Faiz POV
"Abang! Abang Faiz!" kedengaran suara perempuan memanggil aku dari belakang. Jadi, aku memusingkan badan aku ke arah mereka dan senyum.
Kelihatan sekumpulan junior perempuan berkumpul di hadapan aku sekarang.
"abang~ sebenarnya.. Saya dah lama ada hati dekat abang. Terimalah hati saya. Nah!" kata salah seorang daripada mereka lalu menghulurkan sebuah kotak berbentuk hati kepada aku. Aku hanya tersenyum.
"Tapi.. Abang dah taken." kataku dengan senyuman.
"ha??!!! Dah taken??!!! Alaaaa~ Takpelah, mungkin saya takde rezeki nak bersama dengan abang" muka mereka berubah menjadi muram. Haih... Macam macam lah junior aku ni.
"tapi, abang taken by who? " tanya salah seorang daripada mereka.
Aku senyum buat kali terakhir. Aku tarik nafas aku dalam dalam.
"I am taken by Farid"
Wajah mereka semua berubah dari muram kepada terkejut.
"l-l-lelaki ke?"
"wutt?"
"abang hot kita g-gay ke?"Lalu aku terus berlalu pergi membiarkan mereka semua tercengang. Haha.
*****
"Yo, Faiz." sapa Arif. Arif ni antara kawan yang aku paling rapat.
"Yo" balas aku.
"Yo yo ayo, makan powercat." sampuk Hafeez yang duduk disebelah Arif. Hafeez ni pun antara bestfriend aku jugak.
Actually, aku ada dua bestfriend je. Arif dengan Hafeez ler orangnya. Kitorang memang geng dari form 1 smpai form 5.
Arif menunjal kepala Hafeez.
"lambat kau masuk kelas arini Faiz. Asal? Junior?" tanya Arif.
Aku hanya mengangguk.
"biasalah.. Orang hot kan" kata Hafeez sambil memusingkan matanya ke atas. (alahai korang ni. Faham faham jela)
"Hafeez, kau pun orang hot jugak. Tapi kau lain sikit" kataku.
"apa dia?" soalnya dengan penuh teruja.
"kau orang hotan" balas Arif.
Aku dan Arif ketawa manakala Hafeez hanya menjeling kami.
"dorang mintak couple lagi ke?" soal Arif.
"yashhhhh" balas gue. Eh, aku.
"so kau balas apa?" soal Arif lagi. Hafeez dah merajuk sebab tadi.
"hmm.. Cam bashe ah."
"Taken by Farid?" tanya Hafeez. Hak alah budak ni, tadi majok.
"iyerr" balasku.
"adoi kau ni. Haha. Macam mana kalau orang salah faham. Kan susah nanti" kata Arif.
"la betul lah. Taken kan maksud dia 'diambil oleh'. So, aku mengabdikan diri aku kepada dia sekarang. Segala yang aku buat untuk dia. Sama jekan." kataku.
"ha yela Faiz. Masalahnya nama dia boleh menimbulkan fitnah."
"Dah, nama dia Farid, aku nak buat macam mana?"
"kan bol-......."
Mr. Khoo masuk dalam kelas.
"selamat sejahtera cikgu"
*****
Aura POV
"Aura!" teriak hanis.
"omakpocotpocopoco!" latah aku. Mana tak terkejutnya. Takde angin takde ribut, tiba tiba dia datang teriak dekat telinga aku.
"apo dio! Tanjat aku!" teriak aku balik sambil memegang dada aku.
"ah, pape jela. Kau kenal tak Farid kat sekolah ni?" soal Hanis.
"hmm.. Pesal?" soal aku balik. Takut la dia tanya budak tu sebab nak mintak hutang ke apa.
"kau kenal kan Faiz Hakimi kelas 5 Lily"
"kenal" balasku.
"junior form 1 try la ngorat dia, pastu dia kata dia taken by farid" terang Hanis. Nasib baik bukan sebab mintak hutang.
"wow, Faiz tu suka lelaki ke? Farid? Aku tau ada satu Farid je kat sekolah ni. Farid yang budak form 2 tu. Tapi Farid yang tu cam budak hingusan je. Muka blur, hingus tak reti nak lap, main tik tok pulak tu, mustahil la si Faiz tu couple dengan Farid yang tu." kataku.
"ish kau ni. Baru aku nak imagine faiz tu dengan lelaki hot lain. Hilang mood aku fikir faiz dengan farid hingusan tu. " Dahek la perempuan ni. Macam macam lah. Dahla, baik aku sambung siapkan homework sebelum cikgu sampai. Sebenarnya aku malas nak buat homework dekat rumah.
Hye readers yg disayangi 💗💕.. First of all, thanks sebab baca cerita ni. Author harap korang akan terus support author. Actually, ni first time author buat cerita romance sebab author tak berapa minat cinta cintun ni. Haha. Tapi, sekali sekala,takpela kan. And, readers jangan risau, ni bukan boyxboy, ni boyxgirl. Saje nak buat first chap macam ni. Hoho. Harap korang vote and comment ok 💗
And... Kalau nak tau siapa Farid, tunggu chapter seterusnya 💗
YOU ARE READING
TAKEN by Farid
RomanceSejak mama dan papa Faiz meninggal dalam kemalangan jalan raya tahun lepas, Faiz terpaksa berusaha keras untuk menampung kehidupannya serta adiknya. Lebih malang lagi baginya kerana adiknya menghidap leukimia dan perlukan rawatan di hospital. keluar...