#4

21 4 0
                                    

        "Cik muda pasti, cik muda dah bersedia nak jumpa dengan dia?"

        "Mungkin.."

        "Cik muda, ini melibatkan pengorbanan nyawa. Kalau cik muda tak bersedia lagi, kita boleh tangguh. Kita pun tak tahu siapa kuat dan siapa yang lemah..."

        "Cukup.. sampai bila nak tangguh? Belum cuba belum tahu."

        "Cuba? Cik muda... Ini bukan perkara main-main yang boleh untuk dicuba-cuba. Kalau tersilap langkah, cik muda yang akan....."

        "Mati? Heh.. kalau itulah takdir saya selama ini, saya akur. Lagipun saya dah penat."

        "Cik muda!.."

        "Sudahlah.. jangan cakap pasal ni lagi. Teruskan dengan perancangan asal. Jangan tangguh-tangguh lagi."

        "Baik.. Cik muda."

                                       ****

Sekeping kertas yang dari tadi ditatap lama akhirnya dikeronyok dengan satu tangan. Mungkin Alba sudah putus asa.

        'tak mungkin lah. Berangan.' getus hatinya. Dia masih memikirkan kata-kata Iker tempoh hari. Adakah ideanya boleh diguna pakai atau sekadar rencana jahat yang tidak sepatutnya dia lakukan? Dia mulai bingung. Rambut hadapan separas kening dia raut kebelakang seraya membuang bebanan perasaan melalui dengusan kasar. Jika diikutkan hati, memang mahu sahaja dia mengikuti perancangan Iker. Namun dia sedar tindakan itu kelak pasti menyusahkan dirinya sendiri dan bakal menambahkan tekanan untuk dirinya.

                                      ****

        "Okay, okay.. aku bagi tahu. Janganlah marah." Iker mengangkat kedua-dua belah tangan seolah-olah menyerah diri. Dia cuba untuk memujuk Alba yang dilihat sudah mengerutkan dahi dan telah membelakangi dirinya.

Alba mengabaikan kata-kata Iker. Cubaan memujuk telah gagal. Alba memeluk kedua-dua kaki dan mukanya ditekupkan pada ruangan antara dua lututnya. Dia amat sebal dengan perangai Iker yang tidak serius. Mood Alba sudah jauh diterbangkan angin senja.

Guillem menahan ketawa melihat wajah Iker yang sudah cuak. Jarang-jarang melihat Iker mempunyai perasaan bukan macam selalu. Rasakan kau Iker, lain kali jangan main-main time orang tengah stress.

        "Alba.... Please lah... Aku minta maaf. Aku tak niat pun nak buat kau marah.. tapi betulkan apa aku cakap, kalau kau baca masa depan aku mesti aku tak payah cerita." Iker dilihat seperti tidak serik. Diungkit-ungkit ayat yang sudah memarakkan api Alba.

Alba menjeling lelaki itu tajam, namun dia sedar dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia amat faham dengan perangai Iker. Alba mengalah. Dia menarik nafasnya dalam dan menghembuskan dengan kuat.

        "Fuh... Sabar Alba, sabar.. itu Iker... Iker....... Sabar..."  Alba bercakap sendiri. Dia sedaya upaya mencuba untuk menenangkan hatinya sendiri dan meletakkan kembali dirinya dalam ruangan selesa bersama Iker.

        "Cepatlah cakap... Kang terbakar kawan kau ni." Guillem menyambung. Dia Masih lagi berasa geli hati melihat adegan dua sahabatnya itu. Persis anak-anak kecil.

        "Macam ni. Aku rasa kau tak payah bagitahu langsung dengan makcik Luisa." Iker memulakan bicara. Wajahnya kelihatan serius dari yang biasa.

        "Sebab lawatan ni hanya sehari. Tak melibatkan wang ringgit dan penginapan. Waktu lawatan pun ikut jam kita berada di sekolah. Jadi, makcik Luisa tak akan tahu kau pergi selagi semuanya masih berkeadaan normal. Itupun kalau kau terpilih lah." Sambung Iker lagi. Kenyataan yang diutarakan Iker membuatkan Alba dan Guillem melopong. Mata mereka juga turut terjegil dengan sendiri selepas mendengar kata-kata itu. Seolah-olah mendengar jampi.  Alba dan Guillem memandang sesama sendiri.

        "Tu Iker kan Gee?.."

        "Spect besar, rambut shining, muka baby-face. Nampak macam Iker."

        "Tapi otak bukan dia....."

Mereka memandang wajah Iker serentak. Terasa amat kagum mendengar ayat-ayat matang yang keluar dari bibir itu. Selalunya Iker berfungsi sebagai penggamat suasana, namun pada senja yang tenang di dihiasi  langit jingga beserta lalang-lalang yang menari-nari di pinggiran kawasan Bonica Vil, Iker seolah-olah seorang ilmuan yang teragung dek idea yang difikirkan bernas.

         "Korang ni pahal? Tau lah aku comel." Malangnya.. tittle ilmuan hanya melekat dalam jangka masa yang pendek. Kini dia adalah Iker yang asli.

        "Aku harap kau hari-hari macam ni Iker." Balas Guillem.

                                     ****

        "Baiklah, seperti mana yang awak semua tahu, pemilihan bagi lawatan ke Bells Jardins akan diumumkan esok, sekali gus dengan keputusan ujian pertengahan tahun. Jadi, kedudukan 3 teratas secara automatik adalah calon yang terpilih untuk ke lawatan, hadiah istimewa daripada sekolah." Jelas Puan Miley memerangkap guru kelas dan guru matematik kelas B1 A4.

Semua yang berada di dalam kelas hanya mengangguk akur dan mula menunjukkan keterujaan sesama mereka. Keadaan kelas yang sunyi sepi ketika waktu pembelajaran barusan sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyian dialog yang makin lama makin rancak.

         'perluke aku tengok sekarang? Ke tak perlu? Ahhhh! Kalau tengok sudah dikira tidak jujur.. tapi aku dah tak sabar ni... Tapi... Fuhh.. tak boleh, tak boleh. No Alba no!' Alba cuba menenagkan hatinya agar tidak bertindak luar jangkauan. Namun begitu, mata kuning itu giat mencari anak mata Puan Miley bagi mengetahui keputusan esok.

         "No Alba! No! Jangan buat!" Jeritan tanpa sedar Alba menarik perhatian rakan-rakannya. Suasana yang hingar-bingar dengan tiba-tiba sahaja membisu tanpa kata dek 'sirens' yang dikeluarkan oleh Alba. Yang duduk di hadapan sudah tertoleh kebelakang, manakala yang dibelakang memandang tanpa kata.

        "Alba?" Puan Miley menyapa dengan keningnya sedikit terangkat seolah-olah isyarat 'what's wrong?'.

        "Err.. nothing.. sorry cikgu." Alba menundukkan kepalanya memandang meja. Dia tidak boleh menatap sepasang mata indah milik Puan Miley bagi mengelakkan sebarang penipuan yang bakal berlaku.

Puan Miley hanya menggelengkan kepala sejurus mendengar kata maaf Alba. Malas dia ingin menyoal siasat tentang hal remeh temeh.

Pipi Alba sudah bertukar merah akibat malu. Otaknya mula berserabut memikirkan hal lawatan, keputusan ujian dan makcik Luisa. Kini mukanya dihempas ke meja dialas dengan lengan kirinya.






©2019 ilalilac

       

I'm sabaràWhere stories live. Discover now