Imago Shopping Mall.
"So, memandangkan wayang akan bermula 2 jam dari sekarang. Jom kita makan dulu!"cadang Sani.
"Ok jugak! Saya pun lapar ni!"sokongku.
"Boleh jugak la..Aku tak kesah nak makan lagi."balas Jefry selamba.
"Kita makan kat mana?"soalku teruja.
"Kita makan kat Lucy's Kitchen? Ok tak?"cadang Sani.
"Hmm...ok!"balasku gembira.
"Lucy's Kitchen?! Kedai lain tak ada ke?"soal Jefry tidak puas hati.
"Hek eleh...Banyak bunyi la kau ni! Kalau kau tak nak join kami, kau pergilah cari makanan kau sendiri! Lepas makan, kita jumpa balik."cadang Sani.
"Lucy's Kitchen pun jadi la.."balas Jefry malas. Dia hanya mengikut langkah kami berdua dari belakang.
Aku dan Sani berborak mesra sebaik saja selesai memesan makanan maklumlah, dah lama tidak jumpa kan?
Sebaik saja makanan tiba, kami berdua masih rancak berborak sambil makan. Jefry hanya memandang kami berdua yang berborak tanpa mahu mencelah.
"Boleh tak? Korang berhenti borak? Aku yang tengah makan ni pun hilang selera disebabkan korang."ucap Jefry pedas.
"Kau terganggu ke? Serius! Kamu memang ada masalah! Selalunya kau tak pernah kesah kalau kita semua berborak ataupun bermain masa makan! What's wrong now?"soal Sani dengan nada sinis.
"Itu sebab kita semua lelaki. Boleh fikir baik-baik tak?"balas Jefry dengan agak kasar.
"Ok guys. Please stop it! Depan rezeki pun nak gaduh ke?"halangku lalu menggelengkan kepala. Perangai dorang sangat tak matang!
Mereka berdua merenung antara satu sama lain lalu sebelum menikmati makanan mereka semula. Seram doh! Atmosfera di meja kami berubah 100%!
Sebaik saja kami selesai makan, kami bersiar-siar mengelilingi mall sambil menunggu wayang yang akan ditayangkan lebih sejam dari sekarang. Sani menarik tanganku masuk ke dalam kedai H&M dengan senyuman yang lebar di wajahnya.
"Hmm....Saya rasa nak belanja awak."beritahu Sani dengan senyuman.
"Eh! Janganlah macam ni. Saya tidak selesa kalau orang lain belanja saya macam ni."
"Janganlah macam tu. Saya ikhlas..."
"I'm so sorry but I can't accept it."tolakku dengan sopan lalu berjalan meninggalkan mereka kerana suasana sangat awkward tadi.
"Amboi...Kau kata kau takkan habiskan duit kau untuk perempuan!"sindir Jefry kepada Sani yang sibuk memerhatiku yang berjalan sendiri.
"Dia bukannya perempuan. Dia wanita. Seorang wanita yang sempurna di mata aku bro! Dia bukan macam perempuan yang aku pernah kenal! Dia sangat unik! Dia peramah, periang, baik hati dan tidak berpura-pura!"beritahu Sani dengan senyuman.
"Aku tak faham. Aku tak faham apa yang kau cakap."balas Jefry tidak puas hati.
"Seriously?! Kau tak faham?! Aku cakap macam tu sebab aku dah jatuh cinta kat dia!"beritahu Sani serius.
"Kau?! Jatuh cinta? Pfft! Dalam banyak-banyak perempuan? Dia jugak yang kau suka? Pelik la aku!"sindir Jefry.
"Kenapa? Kau pun suka dia kan?"provok Sani dengan senyuman sinis.
"Aku? Memang taklah! Aku takkan suka perempuan macam dia!"ucap Jefry yakin.
"Good! Maksudnya aku tiada saingan! Lebih mudah aku nak tambat dia!"ucap Sani lalu meninggalkan Jefry dan berjalan menuju ke arahku.
Aku hanya memerhati Sani dan Jefry yang berbincang dengan wajah yang serius! Seram gila!
Sepanjang masa, Jefry hanya mengikut kami dari belakang kemudian memberikan wajah meluat. Ceh! Kau ingat? Aku tak nampak ker?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Rumah
MalamKring! Kring!
Aku yang baru saja selesai mandi dikejutkan dengan telefonku yang berdering dengan sangat nyaring. Berkerut dahiku melihat skrin telefonku yang tertera 'Unknown Number'.
"Hello?"ucapku sebaik saja menyambut panggilan.
"Hello! Assalamualaikum! Ini Saya! Sufi!"beritahu Sufi dihujung panggilan.
"Waalaikumsalam! Ooo...How did you get my number?"soalku lalu ketawa.
"Your brother! By the way! I need a favor!"beritahu Sufi.
"Apa dia?"soalku.
"Hmm...Boleh awak jadi pangapit masa majlis sanding saya nanti?"pinta Sufi dengan nada berharap.
"Hah?! Pengapit?! No! Saya malu!"tolakku sekaligus.
"Please...Awak sesuai sangat jadi pengapit! Saya merayu!"rayu Sufi.
Aku berfikir sejenak. Hmm...Kesian pula kat Sufi! Dia pun kawan abang aku jugak! Hmm...
"Hmm..fine! Saya tolong..."balasku malas.
"Yes! Terima kasih! Pasal baju jangan risau! Nanti saya suruh orang sediakan!'beritahu Sufi gembira.
"Ok..."
"Bye! Jumpa lusa!"beritahu Sufi lalu mematikan panggilan telefon.
~~~
Hi guys! Hmm....Sani suka kat Hanie la. So, korang team siapa? #teamSani or #teamJefry ?? pls vote dan komen!
YOU ARE READING
I Love You Abang PASKAL ✔️
Roman d'amour(Free read) EBOOK "Kalau macam tu, awak pilih la saya. Saya faham dengan kerja awak." -Hanie Khayrianna- "No...Sorry Hanie. Awak adik Hanif, saya dah anggap awak macam adik." -Mohd Jefry @ Darren Wang- © 2018 hoseokwifeu02 21.12.2018 (End) Ranking #...