Bab 17

102 22 15
                                    

"Helo, ingat aku lagi?"

Soomin cuba untuk melarikan diri tetapi badannya tidak boleh bergerak.

"Kau nak pergi mana ha?"

Ada tangan dua orang yang dia percaya seorang lelaki dan seorang perempuan yang memegang erat kedua-dua bahunya menyebabkan dia merasa sakit. Soomin mula meronta-ronta minta dilepaskan tetapi gagal.

Tiba-tiba ada seseorang melutut sebelah kaki di hadapannya. Perempuan itu..

"Yah, ingat aku lagi? Kau jatuhkan aiskrim dekat aku kan?!"

Perempuan itu menarik rambut Soomin ke belakang.

"Yah! Kau dengar tak?! Ke kau dah bisu?! Dasar perempuan bodoh! Kau tau tak kitorang siapa?!!

"Baby, jangan lah garang sangat~ takut dia~" kata lelaki itu.

Perempuan itu melepaskan rambut Soomin dan mula berdiri

"Lepas apa yang kau dah buat dekat baby aku, kau ingat aku akan lepaskan kau?" kata perempuan itu sambil membunyikan tangannya seperti sudah sedia untuk membelasah seseorang.

"Yah, Jeon Soomin.. aku akan buktikan dekat kau yang orang macam kau ni tak layak hidup dalam dunia ni.."


Tangan perempuan itu bagaikan terbakar. Perempuan yang dari tadi memegang bahu kanan Soomin mengoyakkan baju lengan panjangnya yang berwarna putih itu. Dia mula memegang sebelah tangan kanan Soomin.


"AAARRRGHHHHH!!!!!!"


Perempuan itu hanya ketawa melihat Soomin yang mengerang kesakitan. Soomin cuba untuk melepaskan dirinya tetapi tetap gagal.

"Heo Yunbi. Ke tepi. Giliran aku pulak!" kata kawan kepada perempuan itu. "Kau pun nak ke Seungjoo? Kalau macam tu silakan~"

Dia mula menghampiri Soomin dan memegang muka Soomin. Wajah Soomin amatlah teruk, air matanya jatuh dengan deras serta rambutnya kusut. Perempuan itu sekali lagi mentertawakannya.

"Soomin, aku dengar kau ada kuasa Sakura? Heh, aku tak percaya langsung. Tapi kalau betul pun, aku akan halang kau. Jeno, tali!"

Kekasih Yunbi, Jeno menyerahkan satu gulung tali berwarna hitam yang sangat pelik. Tali itu bukan seperti tali biasa...


"Kau tau ni tali apa?"

Soomin hanya menggeleng ketakutan, nak tak nak dia harus jawab, jika tidak dia akan dibelasah cukup-cukup.

"Tali ni dia menghalang semua kuasa dari badan kau means, kuasa kau hilang selagi kau terikat dalam tali ni."


Mereka berempat mula mengikat Soomin pada pokok tersebut. Pada masa yang sama..


~~






Somi, kakak kepada Soomi, sedang makan di kantin seperti biasa tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia segera bangun dari meja makan tersebut dan berlari mencari Sejin.

Mereka berdua pun akhirnya bertembung. 

"Soomin.. kau nampak dia?" tanya Somi.

"Aku baru nak tanya benda yang sama.." jawab Sejin sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Apa yang buat kau fikir nak cari Soomin, Sejin?"

"Aku.. macam dengar Soomin berbisik.. paling jelas lagi dia bersiul.."

"Apa siulannya?"

"Kau pun tahu omma suruh kita bagi tanda kecemasan untuk Soomin kan?"

"Maksud kau..bunyi siulan yang kau dengar tu bunyi kecemasan dari Soomin?"

"Mungkin.. aku pun tak tau.. ramai orang dekat sekolah ni bersiul pada masa yang sama kadang-kadang, tapi aku yakin yang tu suara Soomin."

"Apa-apa pun kita kena cari Soomin sekarang jugak."

"Jom."










~~






"Hoiii!! Dah mati keeeee~??" Soomin sudah tidak terdaya. Sejak dari tadi dia diseksa dengan ditumbuk dan disepak di perut. Tak lupa juga tumbukan di mukanya.

"Kau jangan pandang rendah lagi dengan kitorang! Seorang dari kitorang kau buat hal, kitorang akan serang kau! Faham?" jerit Seungjoo ke telinga Soomin.

"Kawan kau takkan datang!! Kitorang dah kurung diorang! Jangan harap kau dapat diselamatkan!!" jerit Jeno sambil ketawa.

"Johnny!" panggil Seungjoo.

"Ya, sayang?"

"Sayang nak anting-anting tu!" Seungjoo menunjukkan anting-anting yang dipakai oleh Soomin.

"Ohh boleh je~ Nak dua-dua?"

"Dua-dua. SEKARANG!"

"Yah, Choi Seungjoo. Cukuplah." kata Yunbi.

"Apa? Dia kacau kau kan? Kau tak nampak ke aku tengah nak defend kau?!"

"Relax baby, biar Seungjoo settle kan."

"Okeyy~"




Johnny berdiri di hadapan Soomin yang berdiri dengan lemah, badan diikat di pokok. 

"Alolo~ Kesiannya~ oppa ambil satu tau! Ehh, dualah!" kata Johnny tersenyum sinis.

"Ja..nga..n.." 

"Ha apa?"

"Janga--"

"Ada aku kisah? Apa yang sayang aku mintak dia akan dapat.." terang Johnny.


Hujung jari Johnny berubah menjadi pisau kecil. Baru sahaja di hendak menyentuh cuping telinga Soomin.

"Aku rasa tarik lagi senang dari potong kan?"

"HA AH!!" mereka bertiga menjawab serentak.


Tanpa membuang masa, Johnny menarik anting-anting pertama di cuping telinga kanan Soomin. Darah mengalir dengan laju mewarnai baju putih Soomin.

"Ohh YEAHH!!!"

Mereka semua bersorak keriangan. Soomin menjerit kesakitan tetapi tanpa dia sedar... Telinganya berhenti mengeluarkan darah dan sedikit demi sedikit cupingnya pulih perlahan-lahan. 

"Alright!! Lagi satu!!!"

Sekali lagi Johnny menarik anting-anting Soomin pada cuping kirinya. Soomin tidak mengeluarkan suara. Sebaliknya apabila anting-anting itu dicabut muncul bayangan seekor naga hitam di atas Soomin yang tertunduk.

"K-korang nampak tak?!" Jerit Johnny.


Soomin perlahan-lahan mengangkat kepalanya mata masih tertutup. Cuping telinga kirinya tidak mengeluarkan darah lagi. Apabila wajah Soomin seperti memandang mereka. Soomin membuka matanya.




















Mata kirinya berwarna kuning dan mata kanannya berwarna putih, kedua-duanya bercorakkan mata naga yang bersinar. Tetapi  bukan itu yang menggerunkan mereka. 

Apa yang menggerunkan mereka adalah kemunculan Naga Black dan White. Wajah Naga tersebut seperti sudah bersedia untuk..... 






.... membunuh.




















bersambung....

[OG]Sakura Elite Highschool🌸 EXO/BTS/SVT/etc.Where stories live. Discover now