Bab 21

89 4 3
                                    

"C-cahaya apa ni! Sayang!!" jerit Puan Jeon kepada suaminya.

"T-tak tau! Kamu semua berundur!"

Tegas Encik Jeon sambil bersiap sedia dengan kuasa airnya.

"Apa tu.." Wonwoo bersuara.

 Muncul dua orang di sebelah kiri dan kanan Soomin. Seorang wanita dan seorang lelaki. Mereka berdua mempunyai badan seperti manusia, tetapi mempunyai sayap naga di belakang mereka. Lelaki itu mempunyai tanduk manakala perempuan itu tidak.

"White!" jerit Bokjoo dan Seungkwan serentak.

"White? Ni ke naga tu.." tanya Puan Jeon.

White dan Black memandang antara satu sama lain, White mengangkat kedua-dua tangannya di atas dahi Soomin sambil membacakan satu mantera.

Black mula bersuara,

"Soomin tak apa, kuasa yang dia keluarkan terlalu banyak. Tak ada apa yang perlu dirisaukan."

"Kau ni siapa.. Jangan-jangan kau ni--" 

"Ya, aku Black. Maaf, aku hampir bahayakan nyawa Soomin."

"Kenapa.."

"Seperti yang kamu semua tau.. Kuasa aku hanya akan hidup sekiranya hati Soomin menjadi hitam."

"Hitam? Maksud kau?" kali ini Seungcheol yang dari tadi diam mula bersuara.

"Dendam. Setiap kali Soomin tahan perasaan dendam, kuasa aku akan bertambah dari masa ke semasa, sekali dia lepaskan semuanya... Aku akan ambil alih badan dia."

"Tak guna kau!!" Bokjoo menjerit.

"Dia tuan kau kan!? Kenapa kau nak ambil alih badan dia?! Soomin lagi berkuasa!"

"Ya, aku tahu, sebab itu jugalah aku kena ambil alih demi selamatkan Soomin dari ancaman bahaya. Aku sanggup mati demi Soomin. Tapi pada masa yang sama badannya akan menjadi lemah sekiranya aku berjaya mengambil alih badannya." Seungkwan melepaskan geramnya sambil memberikan jelingan tajam.

"Bila Soomin boleh sedar?"

Tanya Puan Jeon.

"Dalam masa 2-3 hari.. badan dia terlalu lemah mungkin akan ambil lebih masa lagi."

"Soomin..."

"Sementara tu, kamu semua mesti nak tahu cerita sebenar kan? Macam mana Soomin menjadi orang yang terpilih ni?"

"Ya.." Mereka semua bercakap secara serentak.

"Baiklah." jawab Black.

White dan Black mula mengubah diri mereka menjadi sepenuhnya manusia. Rambut White berwarna putih jatuh melebihi bahu dan pakaiannya yang berwarna putih menampakkan lagi seri wajahnya dengan sedkit warna merah jambu di pipinya.

Black pula mengenakan dirinya dengan pakaian yang serba hitam berlengan panjang dan tangannya yang bersisik bertukar menjadi tangan manusia. Rambutnya yang serba hitam terlihat berkilat dan ditolak ke belakang.





"Handsome gila.." Bokjoo bersuara.



"Dah nama perempuan kan..."

Tanpa mereka semua ketahui mereka semua berkata benda yang sama di dalam fikiran mereka termasuklah  Encik Jeon. Puan Jeon hanya menggelengkan kepala.

"Baiklah, boleh kita mula?" tanya Black.

Apabila Black membuka mulutnya..

"Maaf mengganggu, kesemua pelajar perlu hadir ke kelas sekarang juga. Kalau tidak kamu semua akan diberikan penalti, ahli keluarga masih boleh tinggal di sini." tegas jururawat sekolah itu.

"Kamu semua pergi masuk kelas tak apa kami akan ada disini dengan Soomin."

kata Encik Jeon sambil memberikan senyuman.

"Sekejap, aku nak kau dan kau tinggal di sini." arah Black.

"Kitorang?" tanya Changkyun dengan wajah yang hairan. Namjoon juga memikirkan benda yang sama.

"Nurse, mereka berdua ni dapat kebenaran saya beri mereka duduk di sini."

"Baiklah, Tuan Jeon."

Apabila mereka semua keluar dari bilik tersebut tinggallah 7 orang termasuk Soomin, Black dan White.

"Sebelum tu, Encik Jeon mana ahli keluarga yang lain?"

"Somi dan Sejin ke?"

"Ah, Somi tengah merawat pelajar-pelajar yang tercedera masa...."

"Saya faham, Sejin?"

"Dia ada di bilik rawatan..  kenapa ya?"

"Perkara yang saya akan beritahu ini adalah amat penting, oleh itu lebih baik ahli keluarga yang tahu akan perkara ini."

"Tapi kenapa kami?"

"Kau, Mind Reader dan kau Whisper." kata Black sambil memandang ke arah mereka.

"Kamu berdua adalah kelahiran semula rakan baik Jinho." White mula bersuara.

"Kelahiran.. semula?" Namjoon dan Changkyun menjawab serentak.

"Ya.. aku takkan sesekali lupa wajah kamu berdua. Orang yang membuat Jinho ketawa setiap hari dan melindungi satu sama lain." sambung White.

"Kejap,dengar. Kalau kitorang betul kawan baik dulu kenapa kitorang tak rapat?" tanya Namjoon mahukan kepastian.

White meyakinkan mereka dengan berkata,

"Sebab yang merapatkan korang berdua adalah Jinho, dan kali ini mungkin Soomin akan merapatkan hubungan kamu berdua." 

"Oh.."

"Dah kita jelaskan yang itu nanti sekarang aku nak beritahu perkar yang korang kena buat, dengar...

aku nak korang cipta satu ubat yang boleh tahan Soomin daripada sakit semasa dia guna kuasa aku."

"Ha? Kejap-kejap, tak kitorang tak boleh buat macam tu." Namjoon mula menggelengkan kepalanya.

"Boleh! Kau kena buat." tegas Black.

"Kenapa..?" Changkyun bertanya.

"Tugas White adalah untuk melindungi orang lain termasuklah Soomin, tetapi disebabkan dark magic aku tertanam dalam diri Soomin kuasa White tak cukup kuat."

"Apa? Kenapa macam tu?"

"Dengar, sekali Soomin dah guna kuasa aku, dia kena belajar diri dia tahan black magic ni."

"Kejap, kau kan ada cakap kenapa Soomin ni jadi orang yang terpilih kan? Cuba terangkan yang tu dulu."

"Baiklah."























"Kenapa kami pilih Soomin adalah.. 











....dia juga kelahiran semula Jinho."











bersambung...





HELLO GUYS ASSALAMUALAIKUM LONG TIME NO SEE!!! HAHAHAHAHA!! RINDUNYAAAA CERITA NIIII HUWAAAAAAAAAA. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG]Sakura Elite Highschool🌸 EXO/BTS/SVT/etc.Where stories live. Discover now