Bab 20

99 8 3
                                    

Di bilik khas Sakura Highschool, ibu bapa Soomin serta rakan-rakannya menunggu Soomin untuk sedar. Sebentar tadi, baru sahaja doktor mengatakan bahawa Soomin sudah kembali normal. Walaupun begitu, Soomin masih tidak menyedarkan diri dan hanya terlantar di atas katil.


Puan Jeon dan Encik Jeon hanya duduk di sebelah katil anak bongsunya. Puan Jeon memegang tangan kiri Soomin dan Encik Jeon memegang tangan kanan Soomin. Mereka hanya memandang Soomin tanpa berkata apa-apa.. mereka hanya kasihan melihat anaknya..


"Omma Jeon.. Kuasa Soomin apa sebenarnya.." tanya Seungkwan memecah kesunyian.

"Seungkwan-ah kamu kan tau.. Soomin bukan normal macam kita.."

"Kenapa dia ada kuasa tu Omma Jeon?" kali ini Bokjoo pula bertanya.

"Omma boleh cerita tapi.. siapa ya kamu semua ni selain Bokjoo, Seungkwan, Jungkook dan Namjoon?" tanya Puan Jeon.

"Saya I.M, nama penuh, Im Changkyun. 18 tahun. Classmate Sejin dan Somi." terang I.M.

"Oh.. macam tu. Kamu yang lain ni... tak masuk kelas ke?"

"Tak apa kitorang pandai!" jawab salah seorang dari mereka.

"Haah!"


Apabila Encik Jeon menoleh untuk memandang wajah-wajah mereka.. secara tiba-tiba semua kawan-kawan Soomin yang lelaki mula melutut. Takut dimarahi oleh Encik Jeon.


"Kamu semua ni kawan-kawan Soomin?"

"YA!!" bilik itu bergema dengan suara-suara lelaki garau, suara mereka terlampau kuat sehingga membuatkan Keluarga Jeon terkejut.


"Soomin mesti bangga kamu semua kawan dia.." kata Encik Jeon sambil tersenyum. Kemudian, Encik Jeon bangun dari kerusinya dan menunduk kepada mereka semua sambil berkata,


"Terima kasih sebab dah jaga Soomin, dan jadi kawan kepada Soomin. Tolong pakcik jaga dia sama-sama ya. Pakcik merayu."


"E-encik Jeon!! j-jangan lah tunduk dekat kitorang! Takpe takpe! Kitorang jadi kawan Soomin ikhlas sebab dia baik dengan kitorang!"


Mereka  semua berkata serentak membuatkan Encik Jeon tersenyum lalu duduk semula di kerusinya. Yalah, siapa je tak terkejut apabila orang yang paling kita hormati menunduk pada kita? Encik Jeon dan Puan Jeon adalah salah daripada pekerja tinggi kepada permaisuri Ailee.


"Sebelum tu, pakcik nak tanya nama-nama kamu semua dulu."

"Biar saya tolong kenalkan diorang dekat Encik Jeon."

"Panggil pakcik pun takpe." kata Encik Jeon dengan lembut.

"Baiklah pakcik. Saya mula dari saya dululah, nama saya Seungcheol. Dan semua yang ada di sebelah saya, Jeonghan, Jisoo, Jun, Soonyoung, Wonwoo, Jihoon, Myungho, Mingyu, Seokmin, Vernon dan Chan. Kami semua ni geng, hehe."

" Yang paling ganjil dekat sini saya jelah nampaknya. Saya Hyungwon, ketua pengawas sekolah ni, saya kawan dengan si Changkyun tu, dia tinggalkan saya dekat koridor sorang-sorang dari tadi masa blackout, lepas tu saya terserempak dengan geng Seungcheol, jadi saya ikut je. Betul tak, ChANgkYun?" kata Hyungwon dengan geram sambil menekan nama I.M sekuat hatinya.

Yang lain hanya mentertawakan Changkyun membuatkan mukanya berubah menjadi merah.

"Jadi kamu ni kawan Soomin?" tanya Puan Jeon.

"Kalau Soomin kawan kepada I.M secara teknikalnya, ya, saya kawan Soomin puan."

"Ohh macam tu.." kata Puan Jeon.

"Saya bukan kawan Soomin." kata I.M

"Saya boyfriend dia." 


Apabila I.M berkata begitu, dia mendapat beberapa jelingan tajam dari semua orang yang ada di situ. 


'Soomin ada ramai peminatlah hehe..' kata Puan Jeon dalam hati.


"Takdelah saya gurau, je~"


"Dahlah, serius! Omma, macam mana Soomin dapat kuasa tu..?" tanya Seungkwan sekali lagi.


Dengan itu Puan Jeon menerangkan kepada mereka apa yang berlaku sewaktu Soomin masih berada dalam kandungannya.



~~






"Jadi, semua ni.. sumpahan?" tanya Dino.

"Ya, kelahiran Soomin bagaikan suatu sumpah. Sepatutnya saya tak patut bawa awak keluar.." kata Encik Jeon memandang wajah isterinya dengan penuh kasihan. Tetapi Puan Jeon hanya tersenyum dan berkata, "Tak apa, sayang. Soomin selamat dah."


" Jadi... Black ni berkait dengan Soomin? Saya tak faham." kata Namjoon

"Macam ni Namjoon, Black ni adalah salah satu sumpahan Soomin.."

"Maksudnya.. kelahiran Soomin pada tarikh tu dah jadi separuh daripada sumpahan.. dan Black melengkapkan lagi sumpahan tu?" kali ni I.M pula bersuara.

"Lebih kurang begitu.. kalau tak sumpahan Soomin tidak akan menjadi." jelas Puan Jeon.

"Tapi apa yang saya tak faham kan... kenapa mesti tarikh tu, kenapa Soomin?"

"Mungkin dia adalah salah seorang yang terpilih Bokjoo, apa yang kita boleh buat hanyalah tolong dia kawal kuasa tu.."

"Puan Jeon! Kalau Soomin takde kuasa tu.. apa kuasa sebenar Soomin?" tanya Jeonghan.

"Kalau diikutkan memang kuasa Soomin ni.. Sakura" jawab Puan Jeon."

"S-sakura? Kuasa Permaisuri Ailee?" kata Hyungwon.

"Boleh jadi ke Soomin ni suatu hari nanti... jadi permaisuri..."

"Ya, Somi."

"K-kenapa..?"

"Permaisuri tiada anak dan perlukan pengganti.. takdir dah menentukan, dan Soomin terpilih.."

"Bila kita ingat balik, sejarah lama mengatakan, waktu orang pertama yang mempunyai D.S.A. pada tahun itu pun Raja dan permaisuri kita tak ada anak, dan mereka mahu menjadikan pemuda yang mempunyai kuasa D.S.A. tu anak mereka dengan menghadiahkan White.. " kata Namjoon. 

"Hadiah? Kenapa?"

"Katanya, kuasa yang ada pada pemuda tu tak dapat dikawal.. kadang-kadang? Aku pun tak ingat." jelas Namjoon.

"Kuasa Sakura tu bantu dia tak tersalah gunakan kuasa.. sebab itu raja dan permaisuri pada waktu itu bantu dia dengan memberikan White. Naga Suci tu." sambung I.M

"Tapi.. dia tak sempat nak naik takhta.. sebab ada orang sabotaj dia.. dan lepas itulah baru dia sumpah tanah ni.. dan Soomin lah orangnya.."

"Tapi kan.. kalau diikutkan.. ,maknanya.. White atau Black lah ya yang tahu pasal Soomin? Argghh! aku tak faham!" marah Bokjoo.




Secara tiba-tiba, kedua-dua tangan Soomin mengeluarkan dua cahay berbeza.. apakah yang berlaku?

[OG]Sakura Elite Highschool🌸 EXO/BTS/SVT/etc.Where stories live. Discover now