nine : hate

202 32 2
                                    

jungkook \ saebyul

━━━━

Yong Saebyul


jungkook :
byul
saya tahu
saya tak patut
ganggu tgh² malam ni

tapi saya taktau
nak minta tolong
dengan siapa lagi
selain awak


saebyul :
hey jungkook
its okay
takpe

kenapa
ada apa apa yg
berlaku ke?

yoongi?


jungkook :
YES!
dari kelmarin
hyung asyik berkurung
dalam bilik je
tp pagi tadi dia keluar
entah prgi mana

sampai sekarang
tak balik balik
saya risaukan dia

awak tahu tak mana mana
tempat yg mungkin
hyung pergi
hm?

saya betul betul
BUNTU


saebyul :
awak dkt mana
sekarang?
saya pergi sana

lepastu
kita sama sama
cari yoongi


jungkook :
eh its okay!
saya boleh sendiri


saebyul :
jangan risau
saya boleh keluar
kita sama sama
cari eh?


jungkook :
teman lelaki awak
dia okay ke
kalau awak keluar
malam malam ni?

saya tak nak pula
kalau sampai
awak dgn dia
bergaduh


saebyul :
no worry
jungkook

sekarang
awak dkt mana?


jungkook :
fine
if you say so

uhm
saya di taman
dkt dgn rumah sewa
hyung


saebyul :
sekejap saya
ke situ

*last seen 12:05a.m.


━━━━━━━━━━━━━━━

Jungkook menutup telefon, lantas diselipkan ke dalam poket seluar. Sementara dia berjalan ke sana sinu, mata turut diliarkan mencari-cari kelibat Yoongi di mana-mana. Jantung dia berdebar hebat bila memikirkan tentang abang angkatnya itu. Dia hanya risau kalau-kalau lelaki itu bertindak di bawah kewarasannya lagi dan melakukan hal-hal yang akan memudaratkan diri.

Semakin jauh dia berjalan, namun hampa kerana dia tidak menemui Yoongi di mana-mana. Punggung dihenyakkan ke atas kerusi kayu yang berada di situ. Dadanya terasa sesak jadi dia berhenti untuk merehatkan diri terlebih dahulu.

Dari kejauhan, Saebyul melihat Jungkook. Lantas segera dia menghampiri lelaki itu. "Jungkook! Awak okay tak ni?"

Jungkook mengetap bibir, nafas yang menderu laju cuba distabilkan. Kepala dianggukkan. "Saya okay. Just penat sikit. Saya risaukan hyung."

Mendengarkan itu, Saebyul menoleh ke kiri dan kanan. Turut memerhatikan kawasan sekeliling. Manatahu terlihat Yoongi berdekatan. Tak lama kemudian, dia teringatkan satu tempat. Tempat yang sering Yoongi kunjungi dahulu. "Saya rasa, saya tahu Yoongi dekat mana. Saya pergi cari dia. Awak pergi mana-mana mart 24 jam, berehat di sana. Okay?"

Tanpa menunggu kata setuju dari Jungkook, Saebyul langsung sahaja berlari anak meninggalkan dia. Hanya satu tujuan Saebyul, iaitu jejantas jalan besar. Dia teringat Yoongi pernah cakap, yang jejantas itu tempat di mana dia dan Miracle melepak malam-malam mengira kereta yang lalu. Bagaikan satu tempat kenangan bersama. Jadi Saebyul yakin yang Yoongi pasti berada di sana.

Baru sahaja dia ingin mendaki tangga jejantas ini, apabila dia melihat sekujur tubuh yang berbaring di atas kerusi panjang besi, di pondok bas seberang jalan. Kepulan asap rokok dari kejauhan lagi dapat dilihat dengan jelas. Saebyul melepaskan satu keluhan halus, bila dia mengatur langkah ke sana.

"Yoongi."

Mendengar namanya disebut, dia membuka kelopak matanya lantas lengan yang diletakkan di atas dahi diturunkan. Semata-mata untuk melihat Saebyul. Gadis itu dicerlung tajam. "Apa yang kau mahukan lagi?"

"Apa yang awak fikir, awak tengah lakukan sekarang huh?"

Geram dan sebal. Benci melihat wajah gadis ini. Yoongi bingkas bangun dari pembaringan. Sisa rokok dihabiskan lalu puntungnya dibuang ke atas permukaan jalan. Dia berdiri di hadapan Saebyul, mukanya tegang sahaja. "Apa sahaja yang aku lakukan sekalipun. Tak ada kena mengena dengan kau."

"Yoongi. . ." Saebyul mengeluh bila lelaki itu mengendahkan dia. Terus dia mengejar langkah Yoongi dari belakang yang menuju ke bahu jalan sebelah. Saebyul cuba menyaingi Yoongi. "Yoongi tunggu sekejap. Dengar apa yang saya nak cakap. Kenapa awak begini ha?"

Baru sahaja Saebyul mencapai lengan Yoongi, sudah ditepis sekasarnya. Yoongi mendengus kasar apabila dia menarik lengannya dari pegangan Saebyul.

"Berambus!!" Jerit Yoongi, kuat.

"Yoongi, awak tahu tak, Jungkook betul-betul risaukan awak. Saya risaukan awak," Saebyul masih lagi mencuba untuk berbicara dengan Yoongi. Langkahnya dilajukan mengejar Yoongi semula bila lelaki itu menjauhi dia lagi. "Saya risaukan awak! Lagi-lagi bila tengok awak jadi macam ni! Yoongi!"

Yoongi berpaling untuk memberikan satu pandangan benci pada Saebyul. "Berambus dari hidup aku. Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku lagi. Aku bencikan kau. Jadi berambus, faham?"

Langkah Saebyul menjadi perlahan, dan akhirnya terhenti. Membiarkan Yoongi pergi bersama amarahnya. Dia mengalah, dia tahu Yoongi pasti sangat-sangat membencikan dia sekarang. Saebyul mengerdipkan mata beberapa kali bila ia terasa berair.

"Saya minta maaf, Yoongi."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now