"Sayang...." ARGH!!!!!! TERPANAH JUGAK AKU!!!!!! Yang tak jadi nak jatuh pun boleh tiba-tiba jatuh.
"Pakai spec tapi takde function! Buta ke?" Suara dia berubah kasar. Eh, bukan ke dia ni lelaki yang buat pengumuman kat kelas pagi tadi?
Lahai ingatkan dia nak panggil aku sayang tadi rupanya 'sayang' sebab aku buta. Memang aku ni ditakdirkan single untuk selamanya ke HAHAHA
'Dahlah aku jatuh kau tak nak sambut!' Mendengus aku dalam hati, memang berbeza betul dari drama-drama yang aku tengok. Selalunya, kalau perempuan nak terjatuh mesti lelaki sambut, en? Mimpi kau, wayang bolehlah. Hakikatnya, dia tak sangka pun kau nak tergolek depan dia.
"Kau yang tolak pintu tak tengok-tengok! Eee!" Aku berdiri sambil membalas kata-kata dia, tak kesah langsung dia siapa. Bapaklah boleh bengkak bontot aku sebab terjatuh.
"Kau ingat pintu kayu ni boleh tembus ke nampak kau kat sebelah? Eii, mata ke biskut?" Wallaweh! Aku rasa mata aku normal je, tak ada ciri-ciri nabati ke apa. Muka je handsome, tapi mulut mengalahkan longkang. Kuali kalau depan aku, memang leper hidung dia aku tibai.
"Ohh.. Tau pula tak boleh tembus, macam tu lah juga aku. Ingat aku nampak ke kalau kau nak tolak pintu tu tadi? Eh, kau blah je lah! Menyampah pula aku." Lancang aku membalas. Tak pernah-pernah aku marah orang yang aku baru kenal sampai macam ni sekali. Serius aku rasa Ijoy lagi murni dari dia ni. Masih tak boleh move on dia cakap mata aku biskut.
Dalam hati, memang aku nak langgar dia dekat bahu tapi aku masih tahu batas-batas antara lelaki dan perempuan dalam Islam. Aku mendengus kasar, kuat-kuat aku pulas tombol pintu sambil membayangkan aku tengah pulas orang sekarang. Mana taknya weh, dia cakap mata aku biskut! Deep hingga ke hujung kaki.
Sakit hati kerana dituduh bermata biskut masih terasa. Baru nak hempas pintu kuat-kuat, terdengar pula suara dia menegur perbuatan aku.
"Jangan hempas pintu tu. Kalau kau nak buat juga, kau tunggu lah Teacher Yap potong markah merit kau." Dia ugut aku. Cepat-cepat aku tahan pintu yang aku nak hempas tadi. Nasib baik sempat.
'Eih.. kalau Teacher Yap nampak aku nak hempas pintu tadi mesti dia black list terus aku dari jadi pengawas pusat sumber.' Membebel-bebel aku dalam hati.
"Ris. Aku nak minta tolong boleh?" Tanya Melia sambil tersengih, mungkin perasan mood aku yang tak berapa nak baik. Aku cuma memberi anggukan sebagai balasan. Sejuk sikit hati aku bila tengok Melia. Lembut je raut wajah dia, cantik.
"Esok aku tak dapat datang bertugas. Kena cari orang jaga kaunter untuk peminjaman buku. Kau ganti aku eh? Kau tahu kan macam mana kerja dekat bahagian peminjaman tu?" Berfikir aku. Selama aku jadi pengawas percubaan 2 minggu ni, selalu dengar librarian merungut bila ramai sangat orang datang pinjam buku. Boleh dikatakan tugas kat kaunter merupakan antara yang paling mencabar bagi mereka.
"Ohh.. InsyaAllah, esok aku tolong cover kau." Aku pun bukan selalu sangat dapat tugas bahagian peminjaman, tu pun baru sekali hari tu sebab nak ganti Azlan. Jarang betul pengawas percubaan pusat sumber dapat buat tugas tu. Tak salah rasanya aku tolong, bila dah biasa nanti tak adalah nak merungut bagai.
Jam menunjukkan pukul 2:19 petang. Waktu kokum dah nak mula. Cepat-cepat aku susun buku-buku yang dah diproses ke dalam rak sebelum meminta izin untuk keluar. Tutup je pintu, aku nampak seorang lelaki tengah menyandar kat tangga. 'Pelajar tu tak baca sign-board kat tepi tangga ke?'
Niat di hati nak tegur secara baik tapi bila nampak muka orang tu, terus terbit rasa menyampah. Hairan juga aku kenapa cekadak tu tak turun-turun. Entah-entah dia ni pengawas library juga tak? Tapi kenapa dia pakai baju kemaja untuk murid biasa?
"Kau tak pandai membaca ke? Tak nampak ke apa sign-board tu tulis?" Tak ada salam, tak ada apa, aku terus soal dia. Tapi dia buat bodoh, saja kan tak layan aku. Dahlah panggil mata aku biskut tadi. Dasar betul dia..
"Dilarang melepak atau membawa makanan di kawasan ini." Sengaja aku baca tulisan yang ada dekat sign-board tu kuat-kuat, nak dia tahu aku tengah perli dia sebab tak pandai faham tulisan dekat sign-board tu.
"Aku tak sebodoh tu. Aku pandai membaca." Tapi macam mana pun aku tak nak berhenti di situ, aku tak tenang selagi dia tak sakit hati. Sengaja aku mengingatkan sindiran yang dia guna untuk aku masa dia panggil aku buta.
"Ohh.. tau membaca rupanya. Habis tu kenapa tak guna mata tu baca sendiri? Buta? Mata ke biskut? Dasar mata apollo, patutlah tak nampak!"
Habis je aku cakap macam tu, terus dia berpaling tengok aku. Tadi nak pandang muka aku pun tidak, sekarang bila dia pandang aku tajam macam tu rasa nak terkencing pula. Adeh.. menikus aku. Ni ke pandangan mata 'apollo' dia weh? Apa pasal seram sangat?
"Kau nak cakap tu agak-agaklah. Kau tu pengawas percubaan je kat sini, jadi jangan nak berlagak sangat." Aku berlagak? Ehh, aku tegur ikut cara dia kut! Dia tu lah berlagak! Cakap tak lapis-lapis, sekali aku balas pakai bahasa dia tahu sentap.
"Jangan marah brader. Memang kau tak boleh lepak kat sini. Baik kau turun dan blah. Pi stalk ig Ijoy sana." Aku buat lawak tapi dia tak gelak, takpe... Aku tau aku kelakar.
"Agak-agaklah lah weh. Kalau kau rasa masih nak jadi librarian, tolong hormat orang sikit." Keras suara dia memberi amaran.
"Aik, marah? Sen...." Belum habis ayat aku nak bakar hati dia, datang Azlan mematikan percakapan aku. Ya ALLAH! Dugaan apakah ini, potong stim betullah kau ni hmm..
"Wallaweii, aku cari kau tak jumpa-jumpa. Kat sini rupanya penolong ketua pengawas library kita ni. Confirm dah tahun depan kau jadi bos kitorang. Eh.. Hai Ris!" What the fart yo!
AKU BARU MARAH PENOLONG KETUA PENGAWAS LIBRARY WEI. Dan berakhirlah sudah peluangku untuk menjadi pengawas pusat sumber sekolah :')
YOU ARE READING
The Things Between Us #TrueStory
Teen FictionTHE HIGHEST IN TRUE STORY OUT OF 64 STORIES - Based On True Story - No Mature Content - Cast : Lalisa Manoban as Ris and Jeon Jungkook as Zul Synopsis - The Things Between Us : Aku ni budak nerd.. serius aku cakap memang nerd, waktu pjk pun pa...