chap 7

85 8 1
                                    

"okay anak murid ku sekelian, harini cikgu nak kenalkan abang handso... Eh saloh pulak, eheks. Saya nak kenalkan kawan baru kamu yang baru pindah ke sekolah ni. Come baby, masuk dalam kelas" kata cikgu Ani selaku cikgu tergedik di sekolah kepada pelajar kelas 5 lily.

Kemudian muncullah satu sosok tubuh badan yang indah dipandang.

"okay sayang, kenalkan diri"

Cikgu ni takleh chill.

"assalamualaikum. Nama saya Farid Nazmi bin Azman. Sebelum ni saya bersekolah di Sekolah Menengah **** dan berpindah ke sini  atas urusan kerja ayah saya. Ayah saya bekerja sebagai kontraktor dan ibu saya hanya suri rumah."

"ok, itu je? Awak boleh duduk sebelah Faiz"

Faiz tersentak. Sebenarnya kat sebelah dia tu tempat hakim, tapi hakim tak datang sebab nenek dia meninggal.

"hakim?" tanya faiz.

"alahai, nanti bila hakim dah datang sekolah balik, amik la kerusi dengan meja baru. Sementara je ni." balas selamba cikgu Ani.

Nazmi berjalan ke arah meja Hakim.

"habislah kau. Hakim tak datang 2 minggu. Kau kena duduk sebelah orang yang lagi handsome dari kau. Nanti semua orang rasa kau hodoh. Ayokk" usik Arif. Faiz hanya menjeling.

Perlahan-lahan nazmi duduk di kerusi.

"erm.. Hai?" ramah Faiz sambil melambai tangannya ke arah Nazmi.

Arif memukul perlahan bahu Faiz. Mungkin terhibur dengan kawan dia yang introvert cuba untuk bersosial.

"hai" balas Nazmi.

"Faiz Hakimi. Boleh panggil Faiz."

"Farid Nazmi. Boleh panggil Nazmi"

"uu.. Farid.. Macam nama adik kau" bisik Arif. Apalah masalah dia ni.

"ehem. Saya Arif Syazwan Aflyn Panglima Waqiy Andi Nasrul Gong Insan. Boleh panggil saya.... Bro!"

Krik krik

"weyh.Janganlah tiru lawak boboiboy. Bila kau buat hambarla" bisik Faiz kepada Arif.

"erm. Sorry, boleh panggil saya ASAP WANGI"

"Arif!" marah faiz.

"haih yela. Nama saya Arif Syazwan je. Boleh panggil Arif"

Nazmi hanya mengangguk sambil tersenyum.

Segalanya berjalan dengan lancar, sehinggalah waktu rehat.

"Nazmi. Awak still belum tau kan situasi dekat sini. Awak nak join kitorang rehat dekat kantin?" tanya Faiz.

"boleh juga" balas Nazmi dengan mesra.

"jom ah. Tunggu apa lagi.  Aku lapar dah ni" sampuk Arif.

********

Sedang dorang menikmati makanan dorang, tiba tiba kedengaran banyak jeritan.

Nazmi memandang sekeliling sehingga terlihat punca jeritan-jeritan tadi.

"ouh, tu group FAREL, dorang memang famous. Dorang tu band musik, lepastu handsome lagi- lagi yang nama Adryan tu, haih, jeles aku. Susah betul jadi kentang dekat sekolah ni" terang Arif. Memang tak ditanya, tapi memang tu lah sifat dia.

"haih, kau pun handsome lah Arif. Cuma gigi kau je macam pagar rosak." pujuk Faiz. Aku tak tau lah dia ni nak pujuk ke nak ejek.

"handsome tak handsome, nanti someday awak akan jumpa lah soulmate awak" sambung Nazmi pula sambil tersenyum manis. Ok,  ni baru betul pujuk.

Arif memegang dadanya tanda terharu.

"tu budak baru eh?"
"aah. Kelas 5 lily, samalah kelas dengan faiz hakimi tu"

Kedengaran bunyi tikus dari meja sebelah. Perempuan ni kalau berbisik memang nak satu kantin dengar eh?

"handsome gila sia"
"apa nama dia?"
"Farid Nazmi"

Tak kurang juga dengan warga berhalkum, tak habis habis nak jeling si Nazmi ni. Cemburu lah tu sebab dia tak sehandsome Nazmi.

Nazmi hanya makan mee gorengnya seakan tidak mendengar apa yang dibawangkan di meja sebelah.

"korang perasan tak"
"apa?"
"faiz taken by farid kan"
"ha ye kenapanya?"
"nama budak baru tu Farid kan. Budak tu sama umur dengan dia, dia duduk sebelah Faiz dalam kelas, rehat pun sama-sama.  Entah entah..."
"haah tho, kalau nak diikutkan logik,  mestilah faiz pilih Farid Nazmi berbanding Farid tiktok slow-mo"
"eee..  Jijiks!"

Mereka hanya memasang telinga. Nazmi melihat ke arah Farid dengan wajah yang tidak bersalah. Dia confuse, apa kena mengena dia dengan Faiz, dahla baru masuk sekolah tu tadi.

Arif disebelah Faiz menghentakkan sudu dan garfunya di pinggan. Dia hilang sabar. Dia berdiri. Faiz cuba menghalang dia daripada melakukan apa-apa perbuatan gila.

"eh,  perempuan! Kau jaga sikit eh mulut kau! Kawan aku ni straight lagi lurus dan berada di jalan yang lurus! Engkau,  kalau aku cili mulut kau! Memang siap-siap kau!" Faiz pula sedang menghalang Arif daripada bergerak sambil tertawa kecil.

Bukan apa, dia terhibur dengan kawan dia yang manly, tapi bila marah, ayat kalah makcik bawang. Tambahan lagi, punyalah malu jadi mantul.

Seluruh warga dikantin menumpukan perhatian terhadap mereka.

TAKEN by FaridWhere stories live. Discover now