Saebyul menyelindungkan dirinya di sebalik dinding apabila Yoongi berpaling ke belakang. Lelaki itu terasa seperti sedang diekori tetapi Saebyul lebih pantas bertindak. Seketika kemudian bila Yoongi mula mengorak langkah semula, Saebyul melompat keluar dari tempat persembunyiannya lantas kembali mengikut lelaki itu secara senyap-senyap.
Bukannya berniat ingin menjadi pengintip berjaya, tetapi dia sendiri tidak dapat menahan perasaan inkuiri yang melonjak naik di dalam diri. Semenjak dia berpindah ke sekolah ini, tumpuan dia hanya pada lelaki bernama Min Yoongi itu. Dia tertanya-tanya tentang lelaki itu. Semua pelajar mengatakan Yoongi senior yang berubah dingin secara tiba-tiba padahal dulunya dia seorang yang ceria.
Jadi dia ingin tahu apakah puncanya. Dia pernah juga mendengar cerita tentang kematian kawan baik Yoongi, orang banyak mengatakan yang itulah puncanya mengapa Yoongi berubah 360 darjah.
Saebyul meliarkan matanya ke kiri dan kanan mencari-cari kelibat Yoongi bila dia terlepas pandang. Baru sahaja dia memasuki satu lorong koridor, dia terlanggar seseorang di hadapannya. Matanya membesar bila dia mengundur beberapa langkah ke belakang.
Yoongi di depan matanya, memasang wajah tegang. Merenung tajam Saebyul tanpa berkelip yang membuat gadis itu cuak. Yoongi meletakkan hujung jari telunjuknya tepat di dahi Saebyul.
"Kenapa kau ekori aku? Apa yang kau mahu?"
"Ah, errr. . ." Saebyul mati kata. Otaknya ligat mencari alasan. "Iya! Saya pelajar baru di sini, saya tak tahu di mana perpustakaan. Saya cari perpustakaan sebenarnya. Bukannya saya ekori awak. Kebetulan sahaja." Bohong Saebyul. Menyengih sahaja kerjanya berpura-pura.
Lama Yoongi berdiam, sebelum menurunkan tangannya. Dia berpaling badan berura-ura hendak berjalan semula tetapi sempat dia berkata sesuatu. "Aku juga mahu ke sana."
Saebyul kurang jelas. Riak mukanya kosong. "Ohh, o-ookay."
Yoongi menggelengkan kepalanya. Tahu benar niat utama budak perempuan ini mengikuti dia hanya ingin mengintip pergerakkannya. Bukan hari ini sahaja dia sedari ini, malahan hari-hari yang sebelumnya juga. Dia sedar dan dia tahu.
"Stalker."
"Eh, saya bukan stalker lah. S-saya sudah bagitahu kan apa alasan saya."
"Perpustakaan berada di bangunan berhadapan dengan bangunan kelas kau. Tak mungkin kau tak sedar itu," Yoongi berbalik badan semula. Tangan dia menunding ke arah bangunan di kanannya. "Itu kelas kau, kan."
"Err. . . i-iya."
"Jadi kaulah budaknya yang selalu perhatikan aku dari sana pada setiap kali aku ke mari."
"K-ke mana?"
Yoongi menunding pula ke kiri, pada papan tanda yang tergantung di hadapan bilik di situ. "Perpustakaan."
"Ahhh di sini rupanya library! Punyalah saya berkeliling satu sekolah mencarinya, rupa-rupanya di sini," Saebyul ketawa plastik. Dalam hatinya habis menyumpah seranah dirinya. Badan ditundukkan pada Yoongi. "Terima kasih, sunbae!"
Dia tergelak kecil apabila ingatan itu kembali menerjah. Saebyul meraup rambutnya ke belakang, mendongak memandang langkit kebiruan. Antara sedih atau gembira, dia sendiri tidak pasti. Cuma apa yang dia rasakan setelah memilih keputusan ini, adalah seperti bebanan di bahunya terangkat. Suatu kelegaan yang luar biasa.
Iya mungkin pada awalnya, sukar untuk dia menetapkan pilihan, namun sekarang dia tahu pilihannya tidak salah.
"Hey Byul," Bahunya disentuh lembut dari belakang oleh seseorang. "Lama tunggu eh?"
Saebyul tersenyum, membalas sapaan Sungkyu. Kepala digelengkan. "Tak adalah. Tak lama mana pun."
"Jom," Sungkyu menghulurkan tangannya bersama senyuman manisnya. Matanya ikut menyepet ekoran senyuman yang lebar. "Sebagai balasan saya terlambat, saya yang akan bayar untuk apa sahaja yang awak mahukan."
"Serius ini?" Saebyul melonjak gembira. Lengan Sungkyu dipaut kemas bila mereka mula melangkah masuk ke dalam kawasan funfair.
Dari kejauhan, seseorang melihat Saebyul secara senyap. Terkejut dengan apa yang baru disaksikannya. Matanya membulat dengan tidak percayanya.
Yong Saebyul. . .
YOU ARE READING
After We Broke Up ✔
FanfictionAFTER WE BROKE UP \ M.YOONGI i want you to be happy, i want to be happy. COMPLETED ✔ WOLY STORYLINE SHORT STORY/SAD/ROMCOM