Bab 4

33 10 3
                                    

"Lambat gila kau! Serius lah sembelit, habis sekarang dah okay ke?" Tanya Ain sesudah aku melabuhkan dudukku. 

"Hoho. Alhamdulillah, tak ada apa." Aku pun malas nak panjang-panjangkan cerita. Nanti payah nak story dari awal sampai habis.

Petang tu, lepas je habis perjumpaan kelab dan persatuan, aku terus memulakan perjalanan menuju ke blok asrama. Biasanya naik bas, tapi itu pun kalau balik jam 2 petang. Kalau dah nak masuk jam 4 petang ni, memang taklah ada bas nak datang ambil.

Sudahnya, aku jalan kaki balik asrama seorang diri. Kawan-kawan yang lain ikut jalan besar, aku ikut laluan lain. Jauh tu nak sampai asrama kalau ikut jalan besar. Tiba-tiba aku rasa menyesal jalan seorang diri, bukan apa dekat Sabah ni pukul 4 pun dah gelap.

Tahu-tahulah jalan ni pun manalah orang lalu sangat, semua ikut jalan besar. Kalau ada penculik ke perogol ke memang jalan ni je diorang aim. Wallahualam, InsyaAllah aku selamat sampai ke asrama.

Laju-laju aku jalan sambil berdoa macam-macam ayat dan surah yang terlintas dalam otakku. Tak kisah lah surah apa pun, yang penting dapat tenangkan hati. Masa tu aku fikir macam tu.

Tiba-tiba ada satu dua kereta lalu depan aku, naik pelik aku. Lorong sunyi ni apa je ada, kenapa ada kereta lalu dekat sini? Biasalah remaja, banyak benda negatif aku fikir waktu tu. Lagi-lagi bila langit pun dah nak mendung. Rasanya sekarang aku lagi takut jumpa penjahat berbanding hantu.

Ececeh, syaitan pun aku tak pernah nampak depan-depan.. mana tau tak takut benda tu?

Aku mencari-cari tempat berteduh memandangkan hari pun dah nak hujan, tiba-tiba muncul sebuah kereta D-Max yang berwarna hitam dari arah belakang. Ditekan hon sekali apabila si empunya kereta menyedari kehadiran aku.

Aku pun time tu tak terfikir dia tu penjahat ke apa, terus hilang semua padahal tadi riuh je otak aku fikir semua tu. Ni semua sebab aku sakai lah ni. Tapi siyes, bapak cantik gila kereta warna hitam. Fuhh, berkilat! Kereta ayah aku dekat rumah, hodoh apa warna putih. Cepat berdebu.

Bila pemandu tu nak turunkan tingkap kereta baru aku sedar aku bodoh sebab tunggu kereta tu berhenti depan aku baru aku nak lari. Aku pun buka langkah seribu, cuba untuk menjauhkan diri dari orang asing yang aku tidak kenali.

"Wehh, kejap! Wehh, oi, sekejap!" Eh eh eh, macam kenal pula suara tu. Macam suara kawan Ain tu, siapa eh nama. Aku lupa tah tak ingat siapa. Jadi, aku sambung berlari balik.

"Weyhhh, sekejap! Danial lah ni. Kenal en?" Tiba-tiba kereta tu ada dekat sebelah aku dah. Makk, takot! Kejar aku pulak.. Oohh, Danial rupanya. Aku intai dari luar, agak-agak siapa pemandu kereta tu. Mesti ayah dia.

Hurmm, patutlah muka hensem. Ikut muka ayah kut dia ni. Aku pun bagi salam dekat diorang berdua sambil tundukkan sikit kepala, tanda hormat kepada yang lebih tua lah maksudnya. Tapi kenapa aku dengar ada tiga suara? Garau, macho pulak tu suaranya.

'Abang dia kut. Aku rasa abang dia ni.' Aku membuat andaian sendiri. Baru tahu Danial ada abang. Ingatkan tak ada.

"Apahal kau tak balik lagi ni, dah nak gelap kut. Dah lah mendung." Tanya Danial sambil-sambil mata dia tengok langit. Caring pulak dia ni. Kalau Ain tau mesti dia jealous. Hohoho.

"Nak balik lah ni." Then, dia pandang muka aku macam tak percaya. Apa?

"Kawan asrama kau yang lain mana? Bukan selalu jalan sama-sama ke? Ke kau sengaja ni tak nak balik asrama?" Muka aku ni macam budak nakal agaknya nak escape dari asrama. Mahu kena sebat dengan warden nanti.

"Diorang ikut jalan besar. Aku ikut shortcut."

"Berani eh, jalan seorang. Dah lah gelap-gelap macam ni. Kau tak takut ke ada penculik ke apa?" Gila tak takut. Baru aku nak bagi penjelasan dekat dia, ayah dia dah menyampuk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Things Between Us #TrueStoryWhere stories live. Discover now