Chapter 3

45 6 0
                                    


"Yeobo ! Apa semua ni ? Tergamak awak curang dengan saya ! Yeobo , waeyo ?"Sergah suara Puan Isabelle memarahi suaminya , Encik Park .

Di tangannya memggenggam kemeja-T milik Encik Park yang dipenuhi dengan kesan lipstik .

Mata Puan Isabella sudah berair dan merah .

Encik Park yang baru sahaja keluar dari bilik air ,tersentak melihat kemeja-T miliknya yang berada di tangan isterinya, Isabelle .

Laju tangannya merampas kemeja-T tersebut .

"Jangan sibuk hal saya ,Isabelle Lauria !"Tengking Encik Park .Dia menuju ke almari pakaian .

Puan Isabelle mengekorinya suaminya .

"Jangan sibuk ? Ha? Awak sedar awak sedang bercakap dengan siapa? Saya ni isteri awak ,Encik Park! Sanggup awak duakan saya ! Lepas tu buat-buat tak bersalah pulak! Apa semua ni ! Apa kurangnya saya ,Yeobo?"Air mata Puan Isabelle laju mengalir .

Encik Park tidak menghiraukan tangisan isterinya itu .

"Patutlah , awak selalu pulang lewat .Lepas tu mabuk .Kononnya nak hilangkan di tempat kerja .Rupanya awak bersuka ria dengan perempuan lain ye. Bagitau saya Yeobo,apa kurangnya saya  ?"Puan Isabelle terduduk lemah .

"Huh , Kau tak payah buat drama air mata dekat depan aku .Jawapan aku senang , aku dah tak ada hati untuk teruskan rumah tangga kita ni  !"Tengking Encik Park .

Puan Isabelle bingkas bangun dan mendekati suaminya .

"Sampai hati awak, Yeobo...dua puluh tahun kita hidup bersama , susah senang kita bersama . Macam-macam saya buat untuk awak! Dulu, Omma tak  benarkan saya kahwin dengan awak tapi saya tak dengar cakap dia.Saya kahwin dengan awak tanpa restu Omma sehinggalah nafas terakhir dia.Rumah pusaka dia , awak suruh jual untuk dapatkan modal berniaga...ye saya ikut! Saya buat semua ! ta-tapi ini balasan awak kepada saya , Yeobo ? "

Puan Isabelle menghamburkan segala yang terbuku di hati .

Encik Park diam .

"–dan kerana perempuan tak guna yang dah goda awak tu...awak sanggup eh Encik Park ! Awak tak fikir apa kata anak-anak nanti ! Hah ?Awak tak tahu malu ?!"

Sambung Puan Isabelle .

PANG!

Dan serta merta pipi mulusnya ditampar kuat oleh suaminya .

"Kau tiada hak untuk hina dia ! "Tengking Encik Park .

Puan Isabelle tergamam .Pipinya yang perit disentuh.

"Sampai hati awak ! Awak kejam ! Kejam ! Awak bela dia?! Perempuan mana yang dah goda awak ha Encik Park ! Bagitau saya ! Biar saya uruskan perempuan tak guna tu !"Puan Isabelle sudah meraung .

"Kurang ajar ,perempuan !"

Sesaat kemudian hampir-hampir sahaja wajah omma ditampar lagi sekali oleh Encik Park namun aku terus menyerbu masuk ke bilik dan menahan ayahku .

"Haji-ma-sae-yo, Appa! no micheosso ! Omma dah buat macam-macam untuk appa! Appa memang kejam ! Tak kenang budi !"Dengan semborononya aku menjerkah Appa .

"Iris , jangan masuk campur .Keluar Iris .Jaebal."Rayu Puan Isabelle .Iris tidak pedulikan teguran emaknya .Aku dengan beraninya berhadapan dengan ayahku, Encik Park .

Sejak azali Appa memang seorang yang baran .Masa mula-mula mengahwini Ommanya itu , mulut manis selalu .Sekarang ? Huh, lihatlah sendiri perubahannya itu .Dasar ayah tak guna !

"Kenapa diam appa ? Ha? Dah sedar ? Dah sedar mana satu kaca , mana satu permata ?"Sambung aku dengan lancangnya .

Appa kelihatan berang .

"Kau dengan mak kau sama saja ! Biadap!"

Tangan diangkat tinggi dan dengan hanya satu tamparan , cukup untuk membuatkan telinga aku berdengung .

Aku terkesima .

Omma menekup mulut ,terkedu .
"Iris ..."

Mutiara jernih yang berada di tubir mataku ditahan supaya tidak gugur  .

"Arghhh ! Semak arh! Lagi lama aku duduk sini , boleh gila dibuatnya !"Sempat Appa menendang pintu bilik sebelum berlalu dari situ .

"Iris ..."Omma memeluk tubuh aku .

Bilik tersebut dipenuhi dengan tangisan aku dan omma yang benar-benar terkesan dengan tindakan Appa.

Huh , langsung tak layak digelar Appa !




******

Aku meletakkan kepala ke meja .Mata dipejam dengan harapan dapat melihat melupakan kejadian kelmarin , namun hampa , wajah Appa yang bengis itu bermain di fikiranku .Erh ! Aku benci dia ! Aku benci !

Tanpa aku sedar tanganku tak henti-henti menampar mejaku sendiri .

"Woi , gila ke ?"Sergah satu suara .Tersentak aku dibuatnya.

Aku mengangkat wajah .Kami bertentang mata buat seketika .

"Se-sehun ah..."Kataku perlahan .

Dia tidak berkata apa-apa , tetapi aku perasan wajahnya sedikit berkerut melihat aku. .

Dia menyengetkan kepala .Eh asal dia ni? Tiber!

Dia tiba-tiba sahaja mendekati aku .Kedua dua belah tangan menyeluk poket .

Kemudian dengan selambanya dia duduk di kerusi berhadapanku .

Aku menunduk .
"Ap-apa awak buat dekat sini ?"

"Kelas aku jugak ."Balas Sehun pendek .Seraya kemudian dia memandang wajah aku.

"Ye , tahu .Ta-tapi kenapa awak duduk depan saya? da-dan kenapa tengok saya macam tu ?"Tergagap-gagap aku dibuatnya .Dia ni pelik lah !

Dia berdehem dua kali dan memandang kearah lain seketika sebelum kembali melihat wajah aku .

Mungkin dia baru sedar yang dia pandang aku macam nak tembus muka aku ni haa...

"Tu .Dah kenapa ?"Jari telunjuknya menunjuk ke arah pipi kananku .Akhirnya terluah juga persoalan yang terbuku di hati.Acewahh!

Aku tersentak .Serentak itu ,tanganku laju memegang pipiku sendiri.Aigoo... aku lupa yang pipi aku masih lebam dengan tamparan Appa semalam .

Patut lah dia tengok aku lain macam je !

"Oh ,i-ini...Saya jatuh kelmarin .Masa balik rumah ."Tipu aku .

Dia menjongketkan kening sebelah kanannya.
" Seriously jatuh ?"

"Ye-yelah ! Jatuh lah .Ha-habis tu apa pulak ..."Aku mencebik .

"I see...hmm..."Balasnya bernada bosan.Tapi ekspresi wajahnya tidak menggambarkan begitu pun .

Dia kemudian dengan selamba badaknya bangun dari kerusi dan menuju ke pintu kelas .

"Macam tu je ? Apa lah dia ni..."Omelku sendiri .

Baru sahaja aku mahu melelapkan mataku , terasa mejaku diketuk dua kali .

Lagi sekali aku mengangkat wajah .

What ?Sehun lagi ?! Maigod!!!

Membulat mataku melihatnya .

"Nah , sapu ubat ni , walaupun bukan terjatuh punca kau lebam macam ni."Setelah ubat ditinggalkan diatas mejaku kemudian dengan selambanya dia terus keluar dari kelas.
Aku pula yang terpinga-pinga .

Dia tahu ? Macam mana dia tahu ?

Apa dah jadi ? Tu betul-betul ke Oh Sehun ?

Aku menampar pipiku berkali-kali.

Auch , sakit!

Okay , bukan mimpi !

Arghhhhhhhhhhhh!!

The Beautiful Angel ✓Where stories live. Discover now