Faiz POV
Aku pergi ke kantin sekolah untuk makan. Dah kantin pun tempat makan, takkanla aku nak main rugbi kat situ pulak.
Sepanjang pejalanan aku, semua orang tengok aku lain macam. Dah kenapa dorang ni. Tau la aku hensem. Aku tau aku hensem.
Aku memang dah biasa orang tenung aku, tapi kalini, tenungan dorang tu lain sikit. Like, ada something wrong. Sampai makcik kantin pun pandang aku dengan pandangan tu.
Aku bawak nasi lemak dengan air sirap yang aku beli tadi dekat meja. Sebelum makan kenala baca doa dulu. Baru aku nak suap nasi tu dalam mulut, tiba tiba si Arif datang menyergah.
"Faiz!"
"ya allah Arif. Apa kau ni, terkejut aku!" kata aku sambil memegang dada aku. Nasib baik aku takde penyakit jantung, kalau tak aku dah masuk hospital sekarang ni.
"kau tau tak ada rumor pasal kau tersebar kat sekolah ni. Semua orang dah tau. " katanya sambil tercungap cungap sebab tadi dia berlari pergi dekat aku.
"rumor pasal apa ni? Aku tak tahu menahu pun." kata aku sambil menyuap nasi ke dalam mulut aku. Aku tak kesah sangat pasal rumour rumour ni. Baik aku makan.
"rumor yang kau gay." jelas Arif.
"ppffttttt!!" bersemburan nasi yang ada dalam mulut aku tadi.
"a-aku? G-gay?"
"yela! Semua sebab taken by Farid kau tu" balas Arif.
"Kau nak aku clean kan nama kau ke? Nak aku jerit kau bukan gay sekarang? Jap, aku jerit kan k." baru sahaja Arif nak pergi jerit dekat kantin, aku sempat tahan tangan dia. Buat malu je dia ni nak jerit sekarang. Aku bukannya kesah sangat pun pasal rumor tu.
"no, aku rasa bagus gak orang fikir aku gay. Nanti perempuan dah tak kacau aku lagi dah. Lagipun, aku rimas lah dengan dorang." jelas aku.
"haishh.. Kau ni. Macam macam lah. Cepat makan, masa tinggal lagi 10 minit je lagi." kata Arif. Jelas kerisauan terpampang pada wajah dia. Aku tau, dia ni jenis protective. That's why aku suka kawan dengan dia.
Lepas waktu rehat, cikgu Hamid iaitu guru kelas kitorang masuk ke kelas bagi mengajar matapelajarannya. Pelajaran hanya berjalan dengan lancar sehingga waktu tamat. Sebelum cikgu keluar, cikgu suruh aku pergi ke bilik guru untuk berjumpanya.
Knock knock
"siapa?" soal cikgu Hamid.
"ibu ayam." balasku.
"nak apa" balas cikgu Hamid kembali.
"nak mintak izin untuk kawin anak cikgu" balas aku sambil ketawa. Lalu cikgu Hamid menunjukkan penumbuknya. Haha. Aku dengan cikgu Hamid memang rapat. Sebenarnya, dulu kitorang ni berjiran. Tapi aku dah pindah rumah lain.
"anak aku baru 6 tahun. Tunggu lagi 12 tahun baru dia leh kawin." aku hanya tertawa kecil.
"ha duduklah" pelawa cikgu hamid.
"I heard that." cikgu Hamid memulakan bicara.
"what?"
"your rumor"
"ppfftttt"
"Faiz~"
Aura POV
Cikgu Hamid suruh kumpulkan homework yang dia dah bagi lepastu hantar dekat meja dia. So, aku bertanggungjawab untuk hantar buku buku tu.
Baru aku sampai dekat depan pintu bilik guru, aku dengar suara cikgu Hamid.
"Faiz~" Kenapa gedik semacam je dengar kat dalam tu. Faiz? Faiz 5 Lily ke? Dia ada kat dalam ke?
"Cikgu~" sah, Faiz 5 Lily. Dengar suara pun dah tahu. Tapi kenapa dua orang makhluk kat dalam tu macam sujat dah aku dengar.
Aku dengar mereka berdua ketawa. Aku nak masuk, tapi taknak ganggu perbualan dorang. Manatau dorang tengah cakap bnda private ke, dating ke. Siapa je yang tahu?
"kamu ingat saya tak kenal Farid tu siapa? Haha" aik? Cikgu Hamid kenal ke Farid?
"ofc la cikgu tau.. Hadoiii, cikgu" aku dengar mereka berdua ketawa lagi. Sah, mesti ada something ni. Kena pasang telinga betul betul nih.
"macam mana dengan...."
Bersambung....
Jangan lupa vote dan comment ok 😘... From author yang disayangi, mond.
YOU ARE READING
TAKEN by Farid
RomanceSejak mama dan papa Faiz meninggal dalam kemalangan jalan raya tahun lepas, Faiz terpaksa berusaha keras untuk menampung kehidupannya serta adiknya. Lebih malang lagi baginya kerana adiknya menghidap leukimia dan perlukan rawatan di hospital. keluar...