Iris meraup rambutnya, perlahan. Kusut kepalanya memikirkan semua ini.air mata yang mengalir, dibiarkan sahaja mengalir.tiada rasa mahu mengesatnya. Dia penat. Penat sangat.
Kenapa papa buat kami macam ni ?
Apa salah kami ?
Tuhan ...
Terasa kerusi disebelahnya diduduki seseorang. Iris mendongak dengan mata sembapnya. Sehun .
"Mama macam mana, hun ? "
Dari tadi, dibiarkan sahaja sehun yang menguruskan mama. Sungguh dia tiada kekuatan . Lututnya juga lemah, tubuhnya juga menggigil. Melihat wajah pucat mama, cukup membuatkan dia terasa mahu jatuh. Dia, tak sekuat mana.Dia, tak setabah mana. Katalah dia lemah sekalipun, dia memang lemah.
"Mama kau dekat wad. Dia okay, mungkin sebab terkejut je " bicara sehun melegakan dia. Syukurlah mama tak apa apa. Dia penat. Penat dengan semua ini.
Mama...
"Aku tau kau kuat, dah jangan nangis. Kau nampak buruk bila nangis " ujar sehun, selamba. Iris mencebik. Manakan dia tidak nangis kalau si papa sebegitu kejam ?
"Sehun... saya nak papa yang dulu. Saya nak keluarga saya yang dulu... yang tak berpecah belah macam ni, yang tak gaduh gaduh macam ni... kenapa, semuanya berubah dalam sekelip mata ?" Bergetar suaranya meluah rasa. Tangan kanan memegang dada .
Sehun mengeluh. Tubuh iris ditarik ke dalam pelukan. Ditepuk tepuk perlahan bahu gadis itu yang sedang merengek.
"Benda dah jadi iris... kita tak boleh sangkal, kau doakan je yang baik baik. Okay sayang ? " iris angguk lemah. Pelukan sehun dibalas. Kepalanya direbahkan ke atas dada lelaki itu. Tangan masa setia memeluk. Ya, dia selesa. Amat selesa.
"Kalau mama sedar nanti macam mana ? Macam mana saya nak jawab soalan soalan mama ? Saya tak kuat sehun, saya takut..." air mata mengalir di pelupuk mata . Tangan sehun digenggam erat cuba menyalurkan sedikit kekuatan untuk dia
"Takpe , aku ada . Kita hadap sama sama okay ? " kepala iris diusap perlahan . wajah gadis itu dibenamkan lagi kedadanya . Menangis lagi .
"Jom kita balik dulu . Malam nanti kita datang tengok mama kau lagi" pujuk sehun . Tangan iris ditarik untuk berdiri.Iris akur .
Mama , mama ada iris . Iris akan jaga mama . Kita sama sama lupakan papa .
***
"Iris , jom makan ! " lamunan iris terhenti . Fikiran dia jauh memikirkan tentang keluarganya yang kucar kacir . Mama dah discharge dan sekarang mama pegi holiday ke Australia bersama kawan kawannya . Untuk menenangkan fikiran katanya . Dia pula ? Dia pula tinggal di rumah Exo , atas ajakan sehun kerana tidak mahu apa apa terjadi padanya .
"Kejap ! " kaki melangkah perlahan ke meja makan yang menempatkan 12 orang lelaki kacak itu .
"Hari ni aku masak special , request si legam . Jemputlah makan iris , jangan malu malu " kyungsoo mempelawa . Aku sekadar mengangguk . Kerusi di sebelah sehun ditarik dan dilabuh duduk .
"So , kau stay berapa hari dekat sini ? " tanya si kris yang sedang gelojoh meratah ayam .
"Eh eh kau , biar jelah dia stay sini kau kalut apa ? " sampuk baekhyun . Chanyeol dan chen juga menyokong .
"er... kalau awak tak selesa saya boleh balik" aku berura ura ingin bangkit daripada duduk , tapi sehun pantas mengenggam tangan aku suruh duduk semula
"Ish kau ni , takdela aku tanya je" kris sambung makan . Suasana tiba tiba jadi kekok . Aku , malu . Dan juga segan . Yelah , menumpang .
Tangan aku menarik baju sehun sedikit , agar dia menudukkan telinga mendengar aku berbisik
"Sehun ah , saya nak balik . Saya seganlah "
"Nak segan apa , aku ada . Dah , makan " ayam goreng pedas diambil dan diletakkan di dalam pinggan aku . Dicuit sedikit dan disuap kepada aku . Awh sehun
"Amboi budak pelat kemain sweet eh " tiba tiba kai bersuara . Satu meja memandang kami . Serta merta muka aku memerah . Sehun ni , nak suap suap bagai . Kan aku dah jadi tomato ni !
"Diam lah kau itam "
"Eleh sehun , kau keje acah . Dah suka tu confess jelah , melepas baru tau . Aku ni sedia ja nak ngap tau tak "baekhyun ketawa terkekek kekek . Aku pula jadi malu . Sekadar menunduk ke bawah .
"Otaklu " sehun sambung makan tanpa mempedulikan usikan kawan kawannya .
Usai makan dan membasuh , aku bergerak ke ruang tamu di mana kesemua ahli exo sedang menonton televisyen . Ada yang baring , ada yang duduk , ada yang duduk atas riba masing masing . Sehun pula aku lihat sedang duduk berseorangan di atas sofa .
"Iris , mehla duduk . Kitaorang nak tengok cita hantu ni "
Hantu ? Aku telan liur . Sehun yang perasan akan perubahan wajah aku terus menarik aku mendekatinya .
"Duduk sini . Aku tau kau takut" aku angguk . Aku duduk di atas riba sehun , dan kepala disandarkan pada dadanya . Halamak hati aku buat hal . Sumpah rasa hati nak pecah duduk macam ni . Aura maskulin sehun memang buat aku gila
Dan cerita hantu tu pun bermula . Jujur aku katakan , aku takut bila hantu tu sergah . Tapi yang lain , boleh pula gelak gelak lagi . Sehun pula beku je , macam takde perasaan . Tapi aku bersyukur aku duduk dengan dia . Setiap kali aku jerit , sehun akan tutup mata aku dan tarik aku lebih dekat dengannya . Sumpahla aku cakap kalau sehun macam ni setiap masa boleh pecah hati aku dup dap dup dap hahahaha
Dan tanpa aku sedar , aku terlena di atas riba Oh Sehun.
SEHUN'S POV
Aku yang ralit menonton movie tersentak apabila telinga menangkap bunyi dengkuran kecil . Iris dah tidur . Tersenyum aku tengok dia . Comel . Cantik . Sempurna . Aku taktau kenapa dengan aku . Aku suka tengok dia . Aku risau tentang dia . Aku taknak dia sedih . Aku taknak dia takut . Aku dah jatuh cinta ke ?
Aku ketatkan lagi pelukan pada pinggang iris , supaya dia tidak jatuh terlentok . Pandangan masih pada kaca televisyen tapi sesekali , aku elus rambut iris lembut .
Selamat malam sayang , mimpi indah <3
YOU ARE READING
The Beautiful Angel ✓
Fanfic*SINOPSIS* Iris Lauria ; Nama yang jarang sekali untuk didengari di Sport High School. Walaupun dia berkebolehan dari segala segi . Semua jenis sukan dia cuba dan dapat dikuasai dengan mudah . Sukan ialah bakatnya , namun apakan daya dia tidak mampu...