#6

6 4 0
                                    

        "Tadi aku pesan 1 je."

        "Tak apalah, hari ni aku belanja."

        "Kalau macam tu, bungkuskan yang satu ni.. biar aku sambung makan dekat rumah."

        "Baiklah..."

        .......

        "Nah.. siap."

        "Ini pula duitnya. Terima kasih untuk donat ya Luisa."

        "Sama-sama Ted, jumpa lagi. Hati-hati dalam perjalanan."

        "Ya, ya baiklah... Aku balik dulu."

Pintu utama Dolçor café ditolak, pakcik Ted melangkah keluar perlahan sambil tangannya menyeluk saku kemeja lusuhnya seperti ingin mencapai sesuatu. Akhirnya sesuatu yang berada jauh di dasar saku itu mampu di capai dan ditarik perlahan. Earphone hitam lama penuh dengan kesan tampalan.

Pakcik Ted mamadankannya rapi pada telinga kiri dan kanan. Dia mencapai pula radio mini yang disangkut pada mulut kocek seluar dibahagian belakang. Baru sahaja tangannya ligat ingin mencapai radio mini tersebut,

        "Ring, ring!!!" Beberapa buah basikal kelihatan dari jauh bergerak laju ke arah pakcik Ted. Lajunya seperti perlumbaan di atas litar.

        "Woi orang tua! Ketepi! Ketepi!" Jerit salah seorang daripada tiga orang penunggang gila tersebut. Sudahlah menunggang basikal pada laluan yang salah, malah diherdik pula si tua yang terpinga-pinga tidak tahu ingin berlari ke arah mana.

Hasratnya ingin mendengar radio sambil pulang ke rumah dengan riang terbantut. Dengan pergerakkan yang agak perlahan, pakcik Ted mencuba untuk berlari ke arah deretan kedai apabila melihat basikal-basikal tersebut sudah menghampirinya. Namun ushanya gagal di punghujung apabila salah seorang daripada penunggang tersebut gagal mengawal break dan handle, lalu melanggar bahu kanan si tua tersebut.

        "Shit! Kau buta ke? Asal tak elak?"

        "Aku tak sengaja! Haish.." ujar seorang remaja lelaki yang telah melanggar warga tua barusan. Dia segera turun seraya merebahkan basikalnya ke tanah dan berlari ke arah pakcik Ted yang sudah terkulai di hadapan sebuah kedai disitu. Pakcik Ted jatuh terbaring akibat daripada impak langgaran yang agak kuat pada bahunya. Dia memicit-micit bahu kananya. Donat dan radio sudah terpelanting kemana-mana. Orang awam yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian mulai mengerumuni kawasan tersebut membentuk bulatan.

        "Pakcik! Pakcik tak apa-apa? Saya minta maaf! Saya akan telefon ambulance." Ujar lelaki itu cemas. Dahinya penuh keringat. Entah kerana penatnya menunggang atau cemasnya melanggar.

        "Tak payah.... Aduhh..." Kesakitan pada bahunya makin menjadi-jadi menyukarkan pakcik Ted untuk bangun. Mana tidaknya, dilanggar kuat oleh handle basikal dek saiz tubuh badannya yang agak pendek ditambah pula dengan keadaan tulang warga emas yang kekurangan kalsium pastinya menambahkan lagi keperitan.

Remaja lelaki itu membantu pakcik Ted untuk duduk. Perlahan-lahan dia mendorong bahagian belakang pakcik Ted sehingga dia boleh duduk dengan tegak.

        "Ya tuhan! Ted! Kenapa ni?" Suara dari keramaian menyergah perhatian yang lain.

        "S..ssalah saya makcik, saya tak sengaja terlanggar pakcik ni. Maafkan saya." Sesalan pada riak wajah remaja itu benar-benar ikhlas. Dari tadi mulutnya tidak putus memohon maaf kepada pakcik Ted atas kecuaian yang dilakukan.

        "Haih.. bantu angkat dia, bawa ke rumah makcik." Makcik Luisa mengarahkan remaja tersebut supaya membantunya memapah pakcik Ted untuk dibawa semula ke café.

                                    ****

        "Cik muda... Cik muda betul dah..."

        "Dah sedia?, Huh. Berapa kali pakcik perlu ulang soalan ni?"

        "Err .. sa.. saya minta maaf.." tunduk si lelaki tua yang lengkap ber suit kemas.

        "Pakcik, kalau pakcik terus-terusan tanya samada saya dah bersedia atau belum, saya akan terus rasa takut dan tak tahu bila saya akan betul-betul bersedia.. jadi, tolonglah.. percaya dekat saya.. kali ni sahaja. Bagi saya peluang untuk buat keputusan... Untuk, hidup saya sendiri..." Ujar gadis tersebut dengan nadanya yang semakin perlahan di penghujung.

        "Cik... Cik muda...." Sedikit getaran keluar pada suara lelaki tua tersebut. Dia agak kaget dengan apa yang diluahkan oleh gadis berpakaian serba hitam yang digelar cik muda dihadapannya itu.

        "Saya tahu pakcik, saya tahu pakcik risaukan saya. Saya tahu, saya amanah terakhir untuk pakcik daripada papa dan mama. Tapi, ini sahaja jalan yang ada untuk bebaskan saya dari penyeksaan selama ni.. dari semua hukuman yang tak adil.." air matanya mula bertakung, fikirannya mula mengimbas detik-detik hitam yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Ingin sekali dia menepis segala gambaran yang menyinggah. Namun gagal, tidak satu saat pun kenangan dari sejarah hitam itu dia boleh lupakan.

        "Saya.. saya cuma takut cik muda. Cik muda bukan hanya sekadar amanah Tuan dan Puan, tapi.... Cik muda sudah seperti sebahagian dari nyawa saya. Cik muda sudah saya anggap seperti anak perempuan saya sendiri.... Tak tergamak saya membiarkan cik muda berhadapan dengan....." Kata-katanya hilang dipenghujung. Air mata mula membasahi pipi lelaki tua tersebut.

        "Semua orang akan berhadapan dengan maut pakcik. Kalau ketika itu ajal saya, saya terima. Lagipun.. saya dah tak kuat untuk berhadapan dengan hari-hari berikutnya. Saya tetap berkurung macam burung di dalam sangkar. Daripada melihat orang lain mati, lebih baik saya sahaja yang mati." Gadis tersebut merebahkan punggungnya pada kerusi kulit yang terletak dihadapan unggun api.

        "Cik muda!.. tolonglah jangan berkata begitu...." Air matanya makin deras. Dia sudah tidak sanggup untuk mendengar luahan gadis itu. Makin diluah, makin hiba hatinya untuk menelan semua.

Gadis itu menarik nafas dalam dan menghembusnya kembali dengan kasar.

        "Pakcik, percaya dengan saya kali ni sahaja. Teruskan dengan rancangan. Saya cuma ada peluang ini sahaja. Tolonglah anggap ini permintaan terakir yang paling besar dari saya. Saya tak akan minta yang bukan-bukan lagi. Saya cuma nak jumpa dengan dia, dan akhiri segalanya. Please..." pinta gadis itu penuh dengan pengharapan. Dia benar-benar nekad.

        "Huh.. b..baiklah.. Cik muda."

©2019 ilaliac

I'm sabaràWhere stories live. Discover now