“Bang Chan, jangan awak gatal nak bawak lari anak saya!”
Suara ketawa lelaki itu semakin jelas kedengaran. Geli hati dengan Eunra yang tidak mampu mengejarnya. Mana tidaknya, lepas satu, satu lagi pulak kena jaga.
Selepas setahun kelahiran Jieun, Eunra dan Chan mengambil keputusan untuk berkahwin dan kini, sudah masuk 2 tahun mereka berkahwin. Cepat masa berlalu, Eunra juga tengah mengandungkan anak Chan. Namun, Jieun tetap mereka jaga.
Kadang, Eunra terfikirkan Hyunjin. Tidak mahukah lelaki itu menjenguk anak perempuannya itu?
Jieun sangat mewakili muka Hyunjin. Yang ketika dirinya manusialah. Kalau ikut wajah raksasanya, mungkin dah lama Eunra terkejut kut. Tapi apa yang buat Jieun ini berbeza adalah budak itu tak pernah menangis.
Chan yang sedang mendukung Jieun itu akhirnya berhenti berlari apabila melihat Eunra termenung secara tiba-tiba. Lelaki itu meletakkan Jieun ke atas katil bayinya dan melilitkan tangan pada bahu Eunra.
“Sayang okay?” soalnya.
Eunra mengangguk.
Matanya mengerling ke Jieun.
“Comel kan dia?” puji Chan. Eunra tidak tahu sama ada nak angguk atau geleng. Nak angguk, takut setuju pulak yang anak Hyunjin comel. Nak geleng, anak dia jugak.
Melihatkan Eunra berdiam, Chan memegang bahu Eunra agar menghadapnya. Lembut bahu Eunra diusap oleh lelaki itu.
“Sayang, tutup mata.” ujar Chan, tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
“Chan, apa pulak ni?” Eunra mencebik namun hanya menurut. Setelah beberapa ketika, dia terasa tangan Chan beralih daripada bahunya dan terasa tangan yang dingin, sememangnya bukan milik Chan, memegang tangannya.
Eunra panik. Matanya terus dibuka. “Chaㅡ”
Alangkah terkejut gadis itu apabila Hyunjin yang menyapa matanya sebaik sahaja dia mencelik. Chan sudah hilang daripada radar. Hyunjin tersenyum kecil melihatkan Eunra yang gelabah mencari Chan.
“Aku tak sangka kau jaga anak kita.” kata Hyunjin, memulakan perbualan. Eunra memandang Hyunjin sekejap sebelum mengalihkan pandangan pada Jieun pula. Gadis itu tersenyum kelat.
“Hyunjin, aku minta maaf.”
Gadis itu langsung tidak membuat eye contact dengan Hyunjin, malah matanya menumpu pada Jieun.
“Aku minta maaf sebab aku tak dapat nak jadi tunang kau. Aku harap kau faham..”
Lelaki itu meraut rambutnya ke belakang. Dia dah lama sedar perkara tu. Kalau lah dia ni bukan daripada keluarga Grim Reaper, mungkin cinta mereka tak mustahil.
YOU ARE READING
Past Bedtime | H.HJ
Paranormal"Dia bukan manusia, Chan." Mampukah seorang babysitter menjaga seorang budak yang bukan manusia? [ HYUNJIN X READER X CHAN | #PROJEKCWM ] © all rights reserved. TANJIRAWR | plagiarism is strictly prohibited. storyline by @aprilblossome <3