Chapter 2

434 33 5
                                    

"thank you for the night, baby ♥"

"aku" Dahyun menekup mulutnya lalu melihat dirinya di sebalik selimut yang menutup badannya.

Dahyun lega kerana pakaiannya masih melekat dibadannya bermakna tak ada apa yang terjadi padanya malam tadi. Dahyun segera keluar dari bilik hotel itu dan pulang ke rumah. Kebetulan hari itu cuti jadi Dahyun menunggu mesej dari Mingyu, tapi tiada satu pun yang masuk.

"Mingyu... Lupa ke birthday aku?" Dahyun mengeluh.

"aku tak pernah sambut birthday selepas kematian papa...."

Dahyun segera berdiri, "sambut sendiri je la"

Dahyun segera bersiap dan pergi membeli kek.

"hmm pelik... Kenapa Mingyu langsung tak mesej ye?" soal Dahyun saat melihat telefon bimbitnya.

"eh tu?" Dahyun ternampak dua orang pasangan yang dikenalinya diseberang jalan lalu segera menyorok di sebalik pokok.

"kenapa Mingyu dengan Chaeyoung?" terjatuh beg plastik berisi kek dari tangan Dahyun. Dahyun ingin melangkah mengejar mereka tapi niatnya terbatal.

"mungkin... Aku tak layak" Dahyun mengambil keknya yang terjatuh lalu pulang ke rumah.

Keesokkanya di university,

Dahyun berjalan sendirian tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan dari Momo.

Momo: Dahyun..

Dahyun: ye Momo.. Kenapa?

Momo : ermm.... Kau ada dekat mana?

Dahyun : dekat U la.. Kan ada kelas hari ni..eh momo kejap ye, aku nampak ramai orang dekat bulletin board.

Momo : Dahyun.. Jangan pergi..

Dahyun : ......

Momo : Dahyun? Dahyun? Aku datang sekarang.

Toot ~ toot ~

Dahyun menekup mulutnya dengan apa yang dilihat di bulletin board. Patutlah sewaktu dia tiba di U, semua memandangnya seperti dia melakukan kesalahan yang sangat besar. Dahyun segera mengambil gambar yang terlekat di bulletin board itu. Gambar itu ialah gambar di mana hari dia di culik, dan dia berada di pub seperti orang mabuk sedang menari dan bergembira dengan lelaki si kelilingnya.
"Oh tak sangka perempuan yang nampak innocent, sebenarnya macam ni" kata Jihyo yang tiba-tiba mencelah antara orang ramai yang mengelilingi Dahyun.

"Kesian Mingyu dapat girlfriend yang macam ni... So aku rasa nanti dia minta putus hahaha" kata Mina pula.

"tak ni.. Semua salah faham!" jerit Dahyun yang cuba mempertahankan dirinya.

"salah faham apa? Dah terang-terang tu kau dalam gambar" balas Jihyo.

"aku..." Dahyun hilang kata-kata.

Jihyo mengutip batu kecil dari atas tanah, "orang macam kau patut dibaling batu"

"ahh" batu tepat mengenai dahinya. Darah sudah mula mengalir. Dahyun memegang lukanya dari mengelak darah terus mengalir.

"Senior Jihyo hentikan!!" jerit Momo lalu berlari ke arah Dahyun.

"Dahyun...." Momo memandang Jihyo.

LUCID DREAMWhere stories live. Discover now