Bab 16

11.5K 525 25
                                    

"Kita dah sampai."beritahu Jefry lalu turun dari kereta tanpa menungguku yang masih lagi berada di dalam kereta.

Aku dengan wajah kosong terus turun dari kereta dan menyertai Jefry yang mereka di muka pintu sebuah rumah lama yang cantik. Mungkin usia rumah ni mencecah 40 tahun.

"Popo!!"panggil Jefry lalu mengetuk pintu berkali sebelum bertutur dalam bahasa cina. Serius aku tak faham!

"Oh! Darren!"ucap seorang wanita tua dalam lingkungan usia 70 tahun.

Jefry memeluk wanita itu dengan senyuman yang sangat lebar. Mereka berdua berbual dalam bahasa cina.

"Oh! Popo! Ini kawan saya, Hanie."beritahu Jefry kepada wanita tua itu.

"Wah! Kamu banyak cantik!"puji wanita itu dengan senyuman lalu mengusap bahuku. Walaupun bahasa melayu wanita ini terlalu pelat dengan loghat cina, aku still berusaha untuk faham.

"Hanie, ni nenek saya. Awak boleh panggil popo."beritahu Jefry kepadaku.

"Terima kasih popo."ucapku dengan senyuman.

"Masuklah!"pelawa popo kepada kami berdua.

Banyak benda yang kami bertiga bualkan sehinggalah ke zaman kanak-kanak Jefry. Serius, Jefry malu sangat bila bagitahu yang dia ni penakut sebenarnya sebelum mengikut jejak abangnya masuk Paskal.

Popo juga bagitau yang Jefry pernah menelefonnya sambil menangis semasa pemilihan Anggota Khas Laut PASKAL beberapa tahun yang lalu.

"Bilalah Hanie nak kahwin dengan Darren?"soal popo tiba-tiba yang membuatku tersedak. Syukur aku tidak tersembur keluar teh yang sedang aku minum.

"Popo! Janganlah tanya macam tu!"ucap Jefry panik.

Popo mengusap belakangku dengan lembut kerana tersedak air teh tadi.

"Maafkan popo. Popo ingatkan kamu ni teman wanita dia. Popo bukannya apa, popo teringin sangat tengok Darren kahwin sebelum popo menutup mata buat selamanya."beritahu popo sayu.

"Popo, saya tetap akan berkahwin, tapi masanya belum lagi sesuai."balas Jefry.

"Sampai bila? Popo tak tahu yang popo masih boleh hidup lama."ucap popo.

"Popo, janganlah cakap macam tu. Ok, popo jangan risau! Hanie akan kahwin dengan Darren!"beritahuku lalu menutup mulutku atas keterlanjuran kata-kataku. Jefry memandangku terpinga-pinga.

"Hah! Baguslah tu! Popo gembira sangat! Darren, kalau kamu kahwin. Mungkin daddy dan mummy akan maafkan kamu."beritahu popo kepada Jefry.

"Popo, saya tak janji. Tapi, saya akan berusaha untuk meminta maaf dengan mereka."jelas Jefry.

"Perkahwinan juga adalah jalan untuk kamu dimaafkan. Mesti diorang gembira bila terima menantu yang cantik macam Hanie ni."beritahu popo lalu memeluk bahuku.

Hampir 3 jam juga kami berborak sebelum kami meminta diri untuk pulang memandangkan daddy dan mummy Jefry akan menjemput popo ke rumah mereka untuk menyambut Tahun Baru Cina.

"Why you said that?"soal Jefry sambil fokus dengan pemanduan.

"Said what?"

"Awak bagitahu popo yang awak akan berkahwin dengan saya! Awak gila?! Awak bagi harapan palsu dekat popo saya!!"tengking Jefry lalu meraup wajahnya.

"Sorry...I know I shouldn't say that."

Kami berdua kembali membisu seperti tadi.

"Awak tidak join family awak?"soalku untuk membunuh kesunyian. Suasana memang sangat awkward.

"I told you my parents hate me because of PASKAL."

"Why?"soalku ingin tahu.

"My older brother terkorban dalam misi peace keeping di Nigeria. Dia di tembak dan terkorban di sana.

"Kesiannya..."

"Itulah sebab kenapa my parents larang saya masuk PASKAL. Tapi sebelum abang saya pergi, saya pernah berjanji untuk masuk PASKAL macam dia."

"Walaupun your parents buang awak dari keluarga? Awak sanggup ikut permintaan mendiang abang awak?"

"Ya...Sebab dari kecil dia yang jaga dan lindungi saya. Daddy dan mummy selalu sibuk dengan kerja. Dialah abang dan bestfriend terbaik saya."

"I see...You got such a great brother. Mesti dia bangga nampak awak berjaya jadi Anggota PASKAL. Tapi...Hubungan awak dan parents perlu di perbaiki secepat mungkin."

"Yeah...I'm just hoping they will open their hearts and accept me back."

~~~~~

Huhuhu...Finally! Jefry dah mengaku! Yes! Korang happy tak? Pls vote dan komen! Thanks!

I Love You Abang PASKAL ✔️Where stories live. Discover now