Bab 16

80 16 6
                                    

New book cover by:- Yoongsly thank youuu soooo muchhhh!!! Do read her fanfic and support her okay?? 😙😙😙





"Weih, Boo. Patut tak aku ponteng hari ni?"

"Kau jangan nak mengarut."

Kata Seungkwan sambil bercekak pinggang di hadapan pintu bilik Soomin.

"Aku takut!"

"Takut apa nya?"

"Kau kata lelaki yang aku duel semalam tu senior sekolah kita kan? Aku tak nak!"

"Soomin! Abang dengan kakak kau dah pergi sekolah tau! Sekarang dah pukul 7.15 kau tau tak!! Cepat lah!!"

"Aku tak nak!!!"

"Cepat tukar baju pajama tu ke baju sekolah sekarang!"

"Tak nak!"

Tanpa membuang masa, Seungkwan mengawal fikiran Soomin supaya menampar dirinya.

"Ow! Sakitlah Boo!"

"Kau nak lagi?!"

"T-tak! Yelah! Aku siap-siap, tunggu kejap!"

Soomin tahu Seungkwan boleh jadi berang atau pemarah kalau bergaduh, jadi dia terpaksa akur dengan Seungkwan.

Selepas beberapa minit Soomin menyiapkan dirinya, dia keluar dari rumahnya bersama-sama dengan Seungkwan. Mereka berdua berlari dengan sekuat hati.

Sesampainya mereka di hadapan pagar sekolahnya, pagar tersebut tertutup dengan sendiri.

"What the--"  kata-kata Soomin terbantut akibat dipotong oleh seseorang.

"Jeon Soomin dan Boo Seungkwan. Boleh jelaskan kenapa kamu berdua datang lambat?"

Lelaki itu bertanya dengan suara yang sangat tegas.

"Namjoon sunbae! Please bagi kitorang masuk!"

Seungkwan bersuara.

"Tak boleh, tak semudah itu."

"Ha? Alahh kenapa?! Kitorang dah sampai kott!" Kata Soomin.

"Orang yang datang lambat perlu didenda. Aku sebagai ketua pengawas kenalah denda korang berdua ni."

Seungkwan dan Soomin saling bertentang mata dan menelan air liur mereka laju.

"Tekan tubi 30 kali. Se. Ka. Rang." Kata namjoon.

"Ehh saya pakai skirt mana boleh!"

Tiba-tiba ada pengawas lain yang berjalan ke arah Namjoon dan memberikannya kain kecil seperti selimut.

Namjoon mencampakkan kain tersebut melepasi pagar.

"Buat sekarang, ramai orang ada dekat sini ni, baik buat cepat kalau tak nak dapat malu sendiri." Kata Namjoon dengan wajah yang selamba.

Soomin memandang Seungkwan dan mengenyitkan mata kanannya. Seungkwan yang seakan-akan tau mula memandang wajah Namjoon tepat ke matanya.













"Boo Seungkwan. Kau buat apa ni?"

"Eh?"

"Jangan cakap awak nak kawal fikiran saya?"

"T-tak!"

"Tekan tubi tambah lagi 20!!"

Seungkwan dan Soomin mula mengeluh panjang. Mereka pun membuat posisi tekan tubi di atas tar sekolah, kain yang diberi oleh Namjoon digunakan oleh Soomin dengan menutup kaki belakangnya.

[OG]Sakura Elite Highschool🌸 EXO/BTS/SVT/etc.Where stories live. Discover now