1

857 36 4
                                    

Seorang lelaki berjalan sambil memeluk buku yang ada di pegangan nya. Sesekali dia memandang sekeliling. Tatapan para pelajar yang tidak suka, ada jugak yang menatap nya sinis. Seolah lelaki itu ada buat kesalahan yang besar. Padahal dia hanya la seorang pelajar berkaca mata dan pendiam. Atau lebih di kenali sebagai 'budak nerd'.

Park Jimin, nama lelaki itu sudah sampai di kelas nya. Pelajar bijak itu selalu suka bersendirian. Pernah jugak lelaki itu berkawan, tapi tau la. Kawan ada makna. Kawan nya selalu membuli nya dengan menyuruh membuat kerja rumah, beli makanan dan lain lain. Selepas kejadian yang berlaku 3 tahun lepas, dia tak mau berkawan dengan sesiapa lagi. And sekarang ada jugak yang suka berbicara tentang yang tidak baik padanya.

"huh"

Sesekali dia mengeluh, kenapa la kehidupan nya begini rupa. Setiap malam dia berdoa pada Tuhan supaya dia dapat mengubah nasibnya.

"Park Jimin"

Seseorang memanggil nya, Jimin mengangkat wajahnya. Satu senyuman kotak dihadiahkan kepada lelaki itu. Jimin membalas senyuman itu. Lelaki itu mendudukkan dirinya di sebelah Jimin.

"Kenapa Kim Taehyung? " tanya Jimin sambil tangan nya lincah mengeluarkan kotak pensil nya. Hanya satu dia nak buat sebelum kelas bermula. Iaitu melukis.

"Hee. Tak ada apa. Saja je nak tegur kau. " ujar Kim Taehyung. Jimin ketawa kecil. Yeah walaupun dia kata dia tak nak berkawan dengan orang, tetapi tidak kepada Kim Taehyung . Lelaki itu selalu ada untuk dia. Dalam banyak² kawan, Taehyung la yang setia berkawan dengan nya. Sebab itu dia selesa dengan Taehyung.

Mata Taehyung tertancap pada kertas yang di keluarkan oleh Jimin.

"Kau nak melukis lagi? "

Jimin tersenyum.

"Yaaa, sebelum kelas bermula, " katanya sambil melakar sesuatu. Taehyung hanya melihat gerak geri dari Jimin. Tidak dia nafikan, lukisan Jimin memang cantik. Kalau boleh jual, dah lama dia jual, tapi itu la, Jimin tak benarkan, dia tak suka menjual lukisan dari tangannya. Dia lebih suka melukis lepastu simpan. Buat kenangan.

"Lukisan ni kau nak buat apa? "

"Macam biasa, simpan " jawab nya tanpa menoleh ke arah Taehyung. Sesekali dia menaikan kaca mata nya yang hampir jatuh ke batang hidung nya. Taehyung hanya mengangguk. Tiba tiba dia teringat sesuatu perkara. Perkara yang amat sakit. Yang mungkin akan melukakan hati seorang Park Jimin.  Dia memandang Jimin sayu. Dia mengetap  bibir.

"Jimin-ah" panggil Taehyung.

"Hm? " Jimin hanya berdehem tanpa memandang Taehyung. Tangan nya masih melukis.

Taehyung menarik nafas dan di hembus pelan.

"Aku kene pindah"

Automatik tangan nya berhenti dari melukis. Tiga perkataan tu mampu membuatkan nafas nya tersekat.  Seolah susah untuk bernafas. Perlahan dia menoleh ke arah Taehyung. Lalu dia ketawa kecil.

"Jangan bergurau la Tae. Mood aku untuk gelak tak sampai lagi. " katanya lalu dia menyambung lukisan yang terbantut tadi. Taehyung menghela nafas pelan.

"Aku tak bergurau, Jimin. Aku serius. Ayah aku kene tukar kerja dekat Seoul. Jadi aku kene ikut"

Tap!

Bunyi pensel diletakkan di atas meja. Taehyung terdiam. Jimin menatap kosong kertas lukisan di atas meja nya.

"Kau kata kau tak kan tinggal aku, kau kata kau nak capai cita cita kita bersama. Menjadi penyanyi. Tapi sekarang kau kata kau nak pergi. " lirihnya yang masih menatap lukisan itu Taehyung terdiam. Sesungguhnya dia jugak tak mau tinggal kan sahabat baiknya itu. Macam mana kalau Jimin  kene buli lagi. Dia tak ada untuk Jimin. Beberapa saat, Jimin bangun. Taehyung mendongak memandang Jimin. Jimin memandang Taehyung . Dia mengukir senyum manis.

"Tak apa la. Bukan kehendak kau kan. Aku harap kita jumpa nanti di lain hari" ujar nya lalu dia keluar dari kelas. Mood untuk belajar melayang. Jadi dia mengambil keputusan untuk ponteng kelas. Tuju arah nya ada bumbung sekolah. Itu la tempat dia menenangkan diri nya.

Taehyung menatap Jimin sayu. Air matanya hampir jatuh. Hati dia sebak. Lalu matanya tertancap pada lukisan Jimin. Lukisan itu menunjukkan dua orang lelaki memegang mikrofon. Bawah nya di tulis.

"Park Jimin, Kim Taehyung. Hope the dream come true"

Air matanya tumpah jua.

................

Jimin menatap kosong di hadapannya. Sesekali dia menghela nafas panjang. Sahabat baiknya akan pergi tinggalkan dia lagi. Pada mulanya dia sedih, tapi nak buat macam mana dah takdir yang menentukan. Jadi nak tak nak dia kene redha.

"tak apa la. Mungkin ada yang akan lebih baik. ." katanya sambil memujuk hatinya. Tak tau la apa jadi lepas ketiadaan seorang Kim Taehyung dalam hidup nya.

..............

BLUSH!

BUK!

TAP!

..........

TBC.....

.

Story About Us! (VMin) Where stories live. Discover now