Bab 19

10.9K 510 15
                                    

Setelah beberapa kali berusaha untuk melepaskan diri dari ikatan tali tersebut, akhirnya kami berjaya.

"Cepat Bella! Kita perlu sembunyi!"beritahuku lalu menarik Bella untuk berdiri. Seluruh badannya menggigil kerana terlalu takut.

Kami masuk disebuah rumah kecil milik penduduk kampung tersebut untuk bersembunyi.

"Aku rasa kita akan selamat disini buat sementara waktu."ucapku untuk membuatkan Bella sedikit tenang.

"Tapi kita mesti cari jalan untuk keluar dari sini. Nanti diorang akan tangkap kita semula!"

"Jangan risau...Aku yakin mesti Encik Saiful telah menghubungi pasukan keselamatan tentang keadaan kita."

Kami berdua teruskan menunggu sehingga terdengar bunyi jeritan seorang perempuan dari bahagian luar. Aku memerhati seorang lelaki bersenjata mengheret seorang remaja perempuan tanpa belas di kawasan belakang rumah melalui tingkap.

"Apa dia buat tu?"soal Bella panik.

"Aku pun tidak pasti..."jawabku.

Lelaki itu menarik pakaian wanita tadi dengan rakus.

"Kita mesti tolong budak tu!"bisik Bella.

"Tidak guna betul! Jom!"

Kami berdua mencari peralatan keras yang boleh digunakan untuk memukul lelaki tersebut.

Dengan langkah yang perlahan, kami menyusup dari belakang dan bersama memukul belakang kepala lelaki itu sehingga dia tidak menyedarkan diri.

"Are you ok?"soal Bella kepada remaja itu.

"Yeah...I'm ok. Thank you doctor."ucapnya sambil menangis.

"Let's get out from here."arahku lalu bersama-sama membantu remaja perempuan tadi untuk berdiri.

"Bella, korang jalan dulu. Aku try ambil senjata dari lelaki tu."beritahu ku.

"Ok, kita tunggu dekat depan."balas Bella lalu berjalan bersama-sama remaja tadi.

Dengan berhati-hati, aku cuba mengambil senjata yang ada pada lelaki tadi.

"Hey! What are you doing!"jerit satu suara dari bahagian belakangku.

Salah seorang dari kawannya mengacukan senjata kearahku.

Tanpa membuang masa, aku segera melepaskan tembakan kearah lelaki yang menjerit tadi lalu melarikan diri.

"Kau lepaskan tembakan ke?!"jerit Bella panik.

"Aku terpaksa! Kawan dia datang tadi!"beritahuku panik.

"Nevermind, kita perlu blah dari sini! Mesti dorang yang lain dengan bunyi tembakan tu!"ucap Bella lalu menarik remaja tadi lari bersama kami.

Serius memang rasa sangat berat bila terpaksa berlari bersama senjata macam ni.

"Depan tu ada rumah!"beritahu Bella.

Kami bertiga masuk ke dalam rumah tersebut dan cuba untuk menenangkan gadis remaja tadi kerana dia kelihatan sangat trauma.

"Are you ok?"soal Bella lembut.

"Ok...But I'm still scared."jawabnya sambil menangis.

"Don't worry...We will safe."pujukku agar dia tidak risau.

"Thank you so much for saving me..."ucapnya bersama tangisan.

"Hey...Don't cry..."pujuk Bella lalu memeluknya. Bella juga turut menangis.

"Entah berapa lama kita perlu tunggu..."ucapku seperti putus harapan.

"Dari mana kau belajar menembak?"soal Bella lalu memandang kearah senjata M16 di bahuku.

"Kau lupa yang aku pernah join perkhemahan Kor Kadet Polis masa sekolah dulu? Dari sana la aku belajar gunakan M16 ni."beritahuku dengan senyuman.

Teringat kembali detik-detik aku diajar cara menggunakan senjata api semasa perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Perkhemahan kami diadakan di ODEC University Malaysia Sabah namun kami dibawa menggunakan lori polis ke Lapang sasar di Lok Kawi untuk latihan menggunakan senjata api. Pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Mana la aku ingat. Tapi untung kau boleh gunakan kemahiran tu untuk gunakan senjata seperti dalam keadaan sekarang. Sepatutnya aku ikut kadet polis macam kau..."

"Janganlah cakap tu, Bella. It's doesn't matter apa kokurikulum yang kau ikut masa sekolah dulu."

Kami teruskan menunggu sehingga matahari mula terbit naik. Keadaan yang terang seperti sekarang memang sangat menakutkan, kami terpaksa menunggu semula sehingga waktu malam untuk menyusup keluar agar tidak dilihat oleh pengganas tadi.

"Weyh...Aku lapar."bisikku kepada Bella.

"Sama la...Macam mana kita nak cari makanan dalam keadaan macam ni? Kita tunggu malam."jawab Bella.

"Kalau macam tu, kita tidur dulu. Tapi berganti. Sekarang ni jam 9 pagi. Kau tidur sampai jam 2 petang lepastu kau pula yang ganti berjaga dan aku pula yang tidur. Kita semua tidak boleh tidur sekali. Tapi ada jadi apa-apa." Beritahuku dan disetujui oleh Bella. Aku menyimpan semula telefonku kembali ke dalam poket baju setelah melihat jam sekarang. Tiada gunanya jika aku ingin membuat panggilan telefon untuk meminta bantuan kerana kawasan ni tidak mempunyai line. Satu-satunya cara adalah dengan menggunakan telefon satellite yang ada dekat Encik Saiful.

"Ok, aku tidur dulu."Bella terus berbaring bersebelahan dengan remaja tadi dan tidur memandangkan dari semalam kami tiada rehat.

Dengan keadaan perut yang sangat lapar dan tekak yang sangat dahaga, aku hanya mampu berdoa semoga aku terus dapat bertahan.

~~~~
Hai guys... Huhuhu....Makin serius cerita ni eh. Klu dulu cerita sya tak matang langsung! Haa... Jgn lupa vote dan komen! Thanks!

I Love You Abang PASKAL ✔️Where stories live. Discover now