"Ouh yeke. Tak apa². Apa hal nanti bagi tau saya okey? Thankss"
Hanbin menutup talian. Dia menghela nafas pelan. Dia pandang nya Taehyung di tempat mekap.
"Taehyung-ssi"
Taehyung memandang Hanbin lalu tersenyum.
"Nae?"
"Hmm hari ni, kamu shooting part kamu dulu boleh? Sebab pelakon utama hari ni sakit. Tak dapat datang. Dia pengsan tadi " ujar nya.
"Ouh tak pe tak pe. Saya okey je. "
"Okey la kalau macam tu. Kita mulakan part kamu? "
"Nae"
.......
Jimin membuka mata nya perlahan, terasa ada sesuatu menempel di wajah nya. Kepalanya terasa sakit. Dia memandang sekeliling. Dia di dalam biliknya. Alat bantuan pernafasan di lepaskan sendiri. Rimas mungkin. Alat bantuan tu memang sedia ada di dalam rumah kalau di perlukan. Macam sekarang .
Matanya di lirik pada jam dinding. Pukul 1 petang.
"pukul 1? "
KLIK!
pintu bilik nya di buka. Min Yoongi masuk sambil tangan nya membawa dulang makanan.
"eh? Dah bangun" lalu dia meletakkan makanan itu di meja. Yoongi memandang Jimin sambil bersilang tangan.
"Kenapa tak makan tadi? "
"Err, saya rasa nak muntah. Sebab tu tak makan tadi. " Yoongi mengeluh.
"Haih, lain kali makan. Hyung tau dari semalam kamu tak makan kan. Terus, gastrik kamu dah datang balik. Nasib tak teruk. Boleh jugak, hyung tangani " ujar nya. Jimin mengetap bibir.
"Dah. Makan ni. Hyung suap kan. Nak harapkan kan kamu memang tak akan makan. Tau la tengah marah, jangan la sampai mogok macam ni. Dah gastrik sape susah. Hyung jugak" bebel nya sambil mengacau bubur..
"Ye hyung, ye. Saya salah maaf"
"HM! nah makan"
Lalu di suapnya Jimin...
........
"Jumpa esok pagi. Jangan lambat tau"
Taehyung mengangguk mengikut Jin dari belakang. Lalu mereka masuk ke dalam kereta.
"Hyung bawak saya ke kafe hari ni"kata Taehyung sambil memakai tali pinggang keledar. Jin mengerut dahinya.
"Kata cuti? "
"Malas la. Duduk rumah bosan. Lebih baik kerja. Dapat duit" Jin hanya mengangguk.
"Arra. Tapi jangan penat sangat. Esok mungkin lebih sikit masa. Sebab Park Jimin tu datang"
Tersentak Taehyung mendengar nama itu. Park Jimin? Adakah Jimin sahabatnya, atau cuma nama sama orang lain?
"Tae? "
Taehyung tersentak.
"Nae? "
"Dengar tak? "
"Ouh, dengar. "
"Bagus la. Jom pergi. "
..............
Keesokan harinya....
Taehyung dan Jin masuk ke set shooting. Kelihatan Yoongi sedang memandang skrip.
"Yoongi-ssi"
Seperti rasa nama di panggil, dia menoleh dan tersenyum.
"Hai, Jin hyung. Eh ni ke yang ganti Park Seojon tu? " tanya nya sambil memandang Taehyung. Taehyung
"Annyeong, Kim Taehyung imnida" ucap Taehyung, sambil menunduk hormat. Yoongi tersenyum.
"Min Yoongi. "
"Ouh ya mana Jimin? " tanya Jin.
"Tengah siap, jom kita berkenalan dengan Jimin" kata Yoongi. Taehyung seakan tersentak.
"Ahh. Jom"
Lalu mereka melangkah ke arah Jimin. Sepanjang jalan, dia hanya berasa gemuruh. Walaupun dia masih tak tau sama ada tu Jimin kawannya atau hanya nama sama sahaja.
Sampai sahaja di tempat Jimin. Kelihatan stylis sedang membetul kan rambut Jimin. Dari belakang mereka melihat Jimin. Nafas Taehyung memburu. Dia berharap itu bukan Jimin. Kerana dia tak bersedia lagi nak jumpa dengan Jimin.
"Jimin-ah, ni hyung bawak pelakon ganti untuk Seojon"
"okey" selepas habis membetulkan rambut, Jimin bangun dan menghadap mereka. Nafas Taehyung seakan tersekat. Harapan nya telah hilang.
Jimin menatap Taehyung datar. Tapi hatinya terkejut melihat Taehyung. Kerongkong nya terasaa tersekat.
"Ji... Jimin"
.........
TBC...
Typo, abaikan! Heheheh