10

394 28 0
                                    

Yoongi duduk di kerusi luar wad. Otak nya ligat berputar. Kenapa Jimin sebut nama Taehyung? Apa hubungan nya.  Hari tu Jimin dan Taehyung gaduh? Semalam mereka berdua tiba tiba kemalangan, apa sebenarnya yang berlaku. Siapa Taehyung pada Jimin?  Hati nya berkata kata.

Klik!

Pintu wad nya di buka. Yoongi mengangkat wajah dan terlihat seorang doktor keluar. Yoongi bangun dan meluru ke arah doktor itu.

"Macm mana keadaan nya doktor? "

"Dia stabil. Jantung nya sempat terhenti tadi, tapi syukur sempat di tangani. " Yoongi menghela nafas lega.

"Siapa Kim Taehyung? " Yoongi memandang doktor itu kembali.

"Kenapa? "

"sebab dia asyik sebut nama tu, sampai saya memberi ubat tidur pada dia. " Yoongi terdiam.

"Awak ke? "

"Ah, bukan. Tu mungkin kawan dia"

"Saya harap awak suruh Kim Taehyung datang ke sini. Sebab saya nampak dia menangis bila sebut nama tu"  Yoongi terdiam lagi.

"kalau tak ada apa apa, saya pergi dulu. " Yoongi mengangguk dan menunduk sedikit. Doktor itu berlalu pergi.

Yoongi masuk ke dalam wad itu. Lalu duduk di kerusi. Dia memandang Jimin yang masih menutup mata nya.

"Siapa Taehyung pada kamu, Jimin. Dia ke kawan yang kamu cakap tu? " Yoongi mengeluh lagi. Tiba tiba dia teringatkan seseorang.

"Mungkin dia, boleh tolong "

..................

Klik!

Pintu wad Taehyung di buka. Jin yang sedang membeluk kuku itu memandang Yoongi. Wait? Membelek? Heyy sini hospital okey. K abaikan.

"Hmm hyung. Boleh kita bercakap kejap? "

...........

Tap!

Pintu di tutup, wajah Yoongi di pandang.

"Ada apa? " tanya nya sambil tu dia mengambil tempat duduk di hadapan wad itu. Yoongi turut mengikut.

"Saya nak tanya. Hyung tau tak, yang Taehyung tu kenal Jimin? " Jin tersentak. Dia terdiam seketika.

"Hyung..... "

"Cakap jujur hyung " potong Yoongi. Jin menunduk sambil mengeluh.

"Taehyung kawan baik terhadap Jimin" ujar Jin. Yoongi diam, menunggu ucapan selanjutnya..

"Mereka sangat rapat, sehingga satu hari Taehyung kena ikut appa dia pergi Seoul. Tapi sesuatu terjadi terhadap dia. "

"Apa dia? ".

"Taehyung kemalangan bersama appa dia. Appa dia mati dalam perjalanan ke hospital. Manakala Taehyung kritikal, buah pinggang nya rosak sebelah. Dan..... Dia hilang ingatan"

"Kejap, macam mana hyung kenal Taehyung? "

"Hyung yang keluarkan Taehyung dari kereta tu. Masa tu hyung nak ke kedai beli barang sikit. Jalan kaki la. Sedang berjalan, tiba tiba satu kereta meluncur laju sebelah hyung, terkejut jugak la masa tu, dan terus kereta tu berlanggar dengan kereta lain. Hyung terkejut masa tu. Terkejut sangat. Lepastu hyung lari ke arah kereta tu. Tengok ada Taehyung dan appa dia. Masing masing dlm keadaan parah. Appa dia paling parah la. Hyung apa lagi, cuba nak keluar kan Taehyung dari kereta. Sebab ada orang jerit kereta tu nak terbakar" Jin terhenti seketika. Lalu dia melanjutkan ucapan nya.

"Bila hyung keluarkan Taehyung, tangannya memegang satu kertas. Hyung tak sempat tengok pon kertas apa, hyung lipat simpan dalam poket. Hyung bawak la Taehyung jauh dari kereta dia. Appa dia bersama orang lain. Tak lama tu ambulans datang. "

"dalam perjalanan tu, hyung ikut sekali. Sebab hyung rasa genggaman dia kuat. Jadi nak bagi kekuatan hyung ikut la sekali. Sampai hospital Taehyung di bawa ke ICU, hyung tunggu luar. Tak lama tu seorang doktor yang tangani appa Taehyung keluar. Muka doktor tu jangan cakap la. Macam hampa"

"Hyung tanya dia, appa Taehyung macam mana kan, doktor tu kata dah tak ada harapan , appa Taehyung kehilangan banyak darah, dan kerosakan di jantung. Luluh jugak la hati hyung. Hyung tunggu pulak tentang Taehyung. Tak lama tu doktor keluar. " Jin mengambil nafas.

"Doktor tu cakap Taehyung kritikal tapi boleh di tangani, dan dia kehilangan satu buah pinggang dan dia mengalami amnesia. Hyung rasa macam nak menangis. Walaupon hyung tak kenal siapa Taehyung, tapi hyung dapat rasa kesedihan dia. "

"Hyung tengok poster tu. Dua orang lelaki yang memegang mikrofon sambil merangkul satu sama lain. Hyung tengok belakang ada tulis, Kim Taehyung dan Park Jimin. Dilukis oleh Park Jimin. Mula mula hyung memang rasa tu dia dan kawan baik dia. Tapi hyung konfius sikit dia ni nama siapa. Bila tengok kad pengenalan dia baru hyung tau. Dari situ la hyung ambik dia  sebagai adik angkat. Hyung jaga dia sampai dia ingat balik siapa dia, ahli keluarga nya dan sahabat dia. Mula tu dia terpukul sangat sebab tau appa dia dah tak ada, lama tu dia boleh terima, dan dia nak cari Jimin"

"Selepas tu dia sekejap ja, duduk dekat rumah hyung. Katanya tak nak susahkan hyung. Dia kerja, dan sewa satu rumah kecil di Seoul. Dia kata nak kumpul duit sendiri sebab nak jumpa kawan baik dia. Tapi lepas dia tau Jimin tu artis, dia terus jumpa hyung. Sebab masa tu hyung PA Hanbin Hyung. Tu dia tanya. "

Tiba tiba ada seorang jururawat masuk. Mungkin nak cek Taehyung. Tapi baru sahaja Jin nak buka mulut untuk bercerita kembali, jururawat tadi keluar dengan memburu

"Doktor! Doktor! "

Mereka tersentak. Lalu ada seorang doktor berlari ke arah jururawat itu.

"Doktor, pesakit mengalami kejang! " ujar jururawat itu. Jin dan Yoongi tersentak lagi. Lalu  mereka bangun . Doktor tadi terus masuk ke dalam wad. Baru saja Jin dan Yoongi nak masuk, jururawat itu menahan.

"Maaf, encik tak boleh masuk"

Lalu dia masuk kedalam.

Jin mengetap bibir. Takut akan segala galanya.

"Taehyung "lirihnya.

Tiba tiba ada seorang doktor lagi bersama dua orang jururawat berlari ke arah wad lain. Yoongi berpaling, dia berasa tak sedpa hati lalu di ikutnya doktor itu. Sampai saja di satu wad, dia terkaku.

Wad Jimin. Jimin kenapa? Tak akan jadi macam tadi. Tidak.

Dia meluru untuk masuk.

"Maaf, encik tak boleh masuk"

Yoongi terdiam di situ. Lalu dia melihat Jimin dari cermin. Jimin macam tadi. Kenapa?!

......

"Tingkatkan oksigen! "

"baik doktor! "

"HUH!! "

........

TBC.........

Story About Us! (VMin) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang