Bab 1

20K 821 53
                                    

Malam

Sudah hampir 3 jam aku berhempas pulas menyiapkan makan malam untuk sahabat-sahabat abangku. Memang serius penat! Aku terpaksa terus masuk dapur sebaik saja pulang dari shopping tadi.

"Adik! Kawan abang dah sampai! Makanan dah masak?"soal abang yang masuk ke dalam dapur dengan senyuman.

Aku hanya menayangkan wajah serius tanpa reaksi kepadanya biar dia tahu yang aku penat!

"Tidak baik tayang muka macam tu! Abang dah bagi RM200 tau! Banyak tu!"ucap abang yang membuatku sentap jap.

"Ooo...Abang nak ungkit pasal duit? Tak baik mengungkit tau.."ucapku selamba sambil mengacau sos spagetti.

"Tengok tu! Ada saja modal dia untuk menjawab! Cepat! Dorang semua dah lapar tu!"beritahu abang lalu meninggalkan aku bersendirian di dapur semula.

20 minit kemudian, aku keluar dari dapur menghidangkan makanan untuk mereka yang telah pun lama menunggu diatas meja makan. 

Aku memerhati mereka yang semuanya ada 7 orang termasuklah abangku yang jebon. Serius, aku rasa gerun sebab diorang semua jauh lebih tinggi dari aku! Sado pula tu!

"Siapa ni?"soal mereka lalu memandangku dengan senyuman.

"Dia ni adik aku. Nama dia Hanie."beritahu abangku kepada mereka.

"Huish! Muka macam kau ni ada adik secantik dia?! Gila ah!"ucap mereka tidak percaya.

"Kenapa dengan muka aku? Ada masalah?"soal abang serius.

"Eh! Tak adalah! Hehehe....Kita gurau jer! Janganlah serius."ucap mereka lalu ketawa.

Satu orang diantara mereka menarik perhatianku. Hanya dia yang berkulit cerah berbanding yang lain malah dia juga yang paling kacak diantara mereka semua.

"Yang tinggi ni nama dia Sani. Muka macam shahrukhan ni nama dia Zarif. Paling pendek tu nama dia Sufi tapi kami panggil dia Sapi. Yang ada kumis ni namanya Adam. Muka blur yang hujung tu nama dia Alex. The last one! Our little brother dalam team kami! Jefry! Dia ni cina tapi dia islam."beritahu abang kepadaku. Pening jugalah nak ingat nama diorang.

"Hi! Nice to meet you guys!"ucapku dengan senyuman. Takkanlah nak tunjuk muka macam nak pukul orang dekat tetamu kan?

"Hanie dah ada boyfriend?"soal Sani dengan senyum miang.

"Kalau tiada, boleh kita masuk line!"sokong Sufi lalu ketawa.

"Eee...Tidak ingin aku jadi adik ipar si Hanif ni! Seram doh!"ucap Zarif yang membuatkan kami ketawa.

"Apa kata aku try patahkan leher korang dulu?"ucap abang selamba dengan kening terangkat.

"Kalau macam ni, aku terpaksa minta back up dengan Jefry!"seloroh Sani.

"Apasal aku pula?"soal Jefry lalu memeluk tubuh.

"Cuma kau saja yang boleh kalahkan Hanif haritu! Kami semua tak boleh nak tewaskan dia!"beritahu Alex.

"Ceh! Tiada masa aku nak lawan Hanif. Lebih baik aku tidur."jawab Jefry selamba yang membuatkan mereka ternganga.

"Kau ni! Tak sportinglah! Patutlah tiada girlfriend!"ejek Sufi.

"Korang ada ke?"soal Jefry pedas.

"Pasukan khas macam ni kita mana ada girlfriend. Habislah kita membujang sampai tua."ucap abang berpura-pura sedih.

"Siapa yang nak dekat kita ni? Dahlah tak handsome! Gaji pun ciput!"rungut Zarif.

"Biarlah gaji ciput yang penting kerja kita mulia dan niat kita ikhlas nak berkhidmat untuk negara. Apa matlamat kita masuk paskal? Nak gaji banyak? Hidup mewah?"ucap Jefry yang menyebabkan semua diam. 

"Ok guys! Jemputlah makan!"pelawaku untuk menghentikan mereka yang berperang mulut. Lelaki memang macam ni ke? Perang mulut diorang lebih pedas dari perempuan!

Aku terus kembali ke dapur untuk mengemas kuali dan periuk yang digunakan.

"Thank you! Jomlah makan!"ucap Alex gembira lalu menyuapkan makanan ke mulut.

"Woi! Sapi! Baca doa!"arah Sani.

"Aduh! Suruhlah Zarif!"bantah Sufi.

"Biarlah aku yang baca."ucap Jefry lalu menggelengkan kepalanya.

Ketika aku terdengar suara Jefry baca doa kat luar tadi. Serius! Aku rasa lain wei! Terasa bulu roma naik! Macam ada satu perasaan yang lahir ketika aku mendengar suara merdu Jefry membaca doa. Dia just baca doa makan weyh!!!

Sebaik saja kerjaku di dapur selesai. Aku keluar dari dapur dan naik ke bilik.

"Hanie? Awak tak join makan sekali?"soal Sufi kepadaku.

"Ha'ah...Jomlah makan dengan kami sekali."ajak Zarif.

"Tak apa. Korang makanlah!"tolakku dengan sopan.

"Tak payahlah diet. Dah kurus pun still nak diet. Pelik..."ucap Jefry selamba. Mereka semua terperanjat apabila Jefry berkata demikian. Alex segera memukul lengan Jefry.

"Hahaha....Awak jangan layan si Jefry ni."ucap Alex bersalah lalu memandang kearahku.

"Tidak apa...Saya dah biasa. Abang saya pun macam tu jugak. Adakalanya saya terpaksa gaduh dengan dia. Perangai tak ubah macam budak!"selorohku yang membuat mereka ketawa.

"Tuan Hanif macam budak? Kenapa masa operasi perwatakkan dia menakutkan?"soal Sani lalu ketawa.

"Kau pernah rasa kena tendang kat bontot?"soal abangku dengan wajah serius.

"Hahaha...Rilekslah Hanif!"ucap Sani yang masih ketawa.

"Adik naik dulu!"beritahuku kepada abang lalu memegang bahunya setelah itu menaiki tangga menuju ke bilik.

"Untungnya kau ada adik macam dia. Dahlah cantik! Pandai masak pula tu! Kalau dia bukan adik kau, mesti aku dah masuk meminang dia!"ucap Zarif lalu menyuapkan spagetti ke dalam mulutnya.

"Kalau aku cerita kat dia pasal insiden kat Somalia hari tu? Mesti dia tak nak pandang kau!"ucap Jefry lalu ketawa dan diikuti oleh semua mereka.

"Apa main ugut buka cerita ni?"balas Zarif tidak puas hati.

"Janganlah korang buli si Zarif tu. Nanti ada kang dia merajuk lepastu keluar paskal. Kurang team kita nanti!"tegur Alex serius.

"Betul tu! Kuranglah seorang penembak tepat dalam team kita. Yang tinggal cuma Hanif dan Jefry saja!"sokong Sani.

"Jomlah kita sambung makan! Sampai esok pun tak habis kalau kita borak macam ni."arah Sufi kepada mereka semua.

~~~

Hi guys! Sorry kalau bab ni ada hambar sikit! Pls vote dan komen! Saya nak tanya korang tentang filem paskal. Best tak?

I Love You Abang PASKAL ✔️Where stories live. Discover now