarik paras dada. Mata di tutup rapat.

Maafkan aku, Aisyah..

T.B.C :)

Cakkkk! Aiden ni degil kannn. Ego tinggi betul tak? Tak pe tak pe no worries, nanti lama lama sayang la dia tu dekat Aisyah hihi. Stay tuned for the next chap😊❤️

365 Hari BersamamuWhere stories live. Discover now