Chapter 15

306 20 2
                                    

"Ini Kim Dahyun?" soal wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ini Kim Dahyun?" soal wanita itu.

"ya saya"

"maaf.. Boleh saya tahu Dahyun ada tak birthmark berbentuk bulan sabit di pinggang?" soal wanita itu tiba-tiba.

"huh?" Dahyun menjadi teragak-agak untuk menjawab kerana tiba-tiba sahaja seorang perempuan yang tak dikenalinya bertanyakan soalan itu.

"ah maaf.. Saya Ahn Chaerin. Saya tahu mesti Dahyun rasa terkejut bila saya tanya... Tapi saya dapat rasakan yang Dahyun ini anak perempuan saya yang hilang" kata wanita itu.

"HUH?! a-a-anak perempuan?" Dahyun menekup mulutnya.

"ya..  26 tahun yang lalu , sewaktu anak perempuan saya berumur 1 tahun ada pasangan suami isteri dia merayu mahukan anak perempuan saya tu kerana mereka tidak punyai anak. Saya tidak benarkan tapi saya hanya benarkan isterinya menjadi orang gaji menjaga anak saya. Beberapa bulan kemudian,  orang gaji dan anak saya hilang selepas saya dan suami balik dari business trip. Seluruh tempat sudah di cari oleh pihak polis tapi tak juga jumpa.  Jadi pihak polis menutup kes tu serta merta tapi saya tak putus asa mencari sehingga saya dapat kad jemputan dari keluarga Chwe yang anak lelakinya bakal melangsungkan majlis perkahwinan bersama perempuan bernama Kim Dahyun.  Ya,  Kim Dahyun adalah nama anak perempuan saya" terang Ahn Chaerin.

"Jadi...  Maksud puan pasangan tu adalah keluarga Song?" soal Dahyun.

Ahn Chaerin diam seketika , "ya"

Bulat mata Dahyun mendengar jawapan wanita itu,  "Tapi....."

"Dahyun majlis akan bermula dalam 10 minit"

Dahyun melihat ke arah suara itu,  "Mama?"
Puan Song kaku melihat Ahn Chaerin yang berada di depannya,  "Ch-ch-chaerin?"

"Awak??!!!" Ahn Cheaerin pusing membelakangi Dahyun terkejut melihat Puan Song didepannya. 

"Mama!!  Tolong jujur dengan Dahyun.. Adakah wanita didepan Dahyun ni ibu kandung Dahyun??!!" soal Dahyun dengan nada yang tegas.

"Er... D-D-Dahyun boleh kita bincang lepas majlis?" teragak-agak Puan Song hendak menjawab soalan Dahyun.

"Baiklah. Dahyun" Ahn Chaerin pusing menghadap Dahyun lalu memegang pipinya.

"Kita bincang lepas majlis ya.. Hari ni hari bahagia Dahyun jadi jangan fikir hal ni. Kita akan selesaikan selepas majlis ni tamat" kata Ahn Chaerin. 

"Baiklah" jawab Dahyun. 

Malis perkahwin Dahyun dan Vernon sudah selesai.

"Ver.. Sayang ada hal sikit nak cakap dengan Mama. Ver tunggu kejap ya" pinta Dahyun.

"Okay sayang.  Ver nak bersembang dengan kawan-kawan Ver dulu" kata Vernon. 

Di bilik pengantin perempuan, 

Dahyun tiba di bilik itu dan lihat Puan Song dan Ahn Caerin sudah berada di situ.

"Dahyun... Mama minta maaf" kata Puan Song.

"Ma,  tolong jelaskan semua ni.. Kenapa Mama sanggup culik Dahyun dari perempuan ni?" soal Dahyun.

"Dahyun mesti dah dengar semuanya dari dia.. Semuanya betul" jawab Puan Song.

"Tapi.. Mama kata,  Mama ambil Dahyun dari rumah kebajikan dan Dahyun dah tak ada mak bapa" kata Dahyun.

"Dahyun...Mama minta maaf sebab berbohong..  Mama tak nak Dahyun tinggalkan Mama dan cari ibu kandung Dahyun" balas Puan Song di mana air matanya juga sudah membasahi pipi.

"Mama sampai hati Mama buat Dahyun macam ni.. Mama tahu kan Dahyun sengsara sleepas Chaeyoung dilahirkan. Kasih sayang yang Dahyun dapat semua hilang selepas dia lahir. Dahyun juga selalu dibuli oleh anak Mama. Dibuli di sekolah,  di University! Kenapa Mama sabggup pisahkan seorang ibu dengan anaknya??!!" deras mengalir air mata Dahyun.

Ahn Chaerin berdiri menghampiri Dahyun laku memeluknya,  "Dahyun.. It's okay now. Mama gembira sangat dapat jumpa kamu selepas bertahun-tahun mencari"

Dahyun membalas pelukan. Tangisannya semakin kuat,  "M-mama!!  Dahyun..."

"shhh.. Mama ada sini" Ahn Chaerin juga turut mengalirkan air matanya.

Pelukan dileraikan. Ahn chaerin memandang Puan Song.

"Chaerin, saya minta maaf sangat-sangat. Tolong jangan hantar saya masuk penjara" Puan Song tunduk dihadapan wanita itu.

Ahn Chaerin menghembus nafas,  "tak apa.. Saya maafkan. Dan terima kasih sebab awak sudah besarkan dia dan sekarang sudah berkahwin"

"terima kasih!!!!" sekali lagi Puan Song tunduk.

"Dahyun... Sekarang terpulang pada Dahyun samada mahu jumpa dia lagi atau tidak" kata Chaerin.

Dahyun mengesat air matanya lalu menghampiri Puan Song,  "Mama.. Dahyun maafkan Mama. Lagi pun Mama juga yang sudah jaga Dahyun dari kecil. Mama sudah bekerja keras untuk besarkan Dahyun"

Chaerin tersenyum,  "Jadi... Dahyun nak panggil 'Mama' ni apa?  Kalau yang tu Mama? "

"Mungkin Mama juga?" kata Dahyun lalu tergelak.

"kalau begitu saya balik dulu" kata Puan Song lalu keluar dari bilik setelah memeluk Dahyun.

"Dahyun.. Jom Mama kenalkan Dahyun pada Papa dan abang Dahyun" kata Puan Kim (Ahn Chaerin).

"Baik" balas Dahyun ringkas.

Mereka berdua berjalan keluar dari bilik dan berjalan ke dewan di mana ramai lagi yang masih berkumpul di situ.

"Sayang" Vernon berjalan menghampiri Dahyun.

"oh saya tak tahu pula sayang dengan Puan Kim ni rapat" kata Vernon apabila ternampak Dahyun memegang tangan Puan Kim.

"Ver.. Ada perkara saya nak beritahu.. Ni Mama kandung sayang" kata Dahyun.

Vernon terdiam seketika. Sedikit terkejut bila dapat tahu keluarga Kim iaitu keluarga terkaya di B City ialah ibu kandung isterinya. Vernon tunduk hormat di hadapan Puan Kim,  "Puan saya Vernon. Saya akan jaga Dahyun seperti nyawa saya sendiri"

Puan Kim tergelak melihat Vernon yang tiba-tiba berubah, "haha..  Dahyun pandai kamu cari suami. Dan Mama tak sangka pula Keluarga Kim dengan Keluarga Chwe akan jadi satu keluarga"

"S-saya pun tak sangka juga" balaa Vernon.

"Mama,  majlis dah tamat ke?"

Serentak mereka bertiga meliahat ke arah suara itu.

"Eh?!"

-bersambung-

-bersambung-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LUCID DREAMWhere stories live. Discover now