#3

28 6 1
                                    

Jari Alba giat menulis sesuatu pada sebuah buku yang di gelar 'seer' olehnya. Sambil menulis, sambil itu juga fikirannya giat memerah memori yang telah dilihat dan diingat. Suasana malam yang diperkaya dengan taburan bintang menjadi temannya pada malam itu. Kedudukan meja belajarnya yang diletakkan benar-benar berhadapan dengan tingkap amat cocok menjadi teman permandangan setiap hari.

        "Pfft.. bodoh.." sengih nya sendiri. Dia mula teringat peristiwa yang barusan berlaku di sekolah.

                                  ****

Badan Alba dihempas kuat pada barisan locker. Dia menahan kesakitan yang dirasai pada tulang belakangnya.

        "Kau dengar sini budak kampung. Sekali lagi aku nampak kau mesra-mesra dengan Alex, bukan ni je aku buat. Dengan kau sekali boleh keluar daripada sekolah ni." Martha memberi amaran keras pada Alba sambil tangannya kuat menolak dada Alba.

        "M..mm..mana ada a...a..aku mes...mesra.." Alba sedaya upaya membela diri. Namun kesakitan pada dadanya menyukarkan dia untuk bercakap.

        "Alasan! Kau jangan nak buat alasan. Habis Alex yang terhegeh-hegeh dekat kau? Heh? Kau jangan nak play victim ya budak." Kata-kata Alba segera ditepis oleh Martha yang dianggap kejam.

        "Girl, bak marker tadi." Ujar Martha kepada sekutunya yang daritadi hanya akur dan mengiyakan perbuatan 'ketua'nya terhadap seorang junior.

Si gadis yang digelar 'girl' kelam kabut meraba-raba kocek jeans untuk mendapatkan marker dakwat kekal yang dipinta oleh Martha.

        "Cepatlah! Apahal lembab sangat!" Bentak Martha apabila tangannya yang dihulurkan dari tadi langsung tidak dibalas dengan permintaannya.

        "Nah... Nah queen." Marker dihulur ke tangan Martha.

Pelajar yang lain yang lalu lalang hanya mampu memandang apa yang bakal terjadi terhadap Alba dek kelakuan 'queen' sekolahnya. Pengaruh Martha amat kuat di Visionari High kerana bapa Martha merupakan penyumbang dana terbesar di sekolah. Jadi, Martha mendapat sedikit tempias populariti ayahnya, walhal bukan dia yang menyubang. Ya, hanya menumpang nama. Namun, sikap kasar, berlagak, acah, suka mengarah-arah membuatkan ramai pelajar di sekolah tersebut tidak menyukainya. Oleh disebabkan itu, tiada siapa yang berani melawan kata-kata dengan Martha.

Penutup marker di buka. Mata marker itu didekatkan ke mata Alba. Martha ingin memulakan karya seninya di atas muka Alba yang dianggap kanvas kosong.

Mata kuning milik Alba terbuntang luas apabila marker tersebut mula mendekati wajahnya. Matanya ditutup. Bahagian keningnya mula terasa sejuk dek disapa oleh dakwat kekal itu. Tiba-tiba..

        "Martha!!" Teriakan kuat itu mencuri perhatian semua yang berada di sekitar koridor termasuklah bulatan yang mengelilingi Martha dan Alba.

Kesemua mereka berpaling pada arah yang sama. Terlihat susuk tubuh tinggi berjaket biru, sambil tangannya digenggam berjalan ke arah kawangan Martha.

        "A..Alex." Martha terkejut, marker yang berada ditangan kanannya terlepas manakala tangan kiri yang menahan dada Alba di tarik semula membuatkan gadis itu rebah ke tanah.

        "Alba, are you okay? abang bawa pergi bilik kesihatan ya." Alexandre terus berlari mendapatkan Alba yang longlai sambil mengusap dadanya yang sakit. Kegilaan Martha sebentar tadi langsung tidak dihiraukan.

       "What the fuck are you doing Alex!" Amarah Martha membuak-buak apabila melihat adegan keperihatinan antara Alexandre dan Alba.

I'm sabaràWhere stories live. Discover now