Bab 1

105 16 47
                                    

Aku? Nama aku Ris. Fadzriza, itu middle name aku. Orang panggil aku guna first name, tapi biarlah aku dikenali sebagai Ris di sini. Aku ni jenis masuk air sikit, sebab tu aku boleh rapat dengan semua orang. Walaupun ni baru tahun pertama aku kat sini, dah ramai dah kenalan aku. Teringat masa first day sekolah, semua diam.. pandang meja, bajet baik. Masuk dua minggu, dah macam ambil syabu aku tengok. Hu ha hu ha sana sini. Tapi aku cuma duduk dalam kumpulan aku je. 

"Kau tau tak?" Christ kat sebelah panggil aku. Aku cuma pandang dia, tanda aku mendengar.

"Sharon couple dengan budak form 5 dohh." Aku diam. Aku tak tau perlu balas apa. Aku hairan juga, sekolah ni peraturan ketat, masih berani juga nak couple sana sini.

"Baguslah tu." Pendek jawapan aku. Masa ni aku tak rasa apa langsung, rasa jealous tak ada, dengki tak ada. Semua tu tak ada. Ok, mungkin ada lah sikit. Maklumlah sis tak pernah couple.

"Tapi tua duhh." Christ macam menilai boyf Sharon. "Tak pun. Empat tahun je beza." Malas-malas aku balas.

"Sebenarnya aku jealous." Aku pun kadang macam tu juga. Tapi aku tak balas sangat. Entah kenapa aku tak tertarik dengan topic hari ni. Selalu aku lah paling bising kat group ni.

"Sharon kan.. dia baru masuk tahun ni dah dapat perhatian.. Dia cantik. Maklumlah dia sepupu Tracie Sinidol tu kan. Aku rasa dari setiap tingkatan memang akan ada lelaki yang crush dekat dia. Dahlah baik, pandai. Tinggi lagi." Melambung-lambung pujian diberikan untuk Sharon, dan semua memang aku akui.

(Siapa kenal Tracie Sinidol? Muka iras Mira Filzah tu. Hah, dia tu cousin kepada Sharon tau. Tak hairanlah adik-beradik dia orang semua lawa.)

Sedang rancak Christ memuji-muji sambil aku mengiyakan segalanya, kedengaran ketukan di muka pintu. Kelas automatik terdiam. Aku nampak ada seorang lelaki berdiri, mesti nak buat pengumuman.

"Selamat pagi, cikgu. Boleh saya buat pengumuman?" Hampir cair hati aku dengar suara dia. Macho. Serious. Kulit pun putih, ada ciri-ciri Cina. Tapi tak mustahil, ini kan sekolah Cina?

"Semua murid boleh ambil perhatian sekejap? Ni pasal aktiviti kokurikulum hari ini. Sepatutnya kita hari ni bola dan permainan, tapi ditukar kepada kelab dan persatuan. Tolong jangan silap kelas nanti. Yang silap tu, tak tau lah nak cakap. Telinga letak kat bahu."

Deep. Memang aku tak dengar sangat, aku tengah fokus muka dia HAHAHA. Memang ada muka Cina sikit. Cepat-cepat aku tanya kawan sebelah apa dia cakap.

"Tak baik, Zul. Jangan ganas dengan adik-adik sini Zul. Nanti apa first impression dorang dekat kau? Kan cikgu dah kata kalau nak jadi hot macam cikgu kena follow the flow. Manja lah sikit." Jangan tanya aku, aku tak kenal cikgu ni HAHAHA. Tapi siyes, cikgu paling sporting pernah aku jumpa.

"Saya ada girlfriend, cikgu." Melepas aku.

"Temporary je tu. Nanti kau break juga. Acah broken lah, nak pindahlah, cut tangan lah. Bila dah break nangis la girlf tu, mereport dekat bespren dia. Kau juga kena kecam. Ingat cikgu tak tau ke perangai netizen sekarang."

"Adehh, cikgu. Childish nya macam tu. Takdanye lah, gurau je. Terima kasih, cikgu." Dia terus beredar lepas dah ucap perkataan 'terima kasih' tu. Entah kenapa aku macam tertarik dekat dia. Terutama cara percakapan tu.

Masuk waktu rehat kedua, aku terus pergi tempat ambil wuduk bagi kaum perempuan. Nak solat zuhur. Dah berapa kali aku solat kat surau tapi asyik orang sama je semua. Kadang aku terkilan juga, sekolah ni bukan tak ramai muslim, ramai je tapi aku positifkan diri. Aku faham surau sekolah tu sempit, mesti dorang lagi selesa nak solat kat rumah.

Aku memulakan solat zuhur dengan niat dan mengakhirinya dengan mengaminkan doaku. InsyaAllah doa aku ini akan dikabulkan, sesungguhnya Allah Maha Pendengar. Begitulah aku setiap kali selesai mengaminkan doa. Aku bangun dari sujudku, membeli makanan di kantin. Lepas ni kena melepak dekat library, memandangkan aku ni pengawas percubaan pusat sumber sekolah. Nama pun percubaan, aku kena usaha lebih.

Tapi bila nak buka je pintu library tu tiba-tiba pintu tu dah terbuka. Automatik aku undur ke belakang untuk mengelak dari tersentuh lelaki di hadapan aku. Aku pandang laman wajah dia lepas terdengar suara yang keluar dari bibirnya. 'Bukan ke...' Fikirku sebelum...

"Sayang..." ARGH!!!!!! TERPANAH JUGA AKU!!!!!!

The Things Between Us #TrueStoryWhere stories live. Discover now