#2

43 5 2
                                    

        "So, kau dah tanya makcik Luisa?" Bunga lalang yang menari-nari ditiup angin petang dipetik satu persatu.

        "Em.. belum." Alba merebahkan badannya ke tanah, menghimpap lalang-lalang kontot yang dari tadinya tegak berdiri.

        "Why? Pemilihan tu minggu depan. Kau dah tak cukup masa dah." Aktiviti memetiknya terhenti tatkala mendengar jawapan ringkas Alba. Badannya dipalingkan menghadap Alba yang sedang baring melihat langit jingga.

        "Aku takut lah Gee. Tapi sumpah aku teringin sangat nak pergi sana. Seumur hidup aku, tak pernah aku dapat ikut aktiviti sekolah. Kau tau kan makcik macam mana." Alba mengeluh kasar. Matanya ligat memandang kepulan awan yang berarak pergi satu demi satu.

        "Sebab tu lah aku suruh kau bagi tahu awal-awal Alba. In case.. makcik kau tak bagi, kau ada peluang untuk pujuk dia. Come on lah. Tahun depan kita dah jadi the real senior and the struggle is real too. Mesti Kita tak ada masa masa nak join benda macam ni." Balas Guillem cuba untuk meyakinkan sahabatnya yang resah. Dia tahu mata itu penuh dengan pengharapan. Keinginan gadis itu pastinya membuak-buak untuk mengikuti lawatan ke rumah agam tersohor di Bona Ciutat minggu depan jika dia terpilih.

        "Aku boleh tolong cakapkan kalau kau takut sangat." Tambah Guillem apabila melihat Alba hanya diam seribu bahasa.

       "Haih.. tak apa lah Gee. Kalau permintaan aku pun dia boleh tolak mentah-mentah, inikan pula ... Pft.. ahhhh!!!!" Alba merengek seperti anak kecil di penghujung ayatnya. Matanya dipejamkan dan ditutup dengan lengan kirinya. Manakala lengan kanan Masih kemas menjadi bantal buat baringan.

        "Aku ada idea.." Iker yang daritadi hanya mendengar perbualan rakan-rakannya sambil membaling batu-batu kecil akhirnya bersuara.

Alba membuka matanya semula. Tangan kirinya kini berada di atas perut. Matanya kelihatan agak terbuntang dan saling berpandangan dengan Guillem. Guillem hanya mengangkat bahu dan memuncungkan mulutnya ke arah Iker. Alba merapikan posisi baringannya untuk menghadap Iker.

Iker menatap lama mata kuning milik Alba seolah mengharapkan sesuatu. Lebih kurang 40 ke 45 saat mata Alba ditatap. Lagatnya seperti pandangan seorang kekasih yang dimainkan di drama bersiri.
Alba mengerutkan dahinya. Kelakuan Iker amat aneh. Adakah idea nya tersangkut dek kecomelan sahabat di hadapannya ini? Merepek.

        "Hello?" Alba melambai-lambaikan tangannya tepat di hadapan wajah Iker yang tidak lekang memandangnya dengan penuh perasaan.

        "So, kau dah tau?" Iker mengutarakan soalan aneh selepas melakukan adegan tatap menatap.

Alba mengerutkan muka, mulutnya agak terlopong. Kelakuan Iker amat aneh baginya. Sudahlah memberi pengharapan seperti mahu mengutarakan buah fikiran, sesudah itu dia merenung tajam pula mata si Alba tanpa sebab, dan sekarang bertanyakan soalan seolah-olah dia telah memberitahu sesuatu. Apakah?

        "Tahu apa?!" Alba sedikit marah. Kini dia bangkit dari pembaringannya dan duduk bersila menghadap Iker. Sudahlah keresahannya belum terubat, ditambah lagi dengan karenah si Iker. Pusing dibuatnya.

        "Haish.. penat-penat aku tenung kau tadi. Aku ingat kau dah baca masa depan aku, so tak payah lah penat-penat aku nak explain. Jadi, aku nak kena cerita dari awal lah ni?" Iker merungut. Dia menyambung membaling batu-batu kecil yang berada di genggamannya.

        "What?! Iker!!!!.. tak membantu langsung lah.." Alba merengek kesal. Tubuhnya dijatuhkan semula dia tanah. Kakinya dihentak-hentak. Lagatnya tidak ubah seperti kanak-kanak yang sedang merajuk kerana tidak dibenarkan ke tanam permainan.

Guillem tergelak besar mendengar penjelasan daripada Iker.

        "Sejak bila kau boleh mendengar masa depan pula ni Alba? Hahahaha." Guillem menambah perasa dan menyambung ketawa.

Alba hanya menggelengkan kepala seraya menekup muka dengan kedua-dua telapak tangan. Dia seolah-olah menangis tanpa air mata. Menangis yang dibuat-buat.

                                    ****

Gambar yang berbingkai kayu kemas ditatap lama. Diusap-usap perlahan gambar tersebut seolah-olah banyak memori yang tersimpan bersama insan yang berada di dalam gambar tersebut.

        "Mama.. Papa, tak lama lagi Catherine akan jumpa jawapan atas semua yang terjadi. Catherine akan bebas." Ujar gadis itu sendirian. Gambar pada tangannya terus ditatap.

        "Knock, knock." Ketukan pintu melunturkan lamunan gadis itu. Dia pantas menelangkupkan muka bingkai itu ke atas meja.

        "Cik muda, makan malam?" Suara menyapa dari luar menunggu jawapan.

        "Masuk."

Tombol pintu dipulas perlahan. Daun pintu ditolak seraya menolak masuk troli makanan ke dalam bilik gadis yang memadankan pakaian serba hitam dengan mukanya yang turut ditutup oleh kain lace hitam bercorak bunga.

Sepinggan cannelloni bersama segelas jus epal dan segelas air kosong diletakkan di atas meja berhadapan gadis yang digelar 'cik muda' oleh mereka.

        "Selamat menikmati makan malam, cik muda." Tunduk hormat si wanita pertengahan umur bersama gadis yang menghidangkan makanan di atas meja.

        "Terima kasih." Jawabnya ringkas. Wajahnya langsung tidak memandang ke arah kedua-dua orang pembantu rumahnya. Hanya anggukan dan ucapan terima kasih cukup sebagai tanda penghargaan.

Kedua-dua mereka hanya akur dan meninggalkan gadis itu berseorangan di dalam kamarnya.

                                 

I'm sabaràWhere stories live. Discover now