Bab 11

115 10 2
                                    

"Soomin! Soomin!"

"Soomin bangun!"

Raja Roy dan Permaisuri Ailee menitahkan rakyat-rakyat mereka untuk pulang dan berlari ke tempat selamat.

Manakala di dataran itu hanya tinggal Soomin, Bokjoo serta Seungkwan. Mereka cuba untuk mengejutkan Soomin tetapi gagal.

Permaisuri Ailee mula berjalan ke arah mereka bertiga. Abang dan kakak Soomin pun berlari mendapatkan adik mereka. Begitu juga kesemua ibu bapanya.

"Soomin.. Mari sini biar saya bantu dia." kata Permaisuri Ailee.

Permaisuri Ailee memegang cuping telinga Soomin yang mempunyai anting-anting itu. Permaisuri Ailee hanya menghela nafas lega.

"Dia akan okey, Sejin. Bawak adik kamu pulang. Bagi dia rehat."

"Baiklah, Permaisuri." kata Sejin sambil tangan kanannya diletakkan di dada dan tunduk.

Sejin mula mengangkat Soomin menggunakan kuasa anginnya dan mereka bertiga bergerak pulang bersama-sama.

Bokjoo dan Seungkwan bangun lalu tunduk kepada permaisuri.

"Permaisuri, saya nak tanya, apa jadi pada Soomin?"

Permaisuri Ailee hanya senyum kepadanya.

"Dia tak apa-apa, dia cuma.. Nanti kamu tahu. Sekarang pergi teman kawan kamu balik."

Mereka berdua memandang antara satu sama lain dan hanya menunduk kepada permaisuri lalu beredar dari situ.

"Apa yang berlaku kepada anak kami Tuanku?"

"Dia tak apa-apa kan?"

Tanya suami isteri itu tanpa henti.

"Kita kena bersedia. Salah satu anting-antingnya telah retak."

Kedua-dua pasangan itu terkejut.

"Apa patut kami buat tuanku?!"

"Tolong kami!"

Permaisuri Ailee memandang mereka.

"Ada seseorang cuba membangkitkan kuasa jahat dalam badan Soomin, kuasa Sakura tak dapat nak tahan, semakin umurnya bertambah, kuasanya juga akan bertambah."

Permaisuri mula berlalu diikuti pasangan suami isteri itu.

"Buat masa ni, jangan buat Soomin marah. Kalau tak tak tahulah apa yang akan berlaku."

Permaisuri menghentikan langkahnya lalu pandang ke atas. Jelas sekali Sakura Shield telah retak sedikit. Dia mengangkat tangannya ke udara lalu mengeluarkan kuasa Sakuranya menyebabkan pelindung itu kembali tertutup.

"Sakura Shield dah lindungi kita selama ribuan tahun. Apa yang akan terjadi.."

Kata permaisuri Ailee di dalam.hatinya.

Dia berjalan ke arah suaminya, Raja Roy. Kemudian dia menaiki bunga Sakura bersama beberapa orang pengawal.

Raja Roy memegang tangan isteri kesayangannya.

"Jangan gunakan sangat kuasa awak."

"Saya tahu, sayang."

"Saya tak sanggup. Awak sahaja yang saya ada."

Kata Raja Roy lalu menggenggam erat tangan isterinya.







~~

Soomin berada di dalam biliknya setelah abangnya membawanya pulang, dan kakaknya menukarkan bajunya. Kemudian, kakaknya pun keluar dari bilik Soomin.

[OG]Sakura Elite Highschool🌸 EXO/BTS/SVT/etc.Where stories live. Discover now