Aura POV
"macam mana dengan adik kamu, faridah aka farid. Hahahaha" haa??!!! Faridah? Farid? So selama ni, farid tu faridah la? Aka adik perempuan dia? Apakah ini? Gue buntu.
"still macam tu la cikgu. Asyik asyik kena kimoterapi. Faiz tak sanggup cikgu, tengok adik Farid terseksa macam ni sekali. Dia kecik lagi, tapi dugaan dia besar cikgu." kimoterapi? Adik dia sakit apa.
Aku cuba intai dorang, and aku nampak si Faiz tu tengah tundukkan kepala dia. Aku syak dia menangis lah.
"sejak mama dengan papa meninggal, Faiz jadik makin susah. Faiz takde atuk atau nenek, sedara mara pun takde. Duit... Faiz terpaksa bekerja jadi waiter tiap hari untuk dapat duit. Mana duit belanja lagi, mana duit rawatan adik lagi. Faiz tak sanggup cikgu, faiz tak sanggup."
Aku nampak cikgu Hamid menepuk nepuk bahu faiz untuk menenangkan dia. Aku pulak yang rasa simpati dekat dia. Selama ni aku tengok dia cam happy je, cam takde masalah langsung.. Tapi... Hmmm.
Tapi, tiba tiba terdetik dalam hati aku untuk tolong dia. Lalu aku terus pergi dari bilik guru.
*******
"oi! Aura!" panggil ketua kelas aku. Aku memandang dia.
"hape?""pasal apa kau tak hantar lagi buku tu?!" aku menggaru kepala aku yang tak gatal.
"halahhh... Tadi aku turun tangga, pastu aku nampak babi hutan ni lari kat bawah. Oink oink, jadi aku naiklah balik. Karang aku pulak yang kena sondol" sengaja aku reka alasan.
"kau jela yang hantar, kau kan ketua kelas yang kacak lagi.. Lagi.. Baik.. Ha,tu." Dia membetulkan rambutnya dan menggosok gosok bajunya.
"kacak? Ehem.. Thank you. Biar aku yang hantar" halah halah, baru kena puji sikit dah kembang.
*****
Finally! Dah boleh balik rumahhh!!! Tapi! Sebelum tu, aku dah decide nak ikut Faiz tu. Sebenarnya, aku tak rancang pun nak jadi stalker, demi nak tau kebenaran punya pasal. Takkan la aku nak terus tanya pulak. Slow slow la.
"pak mail. Harini Aura tak terus balik rumah tau. Tu ha, nampak tak lelaki pakai baju purple tu. Ikut dia tau pak mail." kata aku kepada pak mail. Pak mail hanya memandang aku pelik.
"apa ke buang tebiat ke kau harini nak ikut ikut orang pulak" kata pak mail.
"shhh... Nanti dia dengar" kata aku lagi.
"apa yang shh shh nya. Kita dalam kereta kan, dia kat luar nun jauh sana tu. Mananya nak dengar" balas pak mail..
"kekekeke" aku hanya ketawa sambil memegang kepala aku.
Aku mengekori dia sampai di sebuah kedai makan. Biasa biasa je kedai makan ni. Aku syak dia kerja dekat sini. Then, aku nampak dia keluar dari dapur pakai apron. Hmm, sah.
Aku mengambil cermin mata hitam aku, dengan topi besar lalu dipakainya. Pak Mail hanya menggeleng kepala.
"jom pak mail, makan" pak mail hanya ikut.
Sedang aku menunggu, Faiz datang dekat aku untuk mengambil order.
"nak makan apa?" tanya pak mail.
"nak pizza" balas aku.
"err.. Sorry cik, tapi dekat sini tak ada pizza" kata Faiz.
"kalau macam tu, I nak chicken chop" kata aku lagi.
"ermm.. Takde jugak"
"sushi?"
"takde"
"habistu apa ada dekat sini?"
"ermm, nasi lemak,nasi ayam, soto, mee soto..."
"ahhh... Bagi I chicken rice je" kata aku.
"okey, pakcik?" tanya Faiz.
"bagi pakcik nasi lemak ayam"
"okey, tunggu sekejap ye." lalu dia berlalu pergi. Aku mengipas ngipas muka aku, panas punya pasal. Patutla tak ramai customer.
Memandangkan kedai ni pun aku tengok sendu je, abistu berapa gaji dia sebagai waiter?
YOU ARE READING
TAKEN by Farid
RomanceSejak mama dan papa Faiz meninggal dalam kemalangan jalan raya tahun lepas, Faiz terpaksa berusaha keras untuk menampung kehidupannya serta adiknya. Lebih malang lagi baginya kerana adiknya menghidap leukimia dan perlukan rawatan di hospital. keluar...