Bab 14

110 13 0
                                    

Keesokan harinya, Bokjoo bangun dari tidurnya. Dia segera mencapai telefon bimbitnya. Jam di telefonnya menunjukkan pukul 9.30, dia bangun dari katilnya dan mengambil tuala yang disangkut di tempat penyangkut baju di sebalik pintu.

Tuala itu diletakkan di bahu kirinya, dia membuka pintu biliknya dan keluar dalam keadaan yang mamai ke bilik air. Tanpa dia sedar, pintu bilik yang berdekatan bilik air itu terbuka, mata Jungkook dan Bokjoo bertentang mata.

"H-hai, B-bokjoo!"

"Aku tak maafkan kau!"

"...."

"Hmmph!"

Bokjoo meneruskan perjalanannya ke bilik air. Manakala Jungkook, dia masih berdiri di muka pintu, mengeluh dan menghantukkan kepalanya.


~~

"SOOOOOOOMIINNNNNN!!!"

Soomin yang dari tadi sedang tidur lena terbangun kerana terdengar pekikan seorang manusia yang dia pasti dia kenal orangnya.

"Apa siaa, Seungkwan ni..."

Soomin bangun dari katilnya dan bergerak ke tingkap biliknya. Tingkapnya betul-betul menghadap jalan di hadapan rumahnya.

"Apa ni Seungkwan.. Aku nak tidur lah~"

Kata Soomin sambil menguap.

"Jom jalan-jalan!"

"Kepala otak kau, pagi-pagi subuh nak pergi jalan."

"AKAK! BANGUN! SEDAR SIKIT SEKARANG DAH PUKUL SEM! BI! LAN!"

"Jadi?.."

"Jomlah jalan~"

"Sorry Boo, aku pass!"

Soomin dengan segera menutup jendela biliknya tetapi badannya seperti dikawal tetapi hanya tangan kirinya sahaja yang bergerak secara tiba-tiba. Dia tahu ini angkara siapa..

Dia berjalan sendiri ke arah jendela dan membuka luas.

"Seungkwan... kau pun tau kan kuasa kau boleh guna dalam jarak terdekat je?"

"Ye tauu! Tu yang aku cuba kawal kau dari tadi!"

"Haihh, yelah yelah aku siap, masuk dulu lah."

"Hehehehehhe~"



~~



Setelah Soomin menyiapkan dirinya di dalam bilik, dia melihat pantulannya di cermin panjang di dalam bilknya. Dia mengambil getah rambut lalu diikat ke atas menjadi ponytail.

Selesai mengikat rambutnya, dia melihat anting-anting di telinganya. Ia retak, kedua-dua belah antingnya retak.

Apabila dia hendak membuka anting-antingnya, dia teringat pesan ommanya, jangan dibuka melainkan omma dan appa berada di sisinya. Sampai sekarang dia hairan..

Dia hanya mengabaikan perkara tersebut dan terus keluar dari biliknya. Dia menuju ke ruang tamu. Dia ternampak Seungkwan sedang berbaring sambil menonton televisyen.

Seungkwan sedar akan kehadiran Soomin lalu dia duduk.

"Keluarga aku semua mana? Senyap je?"

"Hyung dengan unnie, pergi keluar. Makcik dengan pakcik kan kerja.."

"Ohh ye.. Omma kerja.. Bila Sejin dengan Somi keluar?"

"Masa aku nak masuk tadi diorang keluar, diorang kata nanti cakap dekat kau suruh kunci pintu bila dah siap nak keluar."

"Ohh.. Ha okey jom aku dah siap. Nak pergi mana?"

"Kejap kita kena ambik Bokjoo sekali."

"Bokjoo pun ikut!? Yeayyy!!!! Kita nak keluar gi mana je?? Makan? Games?"

[OG]Sakura Elite Highschool🌸 EXO/BTS/SVT/etc.Where stories live. Discover now