two : you tell me

405 63 6
                                    

"Jadi terangkannya, kenapa?"

Min Yoongi menyoal. Wajahnya tegang sahaja menahan beribu perasaan yang bercampur baur, tertahan semenjak kelmarin. Dia mahukan penjelasan dari Saebyul.

Mendengarkan itu, Saebyul hanya mengekalkan ketenangan. Dia
mengukir senyuman tidak putus. "Awak bagitahu saya, kenapa awak begini?"

Yoongi tersengih sinis. Wajah dia palingkan ke tepi, tepi bibirnya menaik tanda menyampah. Benci persoalan diaju dengan soalan semula. "Ini mesti ada kaitan dengan lelaki itu, kan?"

"Tengoklah awak, tak habis-habis cari kesalahan orang lain. Awak tak pernah fikir langsung tentang orang, perasaan saya. Lelaki itu ada nama, dan nama dia Kim Sungkyu."

"Aku sudah agak," Yoongi menolak pipi dalam dengan lidahnya, bila emosinya berada di puncak. Tetapi memandangkan mereka berada di kafe, sehabis baik dia menahan amarah. "Malam sebelum tahun baru kita berdua bergaduh, dan aku tahu malam itu dia ada bersama dengan kau. Kau cakap dengan aku yang kau perlukan masa, dan di awal tahun baru kau hantar mesej yang menyakitkan, Saebyul. Semua sebab dia?"

Mata Saebyul berkerdip sekali, bibir diketap rapat. Lelaki di hadapannya ini tetap sama, masih dengan ego. Pentingkan diri sendiri. "Awak tetap salahkan dia, padahal ia adalah salah awak sendiri."

"Byul, hubungan kita bukan hanya baru sebulan dua bulan tahu. Kita sudah bersama selama lima tahun. Lima tahun, Saebyul. Kau minta untuk hentikannya sampai di sini sahaja? Apa salah aku?"

Saebyul menundukkan wajah, memandang tangannya yang saling berpaut di riba. Bibir bawah digigit bila air mata mula bertakung di tubir mata. "Iya lima tahun, Yoongi. Dan sepanjang tempoh itu, kita hanya menyakiti antara satu sama lain. Apa awak sedari itu? Awak tak salah apa-apa, hanya saya yang sudah tidak mampu bertahan lagi."

"Aku sayangkan kau, Saebyul."

Sekuat mana dia menahan, akhirnya terluah juga tangis yang tertahan. Saebyul menekup mulutnya mengelak esakannya kedengaran. Nafas ditarik dalam, lantas pipi disapu lembut dengan lengan baju. Matanya yang memerah melihat ke dalam anak mata Yoongi.

"Mulut awak kata sayangkan saya, tapi tidak dengan hati awak. Awak tak pernah cintakan saya, Yoongi."

"B-Byul. ." Pandangan Yoongi berubah sayu setelah melihat wajah Saebyul yang memerah. Rasa serba salah. "Jangan buat aku begini, Byul. Aku perlukan kau."

"Awak cinta pertama saya, tapi saya bukan cinta pertama awak."

Saebyul bernafas perlahan, menstabilkan diri. Semua ini berat, iya sangat berat untuknya. Jika ditahan dia makan hati, tetapi bila dilepaskan juga hatinya akan berasa sakit yang amat sangat. Kedua-duanya menyakitkan, dan mereka berdua juga terluka.

Saebyul memaksa senyuman nipis. Sisa air mata diseka habis. "Saya tinggalkan awak, bukan sebab benci. Tapi sebab sayang, sebab cinta. Saya cintakan awak, jadi saya lepaskan awak. Harap awak dapat melakukan hal yang sama, Yoongi."

"Tak tak," Laju kepala Yoongi menggeleng. Dia sendiri beradu dengan pemikirannya. Di satu sisi dia mahukan Saebyul bersama dengannya, namun di satu sisi lagi dia tahu gadis itu akan semakin tersiksa jika terus menerus hidup dengannya. "Tak, Saebyul!"

"Yoongi. ."

"Tak, jangan tinggalkan aku. Aku silap, maafkan aku, iya? Kita akan baiki hubungan kita semula, a-aku akan baiki kesilapan aku. Aku janji. Iya?"

Perlahan, Saebyul menggelengkan kepala. "Awak sudah banyak kali mengulang janji yang sama, tetapi tetap tiada apa yang awak lakukan. Jurang antara kita bertambah besar. Saya tetap dengan keputusan saya, Yoongi. Saya minta maaf."

Yoongi pantas menyambar tangan Saebyul apabila gadis itu bingkas bangun dan berura-ura untuk pergi. Wajah diangkat naik untuk memandang Saebyul mata ke mata. "Jangan pergi. Jangan pergi pada dia."

"Yoongi," Saebyul mengigit bibir dalam. Dengan perlahan, tangan Yoongi yang menggenggam lengannya dileraikan. Tangan Yoongi terjatuh lemah, tahu akan Saebyul tidak akan bertahan lagi kali ini. "Belajar untuk meneruskan hidup. Yang sudah berlalu, biarkan berlalu. Awak ada kehidupan yang masih panjang, jangan seksa diri. Min Yoongi."

Dengan itu, Saebyul terus sahaja mengatur langkah berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Yoongi yang masih terdiam, terkejut dengan kejadian yang berlaku begitu pantas. Yoongi meraup wajahnya dengan kasar lalu menguakkan rambut ke belakang. Siku diletakkan atas meja, menopang kepala.

Hanya apa yang dia fikirkan.

"Miracle." Bisiknya, perlahan. Air mata jatuh setitis di pipi bila dia menundukkan wajah. Seraut wajah seorang gadis bernama Miracle itu bermain di layar memori.

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now