Aura POV
"aura, bila nak balik? Sampai bila nak tunggu dalam kereta ni?" tanya pak mail.
"ish, sabar la pak mail. Kita tunggu sampai kedai ni tutup.dah nak tutup dah tu. Nampak tu, dorang dah kemas kemas dah" aku cuba memujuk pak mail.
"haih.." pak mail mengeluh. Bosan barangkali.
Tiba tiba aku nampak Faiz keluar dari kedai tu, lepas tu lambai lambai dekat bos dia.
"pak mail pak mail" aku menepuk nepuk bahu pak mail, sampai terkejut dia jadinya.
"ha ye ye" sahut pak mail
"ikut dia pak mail"
"la, tak balik rumah lagi ke?" pak mail mengeluh.
Aku hanya memandang tepat ke arah Faiz.
Kami mengekori Faiz, sampai tiba di hadapan sebuah bangunan.
"hospital?" tanya pak mail.
Aku memerhati Faiz masuk ke dalam hospital tu.
"pak mail, pak mail tunggu sini je eh. Aura nak pergi masuk jap" arah aku lalu bergegas memasuki hospital yang berada dihadapan aku.
"eh,eh,Aura!! Waduh, budak ni"
Aku tengok sekeliling. Aku nampak Faiz yang sedang berjalan. Perlahan lahan aku mengekorinya. Topi dan cermin mata hitam masih aku pakai.
Apabila dia masuk lif, aku pun cepat masuk lif yang sama jugak. Aku ambil tempat di bahagian penjuru sekali, manakala Faiz duduk dibahagian yang hadapan. Aku hanya memerhatikannya dari belakang.
"hy Faiz" sapa seorang perempuan berambut panjang yang berdiri di sebelahnya.
So, Faiz pun meng'hai'kan dia balik.
Gatal.
Bukan Faiz, perempuan tu. Mana taknya, lepas Faiz lambai dia, dia gelak tersipu malu cam shy shyton gitu.
Sampai di tingkat tiga, Faiz keluar dari lif. Dengan keadaan yang sesaknya dalam lif, aku try hard untuk keluar dari situ.
Aku nampak faiz lagi. Dekat jalan tu rasa sunyi sebab kebanyakannya duduk dalam wad masing masing je,tak larat kan nak keluar.
Lepas beberapa ketika kitorang berjalan, Faiz berhentikan langkahnya. Aku terkejut. Faiz memusingkan kepalanya.
So, aku dengan penuh fakenya pura pura bercakap dalam phone,kononnya la. Nak cover punya pasal.
Dia pusingkan balik kepala dia dan teruskan perjalanan dia. Lepastu aku sambung ikut dia balik.
Then dia masuk dalam satu bilik ni. Aku? Takkan aku nak ikut masuk sekali, tunggu dekat luar jela.
Disebabkan bilik tu macam ada tingkap, so aku curi curi nengok apa yang ada dalam bilik tu.
Aku nampak ada sorang budak perempuan tengah terbaring. Bila Faiz sampai je dekat dia, dia terus bangun and peluk Faiz.
"ouh, so tula Farid. Atau nama sebenarnya Faridah?" bisik diri aku sendiri.
Lama aku tenung dorang dekat dalam tu. Tiba tiba..
"uit" seseorang menyentuh bahu aku.
"eh.. Er.. Er.. Cikgu hamid" terkejut aku dibuatnya bila cikgu Hamid betul betul ada dekat depan aku.
"asal terintai intai. Karang ada ketumbit baru tau.masuk jela" cikgu Hamid serta merta membuka pintu bilik tu.
"eh, eh cik cikgu" tak sempat aku nak menahan cikgu Hamid.
"faiz! Ada orang nak melawat ni, tapi malu malu pulak" kata cikgu Hamid. Faiz memandang kami.
Aku hanya mampu menepuk kepala aku. Waduh waduh cikgu.
"eh, cikgu. Masukla" ajak Faiz.
"err.. Cik pun masukla" faiz pelawa aku jugak
Aku dengan muka tahan malu masuk dalam bilik tu.
Topi besar atas kepala aku perbetulkan.
"kenapa cikgu datang sini?" tanya Faiz.
"nak main layang layang.." balas cikgu hamid.
Faiz buat riak wajah keliru. Alahai, ketua pustakawan hot dekat sekolah ni pun bendul rupanya.
"nak lawat Faridah la faiz oiii" kata cikgu hamid.
Faiz meng'ouh'kan cikgu sambil kepalanya mengangguk angguk tanda faham.
"erm.. Cik ni pulak siapa?" tanya faiz. Aku cuak.
"ni menantu cikgu" kata cikgu Hamid selamba. Aku dan faiz buat muka blur.
"tapi anak cikgu perempuan je kan" tanya Faiz
"kamu pun kan anak cikgu" kata kata cikgu Hamid membuatkan Faiz terharu. Faiz membuat muka *awwww tenkiu*
"eh wait, habistu cik ni siapa?" tanya Faiz lagi.
"erm.. Erm.." tiba tiba lidah aku kelu. Aku takut, aku cuak, aku risau dengan nasib aku. Tula, gatal sangat nak ikut orang.
Tiba tiba, Faridah yang tadi sudah terlelap terbangun kembali.
"abang?"
"Farid, farid dah bangun? Farid okay?" tanya faiz dengan suara yang lembut.
Farid hanya mengangguk. Farid memusingkan kepalanya dan memandang tepat ke arah aku.
"akak ni siapa?" tanya kanak kanak comel dan lembut yang bernama Faridah.
"ermm.. Ermm.. Nama akak, Aura Hanafiah" aku memberanikan diri aku.
Aku membuka topi dan cermin mata hitam aku. Muka cikgu hamid dengan faiz nampak terkejut.
"la, macam mana la aku boleh tak cam tadi" bisik cikgu Hamid tapi masih boleh didengari aku.
Farid turun dari katilnya dan cuba berdiri. Tangannya menggenggam sesuatu. Dia berjalan ke arah aku.
Kini dia betul betul berada dihadapan aku. Dia pegang tangan aku dan menggenggamnya.
"terima kasih sebab melawat farid" katanya lalu tersenyum.
Walaupun mukanya pucat lesi, tapi tetap nampak kecomelan dia. Aku rasa sedih tengok budak yang comel, sweet macam dia ni sengsara. Dia melepaskan genggamannya dari tangan aku. Aku melihat tanganku. Ada gula gula berbalutkan plastik lut sinar. Aku tersenyum.
Dia masih didepan aku. Tiba tiba, senyuman di wajahnya semakin menghilang, matanya semakin tertutup dan akhirnya..
Gedebuk
Dia jatuh pengsan. Semua jadi cemas dalam bilik tu. Cikgu hamid berlari untuk mendapatkan doktor.
Aku melutut untuk mendapatkan farid.
Faiz datang ke arah aku dan faridah.
"erm, aura. Awak baliklah dulu" dia memandang tepat ke dalam mata aku. Aku dapat lihat air mata dia bergenang.
Aku hanya mengangguk.
Perlahan lahan aku bangun dan menuju ke pintu keluar. Aku sempat pusing dan lihat ke arah mereka buat kali terakhir.
**********
Aku masuk ke dalam kereta dengan muka yang suram. Aku rasa kesian dengan faiz dengan farid.
Pak Mail yang sedang mencungkil giginya terkejut.
"lamanya kat dalam tu, lawat sape? Pakwe eh~? Uuu, nanti kasitau papa" acah pak mail
Aku tak menjawab. Aku hanya mengeluh. Apalah nasib dorang nanti kan.
Sorry guys sebab update terlalu lambat. Ni sebab author kekeringan idea plus takut dikecam. Huehue.. Author harap korang akan support cerita ni.vote 💕
YOU ARE READING
TAKEN by Farid
RomanceSejak mama dan papa Faiz meninggal dalam kemalangan jalan raya tahun lepas, Faiz terpaksa berusaha keras untuk menampung kehidupannya serta adiknya. Lebih malang lagi baginya kerana adiknya menghidap leukimia dan perlukan rawatan di hospital. keluar...