"Dengar sini wahai si malang, pemakan sumpahan. Akan datang suatu hari kau bakal melihat pada cermin!
Pada saat itu segala pandangan terbatas!
Maka yang lemah bakal tumpas! Sebaliknya, menjadi yang paling suci.""Alba!! Cepat bangun dah lambat ni!."
"Kring!!!!!!!!"
Bunyi jam loceng bersilih ganti dengan teriakan makcik Luisa yang kedengaran dari bawah mengejutkan Alba dari mimpinya. Dia mengesat perlahan matanya yang kuyu. Dia memilih untuk duduk 2 ke 5 minit sebelum turun daripada katil kayunya. Matanya masih lagi berusaha untuk dibuka.
"Alba! Sebelum mak cik naik, baik kamu bangun sekarang!" Teriak makcik Luisa lagi. Walaupun sibuk menjalankan perniagaan kafe di tingkat bawah, namun masih lagi tidak lupa akan tanggungjawab terhadap anak saudaranya itu.
"Ya, ya.... Dah bangun!" Sahut gadis itu kuat agar didengari oleh makciknya.
Alba pantas mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja disebelah katilnya. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Entah mengapa dia memilih untuk melihat waktu pada skrin telefon bimbit sedangkan jam locengnya tidak berada jauh dari situ.
Tiada sebarang mesej yang diterima. Hanya beberapa email spam seperti hari-hari biasa.
Dia mencapai getah rambut merah yang tergumpal-gumpal sekitar meja tersebut dan mengikat rambutnya yang kusut seperti nenek sihir. Dia bingkas bangun dari katil dan mencapai tuala muka dan berlalu ke arah kamar mandi.
****
"Ting!" Bunyi loceng penggera Dolçor café.
"Selamat pagi makcik Alba!"
"Untuk yang ke.... Entahlah. Luisa. Makcik Luisa ya Gee." Makcik Luisa membetulkan panggilan Guillem yang sering memanggilnya makcik Alba. Kadang kala dia membiarkan sahaja, kadang kala ditegur dengan niat gurauan. Mungkin dipanggil makcik Alba oleh Guillem kerana makcik Luisa merupakan makcik kepada Alba.
"Hmm, sama je." Guillem mencebirkan bibirnya seraya kedua-dua bahunya juga di angkat.
"Lambat kamu datang hari ni Gee. Bangun lambat ya?" Tegur makcik Luisa.
"Alba yang suruh gerak lewat sedikit hari ni. Em.. adalah tu niatnya." Guillem menjawab bersahaja sambil tangannya gigih mengepit puff ayam pedas yang masih panas buatan makcik Luisa untuk dijadikan bekal sarapannya.
"Alba yang suruh? Patutlah dia bangun lewat hari ni." Ujar wanita pertengahan umur itu sambil menghulurkan dulang kecil kepada Guillem.
"Ya.. semalam dia suruh datang lewat sikit. By the way, mana Alba?" Guillem menjengah memandang sekeliling mencari kelibat sahabatnya itu.
YOU ARE READING
I'm sabarà
Non-Fiction"Alba ni apa? Cacat ke?" "Tak lah sayang." "Habis tu?" "Alba istimewa... Ya... Istimewa."