Bab 3

48 12 20
                                    

"Eh, Lan. Hai juga. Aku kat sini-sini je, tak hilang mana pun. Kenapa kau cari?" Soal penolong ketua pengawas library yang aku tak ketahui namanya itu. Masak aku kali ni.

"Ooo, boek haha. Macam ni, esok aku tak dapat bertugas.. Wani minta tolong sikit, heh kau ganti tempat aku eh proses pemulangan buku tu? Serius tak dapat bertugas." Aku nampak dia tersengih-sengih, terdesak je gayanya. Hmm, siapa lah Wani tu sampai dia terpaksa tinggal tugas?

"Kau bab Wani laju, aku sibuk lah. Minta orang lain lah. Danial ke.."

"Hmm.. ye lah. Tengok gaya kau pun memang tak nak tolong. Nilah kawan."

"Bukan tak nak lah, aku pun sibuk. Kalau aku buat kerja kau, sape nak urus pusat akses? Minta Danial la, kan dia free tu." Betullah dia ni pengawas pusat sumber... Mati aku.

"Hmm, yelah.." Tiba-tiba dia pandang aku. Lo kenapa? Aku cucuk kang biji mata tu. Senyum-senyum dia tengok aku. Seram..

"Dating erkkkkkk?" Ya Allah, soalan.. Dah lah pandang aku sambil angkat-angkat kening, pikir apa? Helo pulis, Azlan minta penampar.  Kalau ya pun penolong ketua pengawas library tu je lelaki yang tinggal kat muka bumi ni, memang taklah aku nak. K tu tipu. AKU NAK WOIII... FIRST LOVE PUN TAK ADA LAGI NI HAHAHA.

"Taklah. Aku tak tau pun dia ni siapa, then aku marah dia sebab lepak kat sini.. Tak sangka pula dia sebenarnya penolong ketua pengawas library." Diam-diam, sebenarnya aku menerangkan benda ni kepada mamat tu juga.. Bukan untuk Azlan sorang je. Adehh, harap-haraplah dia faham. Tahu tak betapa strugglenya aku nak ambik jawatan jadi librarian ni? Janganlah sebab ketidakmatangan aku disebabkan biskut, aku hilang peluang tu.

"Eleh, tipu. Korang dating kan? Lenkali dating tu kat bawah pokok pishang sana.. Tak pasal-pasal hilang jawatan nanti, kan susah?" Dia main kening lagi. Eihh, saya pun tara hati lah sama kawan awak ini. Please lah, baik mereput kau orang berdua dari sini. Yang satu ni diam, tak cakap apa dah kenapa? Macam mengiyakan pula gayanya. Ada juga yang aku sula nanti ni.. Baru aku nak bertindak, dia dah buka mulut. Apa ni kanda. Macam tahu-tahu sajalah. Takot ke?

"Lan, kau gila ke apa? Budak senget macam dia ni nak dating dengan aku? Aku tak terdesak lagi lah woi. Please lah, jijik." Defuk :) SAYA PUN TARA MAU SAMA KANDA LAH. GELILAH SAYA, MUKA DAH HITAM, PERANGAI DAH SAMPAH. PLEASE LAH! Tapi, malang sungguh kan aku tak boleh luah semua tu. Tahulah kau bos, hm..

"Gross." Katanya lagi sambil pandang aku. Eih, apa hal keling sangat ni perangai? Tolong lah, kau fikir kau syapa ha? Sanggup menyingle aku macam gini. Hampeh betul perangai dia. Mahu saja saya balas, tapi siapalah saya kan. Murung aku.

"Ya, makaseh. Makaseh sangat. Detail betul penerangannya tu. Aku jalan dulu lah. Bye, Lan." Takot aku duk lama-lama kat sini, nanti ada pula bengkok hidung kerja aku. Sabar, Ris. Sabar.. Ini semua dugaan, ini adalah ujian. Ingat TUHAN, Ris. Jangan lah kau bengkakkan pipi dia. Nanti dia balik rumah bengkak pipi, kau pula patah leher.. macam mana tu?

"Siapa suruh kau balik? Dahlah kuang ajo dengan penolong pengawas library tadi.. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas." MAKK, TAKOT. Ingat aku heran ke? Aku rasa macam dah kenal dia setahun, pedahal tak sampai 24 jam lagi. Perangai.. Betul aku cakap, perangai dia serius mengalahkan Ijoy. Aku rasa aku sanggup lagi hadap Maria Latifa daripada layan perangai betina dia ni.

Hah, siapa yang tak kenal Cik Maria tu, bolehlah scroll ig dia. Muka dia sebijik macam mak-mak dekat lorong haji taib sana. Wajah dah awet muda, sekali makan pil hormone tak pasal-pasal jadi mak nyah pencen, umur empat puluhan sana. Tak faham aku. Nak juga ye jadi gugurl, sedangkan badan dah sado, muka pun ermm.. okay, boleh lah, cuma makin jahanam lepas jadi perempuan. Ke sebenarnya, Maria ni tak laku? Takpelah Maria kita sama, saya faham perasaan tu. Tapi saya takda laaa sampai pakai boxer ke apa. Semoga Maria Latifa kembali ke pangkal jalan, amiin ya robbal alamiin..

"Ala tu je kot, kan dia dah kata tadi dia tak tau kau siapa. Baguslah tu dia tegur kau, maknanya kalau ada student lain buat macam tu, mesti dia tegur sama. Takyah ambik hati sangat kau ni." Mujur Alhamdulillah, Azlan backup aku. Ni yang hati I tak tahan ni HAHAHA, takdelah. Gurau joo, I tak makan lah couple-couple ni. Eh yo ko? Macam tak ikhlas bunyinya.

"Haah, saya tara tahu lah awak siapa awalnya. Awak janganlah marah, saya tara sengaja punya lah." Dehek, cara cakap keling tu aku boleh terima lagi.. YANG AKU GUNA 'SAYA', 'AWAK' DAH KENAPA?! Ni yang aku malas ni. Aku bila dah acah keling, memang automatik 'saya' 'awak', 'saya' 'awak' punya. Terasa bodoh diri ini. Tu lah.. Alya dah cakap, tak payah keling sangat, aku tak nak dengar juga. Kan dah kena.

"Apa 'saya', 'saya'? 'Aku', 'kau' sudahlah." Amboi marah. Tergoda cakap! Aku pun tak hingin lah 'saya', 'saya' dengan kau! Kau faham tak itu automatik terjadi bila aku bicara keling?

"Yalah, yalah. Please lah weh, aku tak nak burukkan nama pusat sumber. Jadi tolong, benarkan aku turun sekarang. Rasanya tengah ambik kehadiran kat bawah." Lerrr, aku saja je mention pusat sumber, rasanya itu titik kelamahan dia kot. Aku agak je. Kut lahh berfungsi kejap otaknya setelah aku mention benda tu.

"Hah, turun je.. Pi , pi.." Macam menghalau je Azlan, tapi saya ngerti kok. Azlan nak lepaskan aku ler tu. Makceh ye, terharu sangat. Laju-laju aku turun tangga lepas aku angguk sekali. Tak nak terjebak lagi dengan kembar aiskrim tu. Siyes budak yang aku tak ketahui namanya itu sungguhlah beku. Kadang cam bisu jugak, tapi lagi suka. Daripada aku dengar suara dia tu, nyampah. Lagi-lagi bahasa dia yang tak reti nak tapis tu. Memang jalan lah weyhh. Tak sanggup aku. Bak kata orang English, I can't bear with it.

Sampai je dekat tempat pertemuan persatuan pengakap, terus aku tersengih sambil mengucapkan kata maaf kerana terlambat. Ni semua salah mamat tu lah, sebab dia aku dah anti dengan biskut. Kalau bukan sebab biskut, dah lama dah aku lalu mamat tu terus pergi perjumpaan pengakap, hm.. kalaulah perkataan 'biskut' tak wujud, benda ni tak akan berlaku.

"Hah, kenapa lambat?" Soal Cikgu Zulkifli setelah menanda kehadiran aku. Tak bernada marah, bukan juga menengking, nada biasa-biasa je.. sebab tu lah dia jadi guru favorite aku. Macam aku kata, dia ni guru yang paling sporting pernah aku jumpa.

"Sembelit, cikgu." Ampunnn..

Terpaksa pula aku tipu sunat. Takot lak memanjang kalau aku cakap ada mamat tak berapa nak siuman bergaduh dengan aku kerana biskut. Mahu dia buat lucu pasal benda tu nanti dalam kelas. Biarlah.. sanggup lagi aku digossip kerana sembelit daripada mempunyai kaitan dengan mamat tu. Baikkan aku? Ni bukan baik, ni bodoh. K tu hati aku yang cakap. Deep.

"Tu lah, makan banyak sangat! Gemuk karang, takda crush nanti." Bebel cikgu tu sambil tutup buku kehadiran. Tahulah aku gemuk, aku pun bela double-chin. Nasib baiklah takde triple-chin, tu tak tahu kat mana nak dapat tu. Sayang betul kat lemak dagu tu nampaknya.

"Yorr lahh!" Jawabku, terus aku bergerak ke arah Ain setelah ternampak dia. Nasib Ain ada sediakan seat untuk aku. Cayang dia, muah.

© aryssa_rys 2019

♡VOMMENTS ♡VOTE ♡COMMENT ♡

MERRY CHRISTMAS ! THANKS SEBAB SUDI BACA CERITA YANG KE LAUT NI WKWKWK. Tengok-tengok dah Top #2 In True Story. Kalau sudi tu, silalah add dalam library sekali. Terima kacih eh, cayang semua.

The Things Between Us #TrueStoryWhere stories live. Discover now