1 | suara

1.3K 132 11
                                    

Eunra dikejutkan dengan bunyi jam locengnya pada pagi Isnin itu. Hari pertama pekerjaannya bermula. Seperti biasa, kelibat emaknya telah lesap. Entah pukul berapa emaknya bertolak ke kerja. Gadis itu lekas bersiap lalu membuatkan dirinya sarapan sebelum menuju ke perkarangan Hwang.

Memandangkan Eunra pernah ada adik, dia tahu serba sedikit asas untuk menjaga budak. Sekarang, dia sebatang kara. Anak tunggal. Sama macam keluarga Hwang ni. Ada satu anak je yang berumur 3 tahun.

Sebaik sahaja menapak masuk ke dalam rumah banglo yang umpama villa itu, Eunra terus dibawa ke bilik Kiwoo oleh seorang pembantu rumah. Nampaknya tuan dan puan Hwang telah lama ke tempat kerja.


Pipi budak itu sesekali dicubit manja oleh Eunra.


Budak itu tidak habis mahu bermain cikucakk dengan Eunra. Eunra melayankan sahaja sampailah Kiwoo penat. Gadis itu tidak lepas daripada menjalankan amanahnya. Dia tidak lupa akan susu, masa tidur dan masa bermain Kiwoo.


Menjelang tengah hari, Eunra menyediakan makanan buat Kiwoo.


"Kiwoo-ah! Sini!~" Eunra memanggil lembut sambil menepuk tangannya riang. Budak berumur 3 tahun itu terkial-kial bangun sendiri. Dia menapak dengan laju ke arah Eunra. Setibanya di hadapan Eunra, dirinya diangkat oleh gadis itu. Kedengaran gelak tawa Kiwoo yang mesra.


"Yey!! Pandai Kiwoo~" ujar Eunra. Batang hidung Kiwoo dicuit lembut.


Kerusi bayi itu menjadi tempat duduk Kiwoo semasa makan. Eunra menyuap sup sayur yang dibuat kepada Kiwoo. Usai melakukan sedemikian, dia meletakkan Kiwoo di karpet di ruang tamu.


Dibiarkan saja budak itu bermain-main dengan alat-alat permainan yang ada. Manakala Eunra pula memulakan projek mengemas dapur.


"Eun.." kedengaran suara memanggil nama Eunra.

Eunra menolehkan kepalanya.


Tiada siapa.


Dia mengangkat bahunya. Mungkin halusinasi seperti apa yang diberitahu oleh doktor psikiatrinya.


"Appa!!!" jerit Eunra, berumur 12 tahun.


"E-eun.."


"Kau pengorbanannya..."


Kepala Eunra berdenyut kuat dan gadis itu tersentak dengan kesakitan yang tiba-tiba hadir sekaligus dengan memori semasa kemalangan bapanya. Air matanya meluncur laju. Cepat-cepat dia menyudahkan kerjanya lalu pergi bermain dengan Kiwoo.

Harinya berlalu dengan begitu cepat. Tepat pukul 7:30 petang, gadis itu pulang. Kiwoo dijaga oleh keluarganya kembali.

Apabila sampai di rumah, alangkah terkejut Eunra mendapati bahawa emaknya sudah berada di rumah. Dia tersenyum lebar.

"Omma!!" laung Eunra sesudah menapak masuk ke rumah. Emaknya itu didakapi manja. Maklumlah, rindu.


"Macam mana kerja harini, Eun?" sapa emaknya mesra.


Eunra mengangguk menandakan tiada masalah. "Best! Kiwoo comel sangat~"


"Itu ke nama budak yang Eun jaga?" soal Omma Eunra. Tangan wanita itu sedang sibuk menghidangkan sesuatu. Mungkin makan malam untuk mereka berdua. Eunra pula turut membantu ommanya itu. Entah kenapa wanita itu tiba-tiba membuat makan malam.


Usai itu, mereka berdua duduk bersama.


"Omma sengaja balik awal harini sebab nak sambut hari kerja kamu yang pertama." ujar omma Eunra, puan Park tersenyum menampakkan kerutan di pipi, "Lagipun dah lama sangat kita tak makan bersama. Omma nak berterima kasih jugak sebab anak omma ni sanggup bersusah-payah dengan omma."


Eunra dah mula sebak dah. Bukan selalu nak berbual dengan emaknya tu. Bila dah dapat ni, tambah pula perbualan bercampur emosi, buatkan gadis itu sebak sahaja. Air matanya ditahan.


"Takdelah, omma..Eun kesiankan omma. Asyik berkorban tidur demi nak berikan yang terbaik untuk Eun. Kali ni, biarlah Eun balas jasa omma, okay?" ujar Eunra mempamerkan senyuman suam.


Kedua-duanya kemudian berbual mesra sambil menikmati juadah makanan yang dimasak oleh puan Park sendiri. Banyak mangkuk je Eunra menambah nasi kerana tidak mahu kelepasan masakan edisi terhad emaknya itu.

Past Bedtime | H.HJWhere stories live. Discover now